Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik terdapat di Sarawak. Antaranya ialah:-

 

 

MUZIUM SARAWAK(DEWAN TUN ABDUL RAZAK)

Dewan Tun Abdul Razak merupakan salah satu daripada galeri Muzium Sarawak. Namanya diambil sempena nama Perdana Menteri Kedua Malaysia. Ia merupakan bangunan dua tingkat dan dahulunya digunakan sebagai Dewan Perhimpunan Perundangan daripada tahun 1973 sehingga 1975. Pada 1982, ia dijadikan galeri pameran dan dibuka secara rasmi dalam tahun 1983.

 

                                                 

Aras bawah bangunan tersebut digunakan untuk mempamerkan foto dan lukisan peristiwa bersejarah yang berlaku di Sarawak. Di bahagian berkenaan juga ditempatkan kedai muzium yang menjual pelbagai cenderamata yang terdiri daripada barang-barang seni tradisional, kemeja, buku dan sebagainya.

 

                                                 

Pada aras satu, kebanyakkan barang pameran merupakan barangan pra-sejarah seperti pasu berwarna, barang-barang loyang, perabot Cina, ruangan rumah panjang dan sebagainya. Sebahagian besar barangan arkeologi yang diperolehi di negeri Sarawak juga ada dipamerkan di sini.

 

Masa Lawatan :

Isnin hingga Ahad
9.00 a.m. hingga 6.00 p.m
Masuk adalah Percuma

 

 

                                                   

Muzium Sejarah Cina

Muzium Sejarah Cina telah dirasmikan oleh Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan, YB Alfred Yap Chin Loi pada 23 Oktober 1993. Bangunan itu sendiri memiliki ciri-ciri sejarah dan telah dibina dalam tahun 1912. Dari tahun 1912 hingga 1921 bangunan ini telah digunakan sebagai mahkamah oleh masyarakat Cina.

 

                                                   

Tujuan ia ditubuhkan adalah sebagai sumber maklumat tentang sejarah pelbagai bangsa Cina yang menakjubkan. Peranan muzium Cina yang paling mencabar ialah mendidik generasi sekarang agar menghargai segala perjuangan dan nilai-nilai murni yang dikembangkan oleh pelopor terdahulu.

 

                                                   

Para pelawat berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal-usul setiap etnik Cina yang menggunakan berbagai-bagai dialek. Selain itu, mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam akan kemahiran tradisional dan seni kebudayaan serta perkembangan yang telah dicapai sepanjang tempoh itu. Muzium ini terletak di Tebingan Sungai Kuching dan merupakan salah satu tempat tarikan pelancong.

 

 

Masa Lawatan :

Isnin hingga Ahad
9.00 a.m. hingga 6.00 p.m
Masuk adalah Percuma

 

 

                                              

                                             MUZIUM SARAWAK(BANGUNAN LAMA)

  Muzium Sarawak (Bangunan Lama) didirikan dalam tahun 1891 dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di Negeri Sarawak pada masa tersebut.

 

                                                    

Sejak ianya dibina, bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaiki. Rekabentuknya yang membujur, 44’ x 160’, mempunyai dinding dan tiang yang diperbuat daripada batu bata dan beratapkan belian dan konkrit. Ianya dibina mengikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (Zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas.

 

                            

Semasa Zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah jagaan seorang Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak.

Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak –seperti reptilia , mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Pada bahagian barat bangunan muzium ini terdapat pameran Shell – industri petroleum di Sarawak.

 

                                                    

Tingkat atas bangunan ini mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang pelbagai kaum etnik di Sarawak, alat-alat muzik, pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain

 

Masa Lawatan :

Isnin hingga Ahad
9.00 a.m. hingga 6.00 p.m
Masuk adalah Percuma

 

 

                                               

Muzium Arkeologi Niah

Muzium Arkeologi Niah terletak berdekatan dengan tapak arkeologi Gua Niah di Bahagian Miri.

Muzium ini mempamerkan artifak pra-sejarah dan budaya di kawasan tersebut.

 

                                               

Orang awam berpeluang untuk menyaksikan sendiri cara hidup orang-orang purba yang pernah menduduki gua tersebut beribu-ribu tahun dahulu.

 

Masa Lawatan :

Isnin hingga Ahad
9.00 a.m. hingga 6.00 p.m
Masuk adalah Percuma

 

 Tempat-tempat Menarik / Jenis Pengangkutan


* Pulau Talang - Talang (Besar dan Kecil) - Bot
* Pulau Sampadi - Bot
* Telok Melano - Bot
* Falkland, Kuala Sekambal - Bot
* Pantai Siar - Bas/Kereta
* Pantai Pandan - Bas/Kereta
* Pantai Sematan - Bas/Kereta
* Kolam Air Panas, Sebako - Kereta
* Air Terjun, Sebat - Kereta
* Taman Negara Gunung Gading - Bas/Kereta
* Taman Negara Tanjung Dato - Bot
* Taman Perlindungan Kehidupan Liar, Samusan Sematan - Bot

 

 Tempat-tempat Menarik dan Kemudahan yang disediakan Lundu
 

                                       a.

Taman Negara Gading

Terletak di pinggiran kaki Gunung Gading. Masih kaya dengan ciri-ciri keindahan semulajadi yang unik, hutan tropika yang luas dan tidak terusik. Bagi para pengunjung yang inginkan cabaran, anda boleh menjejaki denai untuk sampai ke puncak gunung. Bagi pengunjung yang bernasib baik, anda akan menjumpai bunga Rafflesia semasa perjalanan anda ke puncak gunung. Di bahagian lurah-lurah gunung, pengunjung dapat melihat aliran air dari gunung yang mengalir laju yang sejuk lagi menyegarkan, dan sesekali melimpah pada cerun tinggi bagaikan air terjun. Manakala di bahagian hilirnya pula dibina takungan kecil untuk dijadikan tempat bermandi. Gazebo dan Barbeque pic disediakan bagi pengunjung yang bercadang untuk berkelah. Dan bagi pengunjung yang merancang hendak bermalam, rumah tumpangan (Hostel dan Chalet) ada disediakan

 

 

 

                                                      b. Pantai Pandan

Pantai Pandan merupakan tempat tumpuan para pengunjung terutamanya pada hujung minggu dan cuti persekolahan. Pantainya yang landai dan bersih membolehkan pelbagai aktiviti dapat dilakukan pada waktu petang. Bagi para pengunjung yang ingin bermalam sambil menikmati kedinginan bayu malam, melihat terbit dan terbenamnya sang matahari, mereka boleh menginap di chalet-chalet, rumah tumpangan atau banglo. Makanan, minuman serta keperluan lain boleh didapati dari kantin yang berdekatan. Di musim-musim tertentu pula, para pengunjung berkesempatan menyaksikan gelagat para nelayan menangkap bubuk dan ikan pusu (bilis) yang jarang-jarang dapat dilihat di tempat lain di negeri Sarawak. Pantai Pandan juga terkenal dengan kepakaran penduduknya

 

Feri merupakan penghubung utama ke Pusat Bandar Lundu.

Daerah Kecil Sematan


                                         

                                                                   a. Pantai Sematan

Pantai Sematan merupakan antara tempat peraginan yang termasyur di negeri Sarawak, menyebabkan ianya tidak pernah sunyi daripada dikunjungi para pelancong dari dalam mahupun dari luar negeri.Pesta Pantai yang diadakan setiap kali menjelang bulan Mei di pantai Sematan dan Pulau Talang-Talang seolah-olah satu keraian yang dinanti-nantikan oleh para pengunjung setia dan penduduk tempatan untuk berkumpul dan berpesta. Malahan tidak kurang juga yang dating hanya sekadar untuk bersantai-santai di tepi pantai. Berkunjung ke pantai Sematan pasti tidak akan mengecewakan, kerana sudah tentu ada sahaja ole-ole dan kenangan manis untuk dibawa pulang

 

 

 

                                         

Tempat-Tempat Menarik


Air Terjun Di Sebat, Ocean Resort yang menyediakan Chalet Dan Pemandangan Pantai Pandan Di Lundu.

 


 

TAMAN NEGARA BAKO

Taman Negara Bako di Sarawak terletak berhampiran dengan bandar Kuching, ibu negeri Sarawak. Ia meliputi kawasan bersaiz 2,742 hektar. Persisiran pantainya dihiasi dengan tebing-tebing batu kapur yang curam hasil dari proses hakisan yang berlangsung berjuta-juta tahun lamanya. Pelbagai jenis flora dan fauna boleh didapati di taman ini termasuklah monyet proboscis , sejenis monyet yang mempunyai hidung besar, pesek dan merah tetapi unik.

Daya tarikan utama yang memashyurkan Bako adalah kepelbagaian spesis tumbuhan dan haiwan yang terkandung di dalamnya.  Taman ini yang termasuk bahagian hujung Muara Tebas, dilitupi oleh hutan ‘diterocsrp’, hutan bakau, tumbuhan ‘scrub-like padang’, tumbuhan halus di tebing tinggi dan banyak lagi.  Hampir semua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo boleh ditemui di sini.

Bagi peminat hidupan liar, Bako adalah unik bagi mereka.  Taman ini merupakan taman tertua di Sarawak dan menjadi tempat terkawal semenjak tahun 1957.  Oleh sebab itu, haiwan di taman ini amat banyak dan kurang waspada terhadap manusia.  Para pengunjung sudah pasti berpeluang melihat dan boleh mengambil gambar pelbagai spesis haiwan dalam suasana semulajadi.

Monyet ‘Long-tailed macaque’, ‘silver leaf monkeys’. Cicak besar dan tupai sering dijumpai meronda di kawasan Ibu Pejabat Taman.  Hutan bakau Bako campuran tempat tinggal kepada ‘porboscis monkey’, spesis yang boleh ditemui di pulau Borneo.  Selain daripada itu, hutan bakau ini juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk melihat berbagai jenis burung.  Lebih daripada 150 spesis burung ada direkod di sini, termasuk beberapa jenis yang luar biasa.
 Bako merupakan sebuah taman rakan pelawat yang lengkap dengan berbagai kemudahan yang menarik.  Ianya direkabentuk bagi membolehkan pengunjung menikmati sepenuhnya keindahan alam semulajadi tanpa kesan yang sebaliknya.  Kawasan HQ dibekalkan dengan kemudahan elektrik 24 jam, bekaln air yang diilirkan dari sungai-sungai yang segar, rumah rehat, chalet, hostel, kantin yang menyediakan makanan dan minuman ringan, pusat pendidikan, bilik video dan juga pusat penerangan.

Banjaran di taman ini memelihara sistem denai pejalan kaki yang luas merintangi seluruh Bako.  Sejumlah 16 denai dikodwarnakan bagi menawarkan pilihan-pilihan pengembaraan yang mudah sehinggalah kepada yang sukar.  Denai ‘Lintang’ yang melintasi semua jenis tumbuhan di Bako jadi pilihan yang diminati oleh pengembara.  Manakala Denai Telok Delima dan Telok Paku merupakan tempat yang paling sesuai untuk memerhati monyet ‘proboscis’ teutamanya pada awal pagi atau petang.

Garisan pantai Bako dilitupi oleh telok dan telok kecil, banjaran yang curam dan pantai.  Banjaran batu kapur dan batu pasir menyempadankan pantai-pantainya.  Contah yang paling menarik ialah Telok Pandan Kecik.  Laluan ke Telok ini melintasi tanaman padang seakan landskap Australia.  Disebelah denai perpasir dan perpapan pula, tumbuhan karnivor ‘pitcher plant’ boleh ditemui.  Pemandangan paling menarik di Bako ialah himpunan lautan yang dihasilkan melalui tindakan arus boleh dilihat dari pantai Pandan Kecil.

Perjalanan 20 minit dengan bot ke Bako hampir sama seronoknya dengan kunjungan ke taman itu sendiri.  Pelawat akan melihat kepadatan hutan bakau, buluh tradisional sebagai platform memancing dan berbagai bentuk batu batan yang menarik di pantai dan burung-burung berterbangan sepanjang perjalanan.  Walaupun melalui kunjungan sehari pelawat boleh melihat berbagai keindahan Bako.  Namun kunjungan yang lebih lama adalah disarankan.