MENJAGA KECERGASAN BADAN


  FOKUS

Intro & Penghargaan

  Amalan Pemakanan Seimbang
  Makanan Untuk Ibu Hamil
  Menjaga Kecergasan Badan
  Petua dan Amalan Ketika Hamil

  PAUTAN
  Kehamilan
Panduan persediaan kehamilan, tahap kehamilan sehingga menjelang saat kelahiran.
  Penjagaan Bayi

Panduan penjagaan bayi selepas bersalin

 



BERSENAM SECARA WAJAR

Bersenam perlu digalakkan semasa hamil, kalau ini memang merupakan amalan anda ketika sebelum hamil. Senaman akan dapat membantu anda menenangkan diri serta menghadapi kelahiran dengan lebih berkesan. Tetapi kalau anda tidak pernah bersenam selain melakukan kerja-karja rutin di rumah semasa sebelum hamil, anda tidak perlu menukar tabiat ini semasa hamil.

Apa yang penting ialah dia boleh melakukan apa-apa riadah yang biasa dilakukannya sehinggalah kandungannya yang semakinbesar itu menghalang pergerakkannya. Bagi orang Islam amalan sembahyang juga boleh memberi kesan positif kepada mental dan fizikal kepada wanita hamil dan anak dalam kandungan.

  • Jangan bersenam atau beriadah sehingga anda berasa sangat letih atau kehabisan nafas.

  • Elakkan sukan yang lasak yang boleh mengugat kandungan atau mencederakan abdomen anda.

  • Berhati-hati pada minggu-minggu pertama kehamilan anda atau pada minggu akhir tempoh kehamilan kerana anda mungkin akan terlalu meregangkan ligmen anda.

Kaedah Gerak Kerja :

  1. Melakukan kerja di kedudukan yang rendah

Lakukan seberapa banyak kerja yang mungkin pada kedudukan lantai seperti melutut atau duduk bersimpuh dan bukannya membongkok.

  1. Mengangkat dan membawa barang

Apabila mengangkat sesuatu objek, bengkokkan lutut dan tegakkan belakang badan anda sedapat mungkin  supaya objek tersebut dibawa dekat kepada badan anda. Jangan cuba mengangkat barang dari tempat yang tinggi kerana anda mungkin hilang keseimbangan.

  1. Berdiri selepas berbaring

Apabila anda hendak berdiri selepas berbaring, sentiasalah mengiring terlebih dahulu. Kemudian bergerak kedudukan melutut. Gunakan kekuatan peha anda untuk menolak badan anda naik : pastikan belakang anda tegak.

Merehatkan Minda

Sambil merehatkan badan, cuba tenang dan kosongkan minda anda. Tarik nafas dengan perlahan dan seimbang, kemudian lepaskan nafas juga dengan perlahan-lahan. Jangan bernafas terlampau kuat.

Kepada orang Islam amalan berzikir dan membaca Al Quran cukup berkesan untuk menenangkan diri dalam kontek mendekatkan diri kepada Allah SWT.