~ ~ ~ ~ ~Sabda Rasulullah S.A.W~ ~ ~ ~ ~

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : 
' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara.' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang,maka janganlah engkau menunggu pagi. 
Dan jika engkau berada di waktu pagi makajanganlah engkau menunggu petang. 
Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "


PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN SEMBAHYANG

1. Berbicara dengan sengaja dan tidak pada tempatnya. Jika kerana terlupa, maka lakukanlah sujud sahwi, maka sembahyang kita itu sah.

2. Tertawa terbahak - bahak.

3. Makan, sekalipun sebiji kurma atau yang lebih kecil daripada itu.

minum, walaupun seteguk air.

4. Banyak bergerak, di luar ketentuan solat. Kebiasaanya pergerakkan tidak melebihi daripada 3 kali.

5. Batalnya wuduk.

6. Melakukan sembahyang yang sebelumnya ditinggalkan, misalnya melakukan sembahyang Asar, kemudian teringat ia belum lagi menunaikan sembahyang Zuhur, sesudah itu maka dia menunaikan sembahyang Zuhur.

7. Teringat bahawa ia tidak ada wuduk.

8. Tidak tegak, tidak tertib dan tenang ketika berdiri, rukuk, sujud atau duduk.

9. Tidak menghadap ke arah kiblat.

Manakala terdapat juga perkara - perkara yang makruh yakni tidak berdosa bila melakukannya malah mendapat pahala jika meninggalkannya iaitu:- 

1. Selama kita bersembahyang, kita memandang ke atas.

2. Berpaling dengan kepala atau mengerlingkan mata.

3. Bercekak pinggang atau meletakkan tangan di pinggang.

4. Membiarkan rambut, lengan baju dan pakaian terurai tidak teratur.

5. Menjalin jari - jari.

6. Membaca ayat Al-Quran dalam rukuk atau sujud.

7. Mempermainkan janggut, cincin atau pakaian semasa solat.

8. Terdorong keinginan untuk membuang air sama ada kecil atau besar.

9. Sembahyang sewaktu telah tersedia makanan.

10. Jangan merapatkan kedua punggung ke lantai, lalu mengangkat kedua betisnya dan meletakkan tangan ke tanah seperti anjing menungging.


[ LAMAN UTAMA ] [ SETERUSNYA ] [ KEMBALI ]