PENGASAS HERBA LINANG

Haji Abdullah Shukri bin Abdul Kadir adalah satu nama tidak asing lagi dalam dunia Herba Tradisional di Malaysia. Beliau sering mendapat tempat di dalam akhbar mahupun dalam televisyen terutama di dalam segmen pembuatan Herba Tradisional.

Haji Shukri anak jati dari Kelantan adalah Perintis/Pengasas Herba Ikan Linang Kuning di Malaysia sejak era 80’an lagi. Beliau mempunyai kilang sendiri untuk memproses Herba dan 2 buah kolam yang mempunyai air terjun buatan manusia untuk menyesuaikan tabiat Ikan Linang. Kilang yang diberi nama Bintang Family Industries Sdn. Bhd. berharga melebihi RM 500,000 ini terletak di Kota Baharu Kelantan.

Beliau mendapat bimbingan serta mempelajari pelbagai ilmu Perubatan dan Penghasil Herba di beberapa Pusat Pengajian sejak dari tahun 1986 hingga tahun 1994. Di antara Pusat Pengajian dan Perguruan beliau ialah:


1. Lembaga Karomah Yogyakarta Indonesia, Yogyakarta-55000 Indonesia.
2. Lembaga Pengajaran Ilmu Rohaniyah, Yogyakarta-55001 Indonesia.
3. Majlis Ilmu Ghaib Al-Miftah
Yogyakarta-55042 Indonesia.
4. Akademik PARAPSIKOLOGI METAFIZIKA INDONESIA
Jamber-68100, Jawa Tengah Indo.
5.Yayasan Pendidikan Kursus Kilat Occultisme
Dander-52171(Bonjonegoro), Jawa Timur Tengah.
6. Pusat Perubatan Alternatif UD-Al Karomah, Perkalongan Indonesia.
7. Perguruan Syahadah Langit, Madium, Jawa Timur Indonesia.

8. Perguruan Asmaul Husna, Masjid Muhajirin Pelembang, Pelembang-30137 Indonesia.
9. Perguruan Ilmu Khodamul Ghoib, (Ikatan Tenaga Dalam Al-Barqi) Mojokarto Indonesia.
10. Perguruan Pelembang, Mbah Ki Sutoyo Pelembang Indonesia
.
11. Perguruan Tenaga Dalam Mata Hati, Jamber-68123 Indonesia.
12. Perguruan Ilmu Khodam Paranormal, Jakarta Selatan, Indonesia.
13. Perguruan Al-Karomah Bagus Pamungkas, Palembang-3000 Indonesia.
14. Perguruan Al-Hikmah Karomah Sapujagat
Yogyakarta-55281 Indonesia.
15. Pengajian Olahan Herba dan Apotik, Semarang Indonesia
.
16. Kursus Pembuatan Herba dan Tablet, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Beliau telah berjaya membuktikan khasiat Linang Kuning yang agak jarang didengar oleh masyarakat kita di Malaysia. Hasil penyelidikan yang dilakukan dengan kerjasama beberapa pakar daripada Universiti Tempatan mengesahkan Linang Kuning amat mujarab kepada manusia. Dengan KEBESARAN ALLAH yang dikurniakan beserta pengalaman, beliau menghasilkan Makanan Kesihatan yang mujarab dan pasti selamat digunakan oleh setiap insan di bumi tercinta ini.