Demi
Aishu
(Siapa
Tahu... Sabarlah Menunggu)
Demi Aishu…
Sumpahan Bisu
Demi Aishuku..
sabarlah menunggu
kerana..
Belum habis
ku riwayatkan
Belum sempurna
ku coretkan
Hanya sahaja
sesuku perjalanan
Belum lagi
ke tunjangan
Pengalaman
dikongsi
Jadi ajaran
garis panduan
Bukan rekaan
apatah ilusi
Yang senghaja
disenghajakan
Agar kalian
mahu mengerti
Hasrat firasat
dan ketentuan….
Dari seorang
aku bernama lelaki
Dikekang kemelut
hasrat impian
Diiringi tragedi
ngeri…
Yang datang
tak terhindarkan
Yang pergi
tak terkejarkan
Bagiku punya
rahmat .. besar kejadian
Suka duka
duri kehidupan
Seorang makhluk..
bernama insan
Buat teman
nan bertanya
Terima kasih
mengerti rasa..
Kerana aku
bukanlah pujangga
Berbahasa
kurang sekadar mencuba
Mengubah paradigma
lainan cara
Ber bumi nyata
bukan di angkasa …
Buat teman
nan menanti
Sabarlah ...kan
ku sambung kembali
Kerna ku kan
hilang lagi sekali
Demi dia yang
ke mari
Demi Vientianne
… maruah pertiwi
Dan demi janji..
sesama insani
Next
Rose's
Web Directory
| Poetry
Lane | Music
Box | Inner
Voices | Personal
Corner | Web
Links | Guest
book | Mail
Post