|
Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM
Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links
|
Tahukah Anda 
- As Syafie dan An Nasyiri
mengatakan bahawa sebahagian binatang
juga berpuasa pada hari Asyura'.
Ada seorang
yang bernama Fatah bin
Syukruf. Dia sangat suka memberi makan
kepada semut setiap hari dengan roti yang dipotong kecil-kecil.
Tetapi apabila tiba waktu hari Asyura' ia mendapati
bahawa semut-semut itu tidak mahu
makan roti tersebut.
Pengajaran
Kalau semut boleh berpuasa pada hari tersebut,
malulah kita kalau tidak berpuasa.
Jumpa Lagi......
.
- Kenapa Saidina Umar Bin Al Khattab
memilih tarikh hijrahnya nabi saw. dari Mekah ke
Madinah sebagai tarikh permulaan tahun Islam?
Kenapa tidak diambil sempena peristiwa tentera bergajah?
Kenapa tidak peristiwa perkahwinan nabi dengan Khadijah
atau Aisyah dan lain-lain peristiwa?
Jawapannya
Oleh kerana hijrahnya nabi saw. dari Mekah ke Madinah merupakan titik tolak
kepada zaman keagungan dan
kegemilangan umat Islam, maka sebab itulah saidina Umar
memilih tarikh tersebut supaya umat Islam mengkaji
dan meneliti, kenapa generasi sahabat merupakan generasi
contoh dan gemilang.
Pengajaran:
Kita meraikan kedatangan awal tahun hijrah, dengan memperingati zaman
keagungan dan kegemilangan
Islam, tetapi kenapa kita berada di dalam keadaan
hina dan tidak gemilang???
.
- Pada setiap kali tibanya hari raya
Aidil Fitri dan Aidil Adha kita diminta mengingati
peristiwa pererangan Ahzab di dalam takbir yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah telah menghancurkan tentera
Ahzab dengan Esanya."
Persoalannya
Bukankah hari raya hari bergembira dan bersuka ria,
kenapa kita harus memperingati peristiwa peperangan yang
menyayatkan hati? Kenapa tidak disebut peristiwa-peristiwa manis
seperti cerita perkahwinan rasulullah dengan Aishah
dan lain-lain?
Pengajaran
Allah swt. meminta umatNya bergembira dan bersuka ria pada hari raya, tetapi Allah
memberi peringatan kepada umatNya, walaupun sedang bergembira mereka tidak
bopleh lupa, bahawa nun di sana orang-orang yang tidak sukakan Islam, tanpa mengira
pegangan aqidah, bangsa, keturunan akan bersatu menentang Islam sebagaimana
bersatunya mereka di dalam peperangan Ahzab.
- Setelah air memancut keluar daripada bumi,
hasil daripada hentakan tapak kaki Nabi Allah Ismail A.S yang
masih bayi itu, lalu ibunya, Siti Hajar cepat-cepat membatas air tersebut sambil
menyebut perkataan "Zam-Zam" supaya air tidak mengalir
keluar. Jadi makna (Zam-Zam) ialah "batas-batas".
*
.
- Di dalam peristiwa hijrah
Quraisy telah menawarkan hadiah sebanyak 100
ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap dan
menyerahkan Rasulullah s.a.w kepada mereka samada
hidup atau mati.
Jika seekor unta sekarang berharga RM 3000,00,
betapa mahalnya nilai hadiah yang
ditawarkan?.
- Islam amat
mengambil berat supaya
umatnya berkualiti, sehingga kadang-kadang perhitungan dan perkiraan
didasarkan kepada
kualiti dan bukannya
kuantiti semata-mata.
Sebagai contoh:
1. Sesungguhnya orang Alim yang tidur lebih baik
daripada orang jahil yang beribadat
(Al-Hadith)
2. Sedikit yang berterusan lebih baik daripada
banyak yang terputus-putus
(Al-Hadith)
3. Sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya,
yang apabila melakukan sesuatu kerja,
dilakukannya dengan tekun (berkualiti)
(Al-Hadith)
.
- Sesungguhnya zaman ini berputar seperti keadaannya di hari
Allah menjadikan langit dan bumi, satu tahun ialah 12 bulan,
empat bulan adalah bulan haram, tiga bulan berturut-berturut
iaitu Zulkaedah, Zulhujjah dan Muharram serta satu bulan di
antara bulan Jamad dan bulan Syaban iaitu Rejab.
Nak tahu siri 8....sabarlah.
kan sabar tu... separuh daripada iman.
- lebih selesa daripada Mercedes Benz 600 SL
*
Buraq merupakan sejenis binatang yang saiznya
panjang dan berwarna putih, lebih kecil daripada
Keldai, selangkah kakinya sejauh mata memandang.
Kelajuan dan kepantasan perjalanannya seperti kilat.
Apabila menaiki bukit, kaki belakangnya menjadi
panjang dan kaki depannya menjadi pendek dan
apabila menuruni curam, kaki depannya menjadi
panjang dan kaki belakangnya menjadi pendek.
Dua telinganya sentiasa bergerak-gerak dan ia
mempunyai dua sayap. Keadaan ini memberi
keselesaan kepada penunggangnya tidak bergegar
dan tidak bergoyang serta tidak terumbang ambing,
sekalipun perjalanannya amat jauh ia sentiasa
berada dalam keadaan nyaman.
Pengajaran
Siapa nak lebih selesa jual kereta Mercedes beli Buraq,
lagipun boleh jimat minyak dan tak payah bayar Road Tax.
Dekat mana nak dapatkan Buraq?
Senang saja, baca kisah Isra' dan Mi'raj jumpalah dia..
|