RENCANA BIL 2

 DEFINISI KOPERASI

Koperasi adalah terjemahan langsung daripada perkataan latin “Co-operation” yang membawa maksud “bersama bekerja”. Koperasi sebagai sebuah organisasi yang dianggotai oleh sekumpulan manusia untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial bagi memberi faedah kepada anggota-anggotanya. Aktiviti koperasi antaranya ialah pengguna, kredit kepada anggota, perumahan dan perladangan. Koperasi berjalan berdasarkan prinsip dan falsafahnya yang tersendiri. Falsafah tersebut telah membezakan koperasi daripada syarikat-syarikat perniagaan yang lain. Ciri yang paling penting dalam penubuhan koperasi ialah adanya tujuan bersama yang ingin dicapai (common needs) dikalangan orang-orang yang menubuhkan koperasi tersebut. Lembaga pengarah koperasi hendaklah sentiasa merujuk Undang-undang kecil dan Akta koperasi dalam menguruskan perjalanan koperasi ini. Lembaga koperasi dan anggota koperasi hendaklah memahami prinsip dan falsafah koperasi. Koperasi bukan untuk kepentingan individu atau golongan tertentu.

MODAL KOPERASI

Modal koperasi sepatutnya datang dari anggota-anggota koperasi sendiri. Punca modal adalah dari saham, yuran, simpanan khas anggota dan untung terkumpul yang dimasukkan dalam rezab koperasi. Jika koperasi kekurangan modal, sebaik-baiknya hendaklah didapatkan modal tambahan tersebut dari anggota-anggota koperasi. Oleh kerana kesukaran mendapatkan tambahan modal dari anggota, koperasi membuat pinjaman dari pihak luar. Had pinjaman ini hendaklah dipersetujui dalam mesyuarat agung koperasi.  Setengah koperasi sekarang, ada yang mengambil jalan mudah, iaitu dengan menjadi alat kepada bank-bank atau syarikat kewangan dalam memberi pinjaman kepada anggotanya. Pihak bank yang menyediakan peruntukan kewangan dan anggota meminjam melalui koperasi. Tujuan ini sebenarnya adalah untuk memudahkan pungutan balik pinjman melalui ANGKASA (BPA Angkasa). Koperasi akan mendapat komisen dalam 1 % - 2 % dalam setiap pinjaman yang diluluskan. Pendaftar Koperasi telah mengeluarkan pekeliling yang tidak membenarkan aktiviti seperti ini dijalankan. Apa yang berlaku ialah , koperasi telah diperalatkan oleh pihak bank dalam mendapatkan bayaran balik berisiko rendah. Sepatutnya , koperasi menjalankan aktiviti pinjaman tersebut dengan punca kewangan sendiri. Jika masih sikit modal koperasi, jalankanlah secara kecil-kecillan dan akan membesar juga akhirnya. Yang rugi pastinya ialah anggota kerana kadar faedah pinjaman yang tinggi.

MESYUARAT AGUNG KOPERASI

 Mesyuarat agung koperasi merupakan satu persidangan untuk para anggota koperasi berbincang, berbahas dan meluluskan perkara-perkara penting dalam perjalanan koperasi antaranya ialah pelaburan koperasi, aktiviti koperasi , pembahagian keuntungan koperasi dan melantik lembaga koperasi. Mereka yang cukup syarat kemasukan mengikut Undang-undang kecil koperasi sahaja yang layak hadir dan menjalankan tangungjawabnya sebagai anggota. Mengikut akta Koperasi, setiap koperasi hendaklah mengadakan mesyuarat agung dalam tempoh 6 bulan setelah tahun kewangan koperasi berakhir. Kegagalan menjalankan mesyuarat agung tersebut merupakan satu kesalahan dalam Akta Koperasi dan boleh diambil tindakan undang-undang oleh Pendaftar Koperasi.

PANDUAN URUS KOPERASI

Sebagai panduan, Pejabat koperasi hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut, antaranya ialah : - Nama dan logo koperasi - carta organisasi - nama bahagian/unit - fungsi bahagian - bilik – bilik pegawai koperasi - bilik mesyuarat dan bilik fail - sijil pendaftaran - piagam pelanggan - kaunter pelanggan, daftar anggota yang lengkap Pengurusan Kakitangan kopeasi pula antaranya ialah: - bilangan kakitangan - jawatan kakitangan - skim perkhidmatan yang telah diluluskan oleh lembaga koperasi Pengurusan fail sangat penting dalam koperasi. Fail-fail yang harus disimpan ialah : - fail minit mesyuarat lembaga - fail minit mesyuarat kawasan - fail minit mesyuarat agung - fail minit jawatankuasa - fail urusan dgn Jabatan Pembangunan Koperasi - fail pindaan Undang-Undang Kecil - fail aduan anggota - fail audit dalaman - fail audit luar - lain-lain fail - daftar fail (utk daftarkan semua fail)


MENU UTAMA