9 Jun 125 M - ISNIN - 12 Zulhijjah 1446 H
LAMAN WEB ICT SETIU 2008........................
Tuhanku, ketika hati sedang menangis hanya Engkau saja yang tahu betapa merananya diriku tak mungkin yang lain tahu... Tuhanku, ketika mereka meninggalkan aku sendiri terkapai-kapai ketika dunia tiada simpati kau tetap mendengar rintihanku padaMu tempatku menagih kasih ketenangan kurasa mendekatiMu syahdu malam tak terasa sunyi... Tuhanku, ketika aku dalam kepayahan keseorangan dihimpit beban derita Kau beri aku kesabaran pengalaman mengajar erti kematangan lantas kau membuka pintu hatiku untuk memberi kemaafan pada mereka yan pernah melukakanku.. pada mereka yang terus melukakanku... dan pada mereka yang tersedar kerana melukakan.. Tuhanku, ketika aku buntu keliru dengan masa depanku kau berikan aku kekuatan Kau tunjukkan aku jalan peluang kedua yang sungguh bermakna sebagai penyuluh hidupku menebus usia yang sia-sia mengganti semalam yang pergi memperbaiki kelemahan diri mempelajari pengajaran dari kesilapan menimbus kekecewaan dan dendam Moga tiada lagi aku bercita-cita lemas di laut atau terlanjur menelan berlebihan pil sungguh pelik bunyinya tetapi benar hanya kau saja yang mengerti hatiku terseksa sekian lama kini akhirnya bangkit semula melupakan episod terakhir dan menyambut lembaran baru... Tuhanku Yang Maha Pengasih rahmatMu tak terkira syukurku melangit pun tak tercapai sungguh aku rasa berdosa kerana dulu sering terlalai semoga penyesalanku kau terima....
Anda Tetamu Kami Ke
Hakcipta Terpelihara @ SUZAI 2008