|
Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM
Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links
|
Tahukah Anda 
- Mengikut kaedah perkiraan ilmu Matematik 6+1=7 dan 6-1=5.
Tetapi perkiraan Matematik mengikut kaedah ilmu Tauhid
berlainan dengan kaedah di atas.
Di dalam ilmu Tauhid 6-1=0 dan 6+1=0.
Kenapa Mesti Begitu???
*
Penerangan
Rukun Iman ada 6 perkara, sesiapa yang menolak salah satu daripadanya,
bermakna imannya kosong (tidak beriman) dan begitu juga kalau dia
menambah rukun tersebut dia telah dianggap menambah rukun iman,
juga dia akan termasuk di kalangan orang yang tidak beriman.
*
.
- Waktu yang paling singkat bagi haid seorang
wanita ialah selama satu hari satu malam. Namun, tempoh
pusingan biasa haid adalah di antara
tujuh atau lapan hari sahaja. Adapun waktu
haid paling panjang adalah
selama 15 hari 15 malam.
Sekiranya masih terdapat darah keluar selepas tempoh di atas,
ia dinamakan sebagai darah "al Istihadah"
iaitu darah penyakit.
.
- Anggota pekerja yang menjaga batas-batas Allah,
pekerjaan dan tidak melakukan pengkhianatan terhadap tugasnya
diberi penghormatan oleh Allah sebagai "Mujahid" yang
berjuang untuk menegak agamanya.
I
Sabda Nabi s.a.w:
I
Anggota pekerja yang ditugaskan dengan sesuatu tugas,
lalu dia mengambil dan memberi hak-hak (tugas tersebut),
dia akan dikira sebagai mujahid di jalan
Allah sehingga dia pulang
ke rumahnya,
(Hadith riwayat Abu Hurairah)
I
Pengajaran
Suasana kegawatan Ekonomi, kadang-kadang menyebabkan bones,
elaun atau gaji dipotong, tetapi bersyukurlah Allah tidak
pernah memotong pahala kerja sebagai ibadah.
Sekalipun dalam suasana gawat.
Syukur....Syukur...Ya Allah!!!
(Raihan)
.
- Ulama' Islam telah menggariskan cara terbaik yang seharusnya
kita lakukan dalam usaha menuntut Ilmu.
I
Bacalah apa yang terbaik daripada
apa yang engkau dapati.
I
Tulislah apa yang terbaik daripada
apa yang telah dibaca.
I
Hafallah apa yang terbaik daripada
apa yang telah ditulis.
I
Pengajaran
Sebenarnya sistem 3M ini telah lama diperkenalkan oleh Islam dan cara
inilah yang seharusnya dikembalikan dan diamalkan bagi pendidikan
diri kita dan juga anak-anak.
.
- Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Setiap hamba di hari qiamat, tidak akan dapat mengorak langkah
menuju ke mana-mana, selagi dia belum selesai disoal
siasat tentang 4 perkara:
(a)
Tentang umurnya, di manakah dihabiskan
(semasa di dunia)?
(b)
Tentang masa remajanya, bagaimana dia menghabiskannya?
(c)
Tentang harta, dari mana diperolehi dan
bagaimana dia membelanjakannya?
(d)
Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal
dengan ilmunya itu?
I
Pengajaran
Bagaimana nak jawab kalau kita bergelumang
dengan amalan yang Allah murkai?
Astaghfirullah.....
(Aku minta ampun daripada Allah)
|