[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

BIODATA SAYA

Nama saya Manit See Nam, berasal dari Kg. Wat Padang Pusing, Pendang, Kedah. Saya adalah anak seorang petani. Taraf kehidupan  keluarga adalah sederhana miskin. Saya merupakan anak sulong daripada 13 orang adik beradik dari ibu dan bapa yang sama.

Kehidupan saya ketika kecil agak daif sekali. Saya pernah makan nasi dengan gula, maggi, telor rebus dan ikan tamban masin. Pada masa sekarang agak baik sedikit. Adik-adik saya tidak pernah merasai nasib seperti saya. Mereka lahir semasa ekonomi keluarga dah pulih.

Walaupun miskin, bapa saya sanggup membanting tulang untuk menghantar saya ke sekolah. Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Pusing dari 1977 - 1983, Sekolah Menengah Sungai Tiang dari 1983 - 1984, Sekolah Menengah Padang Pusing (Sekarang Sekolah Menengah Syed Ibrahim) dari 1984 - 1985 dan Sekolah Menengah Pendang 1986 - 1989.

Saya mengakhiri zaman bujang ketika umur 28 tahun dan berkahwin dengan isteri saya, Cik. Ikhrim a/p Banchap, umur 20 tahun, dari Kg. Pegang, Baling, Kedah pada 5.5.1998 dan mendapat tiga orang cahaya mata. Anak sulong (lelaki) bernama Itsarasunthorn Sripradit lahir pada 30.5.1999. Anak kedua (lelaki) bernama Chatri Sripradit lahir pada 14.4.2004. Anak bongsu (perempuan) bernama Yindi Sripradit lahir pada 10.5.2006.

Semasa cuti sekolah atau luar waktu persekolahan, saya pernah mengambil upah tanam padi, tahan jerat biawak (untuk dijual), membela babi dan menoreh getah untuk menampung pendapatan keluarga. Setelah tamat persekolahan, saya mula bekerja di kilang plastik (Seberang Prai), kilang plastik di Yeo Chee Kang, Singapura, kerja kontrak bersama bapa, sebagai pembanci RISDA, sebagai Pegawai Penjara, di Penjara Taiping (15.12.1993 - 1994) dan di Penjara Pudu (1994 - 1995). Akhir sekali saya menjawat jawatan Pembantu Penerangan di Jabatan Penerangan Malaysia pada 24.7.1995 sehingga sekarang. Saya bekerja di Ibupejabat Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur dari 24.7.1995 sehingga 15.3.1996. Pada 16.3.1996 saya bertukar ke Jabatan Penerangan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Pada 16.3.2005 saya bertukar pula ke Jabatan Penerangan Daerah Pengkalan Hulu, Perak sehingga sekarang.

Penglibatan dalam persatuan, saya telah menubuh Persatuan Belia Thai Malaysia pada 1997 dan memegang jawatan Setiausaha Penaja (1997), Setiausaha Agung (1999 - 2000), Pen. Setiausaha Agung (2001), Naib Presiden 1 (2002) dan Presiden (2003 hingga sekarang), menubuh Persatuan Thai Buddhist Wat Phothichereantham, Sg. Puyu pada 2002 dan memegang jawatan Pengerusi Penaja, dan menubuh Persatuan Kebajikan Masyarakat Thai Wilayah Utara pada tahun 2003 dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Penaja. Saya juga adalah ahli Persatuan Siam Malaysia dan pernah memegang jawatan AJK Pusat dan Ketua Biro Penerangan (2001 - 2002).

Dalam bidang keagamaan, saya pernah menjadi sami di Wat Nikhodharam, Alor Star, Kedah sempena Hari Wesak pada tahun 1990 dan menetap di Wat Thamkhiriwong, Padang Pusing selama 1 phansa. Saya pernah menjadi guru bahasa Thai di Wat Thamkhiriwong selama 1 tahun semasa menjadi sami. Saya juga pernah jadi sami di Wat Thammakaya, Prathumthani, Thailand pada tahun 1998 atas nasihat Phra Nikhodhammathada, Timbalan Ketua Sanggha Kedah/Perlis kerana saya keluar dari sami pada tahun 1991 pada tarikh yang tak baik mengikut kepercayaan masyarakat Thai dan menyebabkan saya sentiasa ditimpa nasib malang. Saya dinasihatkan jadi sami semula untuk mengubah nasib saya yang malang.

 

Namanya ITSARASUNTHORN SRIPRADIT bermaksud "Pemimpin yang baik". Anak sulong saya, lahir pada 30 Mei 1999.

     
 
on 09-06-06
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright ? 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.