KemSOIT
ke dua ini adalah sebagai kepada kesinambungan dan kemas kini kepada kempen
peningkatan sokongan komputer dan Internet Malaysia yang pertama.
Bagi anda yang belum mengikuti Kemsoit yang pertama sila ke laman ini http://kemsoit.iscool.net/ Secara ringkasnya, matlamat Kemsoit adalah untuk meningkatan jumlah golongan pakar dan berpengalaman di dalam komputer dan Internet di Malaysia, di dalam memberikan jawapan, tunjuk ajar dan sokongan kepada masalah komputer dan Internet Malaysia. Dalam mencapai matlamat ini, beberapa tapak laman telah dipilih untuk dijadikan sebagai pusat berkumpul kepada pengguna komputer dan Internet yang ingin bertanyakan soalan dan kepada kumpulan pakar dan berpengalaman berkumpul. Antara laman-laman yang telah dipilih http://www.bincang.net/ - Bilik Bincang IT http://www.ittutor.net/ Disamping itu juga dalam Kemsoit ke dua "Pertubuhan Pakar ICT Malaysia" (MYSIG) telah dipilih sebagai laman cadangan bagi mereka yang ingin mengikuti bengkel atau kelas yang dianjurkan oleh MYSIG. Sila lihat jadual latihan MYSIG di http://www.mysig.org.my/ Dalam kempen ini usaha juga dibuat untuk meningkatkan sokongan kepada perisian sumber terbuka atau open source. Dengan minat kerajaan yang tinggi kepada perisian sumber terbuka maka satu cara perlu dibentuk untuk meningkatkan kualiti sokongan perisian sumber terbuka. Laman-laman yang dicadangkan tadi, telah menarik ramai pengguna perisian sumber terbuka dan diharapkan pengguna baru dapat manfaat dengan menyertai laman-laman di atas. Maklumat lanjut perisian sumber terbuka http://altersoft.iscool.net/ Maklumat Tentang Linux Malaysia http://www.freewebs.com/linuxmalaysia Kejayaan kempen ini bergantung kepada anda. Anda diminta untuk menyampaikan maksud dan tujuan kempen ini kepada golongan pakar dan berpengalaman di dalam komputer dan Internet supaya mereka berada di laman yang telah dicadangkan. Diharapkan dengan berkumpulnya pakar-pakar ICT, komputer dan Internet di dalam laman-laman terpilih ia akan memudahkan pengguna baru komputer, Internet dan perisian sumber terbuka dalam mencari penyelesaian masalah mereka. Anda boleh gunakan borang dibawah untuk mencadangkan tapak laman ini dan Kempen Peningkatan Sokongan Komputer dan Internet Malaysia. Moga usaha ini mampu meningkatkan penggunaan komputer dan Internet yang lebih baik di Malaysia. Harisfazillah Bin Jamel http://harisfazillah.cjb.net/ 16 Oktober 2002
|