|
Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM
Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links
|
Tahukah Anda 
- Tahukah anda bahawa Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang paling banyak mempunyai muzium iaitu sebanyak 14 muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan ini tidak termasuk beberapa Muzium swasta seperti Muzium Baba dan Nyonya serta Muzium Jed.
.
- Tahukah anda bahawa Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang ketiga kecil di Malaysia selepas Perlis dan Pulau Pinang, tetapi Negeri yang paling banyak mempunyai masjid iaitu sebanyak 171 buah masjid,.
..
- Tahukah anda bahawa Muzium Baba & Nyonya di Jalan Jonker Street pada asalnya dimiliki oleh seorang petani Cina yang dibina pada kurun ke-19.
.
- Tahukah anda bahawa kawasan Kampung Balai Panjang pernah menjadi tempat persinggahan peniaga dari Alor Gajah untuk melepaskan penat lelah mereka di situ selepas membawa barangan perniagaan di Melaka untuk dipasarkan.
- Stesen KL Sentral yang menyambungkan perkhidmatan pengangkutan antara bandar membabitkan Keretapi Tanah Melayu, Transit Rel Ringan Putra, komuter, teksi dan bas, dijangka mula beroperasi pada Februari 2001.
Apabila beroperasi sepenuhnya pada tahun 2002, stesen yang lengkap dengan segala kemudahan itu akan menjadi lapangan terbang maya yang pertama bukan sahaja di Malaysia, malah di dunia.
.
- Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Zakri Abdul Hamid, baru-baru ini dilantik sebagai Pengarah Institut Pengajian Lanjutan, United Nations University (UNU), Tokyo, Jepun.
Dengan perlantikan itu, beliau muncul rakyat Malaysia yang pertama dilantik memegang jawatan itu. UNU yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 6 Disember 1973 adalah antara universiti terkemuka di dunia.
.
- Penang Shipping Corporation-Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-ND) mencatat sejarah maritim negara apabila menjadi syarikat yang pertama mempelopori bidang membaik pulih kapal selam.
Sebagai permulaan, syarikat itu akan membaik pulih dua buah kapal selam dari Belanda yang tiba di limbungan kapal syarikat berkenaan di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, 13 Disember lalu.
..
- Pegawai Daerah Port Dickson, Encik Hassan Nawawi Abd Rahman dan adiknya, Ahmad Ridhwan, akan menjadi rakyat Malaysia yang pertama jika rancangan mereka mengeliling dunia dengan menaiki basikal menjadi kenyataan.
Usaha menjelajah dunia selama setahun itu dilakukan dalam usaha mereka mencatat rekod dalam buku Malaysia Book of Records.
|