|
Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM
Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links
|
Tahukah Anda 
- Siri drama televisyen yang paling panjang adalah "Guiding Light" yang telah (dan masih) ditayangkan selama lebih 66 tahun! Ia mula ke udara melalui radio dalam bulan Januari 1937, dan memasuki rangkaian televisyen pada 30 Jun 1952.
- Sekiranya separuh bahagian barat Pelantar Ais Antartika mencair akibat kesan pemanasan dunia, itu saja sudah cukup untuk meninggikan paras laut sebanyak 60 kaki, dan menenggelamkan banyak bandar besar di pinggir laut.
- ENIAC, salah sebuah komputer terawal, memerlukan keluasan lantai 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. Walau bagaimanapun, keupayaannya hanya satu pecahan berbanding komputer desktop biasa hari ini..
- ENIAC, atau nama penuhnya Electronic Numerical Integrator And Computer, dibina oleh Dr. John W. Mauchley dan J. Presper Eckert, Jr. pada tahun 1946. Pada asalnya ia bertujuan untuk kegunaan sewaktu Perang Dunia Kedua, tetapi oleh kerana ia disiapkan selepas tamat perang, ENIAC tidak pernah digunakan untuk tujuan tersebut.
.
- Filem "Black Hawk Down" yang ditayangkan pada tahun 2002 dibuat berdasarkan sebuah buku yang mencatatkan kisah benar ketika pertempuran di Mogadishu pada tahun 1993. Apa yang sepatutnya disebut secara jelas adalah penglibatan batalion Malaysia yang bertugas di bawah mandat PBB di Somalia. Regimen Askar Melayu Diraja (Mechanized) ke-19 telah menunjukkan keberanian setelah menyelamatkan 75 orang askar Amerika Syarikat di sebalik kekecohan itu, serta mengorbankan seorang askar Malaysia. Turut terlibat adalah sepasukan askar dari Pakistan.
- Matahari kita sudah mencapai pertengahan tempoh kewujudannya. Dalam beberapa bilion tahun seterusnya, kesemua hidrogen yang terlibat dalam tindakbalas nuklear di sana akan kehabisan. Matahari akan mengembang dan membakar planet-planet yang berada di orbit berhampiran, termasuk Bumi kita ini..
- Matahari adalah bintang paling dekat dengan Bumi. Bintang yang kedua paling dekat adalah Alpha Centauri yang berjarak 250,000 kali lebih jauh berbanding matahari.
.
- Mendiang Bonda Ratu (Queen Mother), yang bernama Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon apabila dilahirkan pada 4 Ogos 1900, mungkin merupakan antara kerabat diraja Britain yang hidup paling lama. Bonda kepada Ratu Elizabeth II yang sedang memerintah pada waktu ini, beliau sangat dikasihi warga United Kingdom atas penampilan bertenaga dan sikap ceria beliau.
Beliau meninggal dunia pada 30 Mac 2002, ketika berusia 101 tahun.
.
- Timor Leste (Timor Timur) yang berkongsi Pulau Timor dengan Indonesia, adalah negara terbaru di dunia sehingga ke hari ini. Ia mengisytiharkan kemerdekaan penuh pada 20 Mei 2002..
|