Indian Muslim Corner


Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links

Tahukah Anda
  • Timor Leste (Timor Timur) yang berkongsi Pulau Timor dengan Indonesia, adalah negara terbaru di dunia sehingga ke hari ini. Ia mengisytiharkan kemerdekaan penuh pada 20 Mei 2002. Pulau Timor adalah sebuah koloni Portugis sehingga tahun 1975 apabila Indonesia menaklukinya. Ini diikuti tahun-tahun yang penuh kekacauan, termasuk kejadian yang sangat diketahui umum pada 12 November 1991 di mana 250 orang pemuda tempatan terbunuh setelah bertempur dengan angkatan bersenjata Indonesia, serta milita tempatan yang menyokong pendudukan Indonesia. Dalam tahun 1999, satu pungutan suara anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah diadakan, di mana masyarakat Timor Timur telah memilih untuk berpisah. Sehingga perisytiharan kemerdekaan penuhnya, Timor Timur ditadbir oleh PBB sebagai kerajaan sementara. Xanana Gusmao, seorang pejuang kemerdekaan yang pernah dipenjara di Indonesia, adalah presiden pertama negara itu setelah memenangi pilihanraya yang diadakan tidak lama sebelum perisytiharan tersebut. Timor Barat, satu lagi pecahan Pulau Timor, kekal di bawah pemerintahan Indonesia. .


  • Piala Dunia FIFA 2002 adalah yang pertama kali dianjurkan bersama oleh dua buah negara, iaitu Jepun dan juga Korea Selatan. Ia juga merupakan yang pertama diadakan di benua Asia. Bola sepak adalah sukan terunggul di dunia, dimainkan di semua benua kecuali Antartika. Di setiap benua tersebut juga, bola sepak adalah sukan terutama, kecuali di Amerika Utara (Amerika Syarikat). Piala Dunia FIFA, diadakan setiap 4 tahun, adalah kejohanan paling berprestij. Pemenang piala tersebut dianggap sebagai juara bola sepak seluruh dunia. ..


  • Selama tiga hari (18-21 Ogos, 1998), enam ribu kanak-kanak di Tallinn, Estonia mendirikan menara tertinggi di dunia diperbuat daripada blok-blok LEGO, pada ketinggian 24.91 meter. Mereka terpaksa mendepani hujan dan angin kencang untuk menyempurnakan usaha mereka, yang diiktiraf secara rasmi oleh Guinness Book of World Records. Wang yang dikumpulkan dalam acara itu didermakan buat Hospital Kanak-kanak Tallinn. .


  • Orbit bulan mengelilingi bumi tidak berada pada satah yang tetap. Laluan orbit bulan beralih ke atas dan ke bawah sepertimana sekeping duit syiling yang sedang berputar ketika ia hampir berhenti. Ini menjelaskan kenapa bulan kelihatan lebih ke utara atau ke selatan pada masa-masa tertentu dalam setahun..


  • Catatan Greek purba menyebut bahawa piramid-piramid di Giza, Mesir dibina oleh ratusan ribu hamba abdi. Hakikatnya, pembinaan menakjubkan itu dilaksanakan oleh peladang yang menantikan banjir tahunan Sungai Nil surut, serta golongan artisan dan pakar pembinaan. Setiap tahun Sungai Nil akan membanjiri tebingnya. Banjir ini penting untuk membekalkan tanah subur buat ladang. Sepanjang masa ladang mereka dibanjiri, para peladang yang tidak dapat mengerjakan ladang mereka itu beralih ke tapak pembinaan piramid dan lain-lain kerja sampingan. Sebuah bandar perindustrian purba yang ditemui berdekatan piramid-piramid itu menunjukkan bahawa semua pekerja itu diberi makan secukupnya, segala penyakit dan kecederaan diberikan rawatan, dan kehidupan mereka secara umumnya diberikan perhatian sebaik-baiknya di sebalik hakikat bahawa mereka terpaksa bekerja keras hingga memaksa diri ke tahap yang sangat menakjubkan. Ini langsung tidak menyerupai kehidupan sebagai hamba abdi. .


  • Ibu negara Perancis adalah Paris, sementara di Mongolia adalah Ulan Bataar. Tetapi tahukah anda bahawa Afrika Selatan secara rasminya memiliki 3 ibu negara? Ketiga-tiganya adalah Cape Town (majlis perwakilan), Pretoria (eksekutif), dan Bloemfontein (kehakiman)...


  • Daripada keseluruhan sumber air di dunia, hanya 2.5 peratus adalah air tawar. Selebihnya merupakan air laut masin yang masih belum digunakan secara meluas untuk bekalan air bersih. Sumber air tawar terbesar adalah dalam bentuk ais dan salji, yang merangkumi hampir 70 peratus dari keseluruhan sumber air tawar dunia. Dekat 30 peratus berikutnya adalah air bawah tanah. Justeru, hanya satu peratusan yang amat halus merupakan sumber air tawar dalam bentuk tasik dan sungai, terkandung dalam tanah, paya, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, serta wap air di atmosfera. .