Puisi MARSLI N.O

Menghadapi Sunyi

Semakin aku tak berdaya untuk menyebut namamu terlalu lama

kerana angin yang cemburu selalu merenggutnya dari ingatan
dan di negeri kesunyian segala kata-kata kembali menjadi sia-sia
melemparnya jauh ke luar cakerawala dan jiwaku tak mampu terlalu lama
menggendong cebis dan sisa maknanya, seperti kekosongan yang kureguk
Berabad sudah di tengah kenangan dan agar terusir segala sunyi
Matahari kubiarkan gelisah sendirian bercumbu dengan bayang-bayang

Ketika aku perlahan-lahan bangkit cuba melepas segala igau

Kerana kutahu, aku mesti terus melangkah di tengah ini galau dunia
Yang tak mengizinkan segala nyanyi

Dan segala rasa kecewa kuajak bersujud menghadapi sunyi

Dewan Sastera, November 2003





KEMBALI