Indian Muslim Corner


Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links

Tahukah Anda
  • Lelaki dewasa pertama masuk Islam selepas rasulullah ialah Abu Bakar As Siddiq. (B) Wanita pertama masuk Islam ialah saidatina Khadijah binti Kwailid. (C) Remaja pertama masuk Islam ialah saidina Ali bin Abi Talib. (D) Unta Rasulullah bernama Al Qaswa' (E) Satu-satunya sahabat yang disebut namanya di dalam al quran iaitu Zaid bin Harithah .


  • Khadijah Lebih Dicintai Pada suatu hari Saidatina Aishah, berdailog dengan nabi s.a.w. apabila beliau mendengar rasulullah selalu menyebut-nyebut nama Khadijah, sedangkan dia telah meninggal dunia. Aishah: Ya rasulallah!, kenapakah engkau sentiasa menyebut-nyebut nama Khadijah sedangkan ia telah tiada.Tidakkah aku lebih engkau cintai daripadanya? dan tidak kah aku satu-satunya yang engkau kahwini ketika aku masih dara? Rasulullah: Ya Aishah! Aku mencintai Khadijah lebih daripada yang lain berdasarkan 4 sebab: (1) Dia beriman kepadaku ketika seluruh manusia kufur kepada Allah. (2) Dia membantu perjuanganku dengan hartanya, ketika manusia memberi penentangan yang hebat terhadapku. (3) Ketika isteriku yang lain tidak dikurniakan anak, kesemua anakku (yang ada) adalah hasil daripada perkongsianku dengannya. (4) Ya Aishah! sepatutnya Khadijah lebih bertuah daripada kamu, kerana Khadijah mengahwiniku ketika aku masih dara, tetapi tidak kamu. .


  • Ibadah Berasal dari perkataan Arab yang merangkumi makna patuh, taat setia, tunduk, sembah, merendah diri, hina dan memperhambakan diri kepada sesuatu. + Dari segi syara' ia bermakna patuh, taat setia, tunduk kepada semua perintah Allah dalam segala tindakan, baik dari yang sekecil-kecilnya kepada sebesar-besarnya serta tidak terkeluar dari syari'at Allah dalam bentuk zahir mahu pun batin. + Abu A'la Al Maududi mengatakan, ibadah itu ialah kemuncak tunduk atau tunduk sepenuhnya kepada Allah. .


  • Sabda Nabi s.a.w: Apabila seekor lalat jatuh dalam bekas air salah seorang daripada kamu, hendaklah dia menenggelamkannya, kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit, manakala pada sayap satu lagi terdapat penawarnya. (Hadith Shahih Riwayat Imam Bukhari) Rawatan Penyakit Melalui Lalat I Pada 30 tahun pertama kurun ini, rawatan patah tulang (Multiple Fracture) dan luka dalam, dengan menggunakan lalat, malah lalat dibela khusus untuk tujuan itu. Rawatan ini berdasarkan penemuan virus patogenit yang membunuh kuman di mana lalat itu mengandungi kuman yang menyebabkan penyakit dan pada masa yang sama virus yang membunuh kuman itu. Terhentinya penyelidikan mengenai rawatan luka dengan lalat, bukan disebabkan kegagalan cara rawatan ini, tetapi kerana penemuan sebatian sulfur yang lebih menarik perhatian saintis.center>