Sembahyang fardu mengandungi lima waktu sembahyang dalam sehari

CARA MENUNAIKAN SEMBAHYANG SUBUH

Sembahyang fardu mengandungi lima waktu sembahyang dalam sehari. Dimulai dengan sembahyang Subuh yang  mengandungi dua rakaat dan diikuti sembahyang Zuhur ( empat rakaat ), seterusnya sembahyang Asar ( empat rakaat ), diikuti sembahyang Maghrib ( tiga rakaat ) dan akhirnya sembahyang Isyak yang mengandungi empat rakaat. Di bawah menunjukkan cara - cara menunaikan sembahyang ( rukun sembahyang ) mengikut tertib dari rakaat pertama hingga ke rakaat akhir bagi sembahyang Subuh:-
1. Berdiri tegak dan niat. [ NIAT ]

2. Takbiratul Ihram. [ TAKBIRATUL IHRAM ]

3. Membaca doa iftitah [ DOA IFTITAH ]

4. Membaca surah Al-Fatihah dan surah

    [ AL_FATIHAH

5. Takbir untuk rukuk bagi rakaat pertama

     [ TAKBIR ]

6. Menunaikan rukuk bagi rakaat pertama

     [ RUKUK ]

7. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud 

    [ IKTIDAL ]

8. Sujud pertama bagi rakaat pertama [ SUJUD ]

9. Duduk antara dua sujud dalam rakaat  pertama

    [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]

10. Sujud kedua bagi rakaat pertama [ SUJUD ]

11. Kembali ke rakaat kedua dimana membaca surah

      Al-Fatihah dan surah [ AL-FATIHAH ]

12. Takbir untuk rukuk bagi rakaat kedua

       [ TAKBIR ]

13. Rukuk bagi rakaat kedua [ RUKUK ]

14. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi   

      rakaat kedua [ IKTIDAL ]

15. Membaca doa Qunut [ QUNUT ]

16. Sujud pertama bagi rakaat kedua [ SUJUD ]

17. Duduk antara dua sujud dalam rakaat kedua

    [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]

18. Sujud kedua bagi rakaat kedua [ SUJUD ]

19. Membaca tahiyat akhir

      [ TAHIYAT AKHIR ]

20. Memberi Salam [ SALAM ]


[ LAMAN UTAMA ] [ SETERUSNYA ]


 

1