ANDA PENGUNJUNG KE

INF0 INF0 INF0 INF0

ANGKATAN 21

WACANA SASTERA ANGKATAN 21

ACARA ini akan dilangsungkan di Rumah Pena pada 6 Mei, 2000 (hari Sabtu) mulai jam 11.00 pagi. Para pembicara yang akan tampil ialah S.M ZAKIR membicarakan seputar soal UNSUR BAWAH SEDAR DI DALAM CERPEN-CERPEN MUHD NASRUDDIN DASUKI, NASSURY IBRAHIM: DUNIA PENYAIR ABHAM T.R dan MARSLI N.O: BAURAN GENRE DALAM CERPEN-CERPEN MUHD NASRUDDIN DASUKI.

BENGKEL PENCIPTAAN LAGU PUISI

ANGKATAN 21 bekerjasama dengan PENA menganjurkan Bengkel Penciptaan Lagu Puisi. Acara ini akan dilangsung juga di Rumah Pena pada 6 Mei, 2000 mulai jam 10.00 pagi. Bengkel ini akan dikendalikan oleh dua anggota KOPRATASA iaitu SANI SUDIN dan SISO. Mereka yang berminat untuk menyertainya mestilah membawa gitarnya sendiri dan sila hubungi Nik Kamaliah di talian 03-2484737 atau melalui surat ke alamat Rumah Pena, JKR 961-7, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Bayaran pendaftaran sebanyak RM 150 (Tidak termasuk makan dan minum perlu dijelaskan sebelum acara atau semasa pendaftaran.

 


BACA PUISI ANGKATAN 21 telah dilangsungkan pada Mac 3, 2000 (malam Jumaat bertempat di Rumah PENA, mulai jam 8.45 malam. Terima Kasih Kepada Semua Para Peminat Puisi Tanah Air, Para Tokoh Mapan dan juga para sahabat kerana sudi memeriahkan acara ini. Budi kalian akan tetap kami kenang.

 

ANGKATAN 21 telah menerbitkan kumpulan karya berupa esei, puisi dan cerpen para warganya dengan judul "Angkatan 21: Sikap, Pemikiran dan Karya". Terbitan ini telah dilancarkan pada malam Baca Puisi Pena yang dihoskan oleh Angkatan 21 pada malam Mac 3, 2000 bertempat di Rumah Pena.

lihat FOTO

GAPENA

SURAT SIARAN GAPENA

Kegiatan Gapena 2001

24 Januari 2001: Majlis Hari Raya di Rumah Gapena, serentak Upacara Penyampaian Hadiah Puisi Patriotik PNB-GAPENA serta persembahan kesenian Tapanuli-Sumatera Utara, menjelang Dialog Utara X di Padang Sidimpuan akhir Mei 2001. Dijadual ikut hadir Bupati Tapanuli Selatan.

27 Januari 2001: Perhimpunan Muhibbah Persatuan-Persatuan Etnis Rumpun Melayu di Sabah diselenggarakan oleh Persatuan Rumpun Melayu Lahad Datu, bertempat di Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu, mulai 9.00 pagi dengan tetamu utama Ketua Satu GAPENA.

3 Februari 2001: Seminar Pemikiran sempena harijadi Ketua Satu GAPENA, di Pusat Warisan Seni Pülau Pinang, sekumpulan cendekiawan Malaysia menyorot gejala di belakang gerakan GAPENA dan Dunia Melayu (Ditangguhkan tarikhnya).

10 Februari 2001: Bacaan Puisi di Langkawi sempena lawatan YAB Perdana Menteri India.

23-26 Mac 2001: Kembara Budaya selenggaraan Jabatan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang-2PNP-GAPENA ke Ranong, sempadan Thailand-Burma, menyorot permukiman Melayu di Selatan Burma, terutama di Pulau Dua (Victoria Point).

1-7 April 2001: Kembara Budaya ke Indonesia, persidangan sastera Malaysia di Universitas Indonesia dan pertemuan budaya Melayu di Indramayu, Jawa Barat.

13-15 April 2001: Kolokium Peradaban Melayu Antarabangsa, kerjasama GAPENA dengan penganjur Kelab UMNO Medan dan Komite Nasional Pemuda Indonesia Sumut di Medan, Indonesia.

27 April - 1 Mei 2001: (Tarikh yang lebih tepat dalam tempoh ini akan ditetapkan) Mengingat Kongres Kebudayaan Melayu di Melaka,juga sempena dengan ulangtahun ke-50 Ikatan Persuratan Melayu Melaka. Perbincangan cendekiawan Malaysia tentang perjuangan kebudayaan Melayu serta usaha pembinaan Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia.

27 Mei - 2 Jun 2001: (Tarikh yang lebih tepat dalam tempoh ini akan ditetapkan) Dialog Utara X di Padang Sidimpuan, Tapanuli-Sumatera Utara. Pertemuan budayawan dan wilayah IMT-GT dan tamu-tamu dan Nusantara.

9 - 15 September 2001: Lawatan rasmi rombongan GAPENA ke China sebagai tamu Lembaga Persahabatan China.

Acara yang masih dalam rundingan: Pertemuan Melayu Lembah Chao Phraya (Bangkok dan Ayuthia), Pertemuan Budaya Tigasegi di Grik-Perak (sekitar Jun), Han Sastera di Sarawak, Pertemuan Sasterawan Nusantara di Brunei Darussalam, Simposium Budaya di Sabang-Aceh, Pesta Gendang Nusantara Melaka (April), Kongres Rumpun Melayu di Lahad-Datu-Sabah, Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan di Labuan, Simposium Kebudayaan Melayu di Cape Town, Kembara Budaya Melayu ke Sri Lanka, Minggu Budaya Melayu di Madagaskar.

03 Januari 20001 Ismail Hussein, Ketua Satu GAPENA

 

berikutnya sila telusur

BIODATA ANGKATAN 21

 KEMBALI