<BGSOUND src="//www.oocities.org/mawarshafei71/FirstTime2.mid">
MAWAR


MAWAR merupakan nama sejenis  bunga. Bunga dalam pelbagai urna  -  merah, merah jambu, putih atau kuning. Namun yang pastinya MAWAR adalah bunga yang harum. Lazimnya digemari wanita malah menjadi pilihan lelaki untuk dihadiahkan kepada wanita tercinta kerana ia dikatakan lambang kasih sayang. Dalam kelembutan urnanya dan harumnya, MAWAR berduri. Ia dapat dipetik tetapi harus berhati-hati dengan durinya yang bisa melukakan.

Begitulah beberapa perihal
MAWAR. Saya diberikan nama itu. MAWAR. Ada yang berkata ia klasik dalam dunia terkini. Ada yang berkata ia bukan nama sebenar saya! Ninda saya [Saronah Masiman]  yang memberinya. Dalam keluarga kami, hanya saya dan sepupu [yang juga sahabat baik saya] Melati, yang diberi nama bunga oleh Ninda tercinta.  Alhamdulillah saya amat berterima kasih kerana diberi nama yang seindah itu. Ia antara hadiah yang istimewa sepanjang usia saya. Dalam hidup mahu saja saya mengekalkan nuansa itu – indah dan harum – untuk semua. Dan saya tidak mahu duri yang ada menjauhkan saya daripada untaian persahabatan dan persaudaraan – dua hal yang menjadi yang terindah dalam hidup saya.


Terdapat beberapa kata-kata indah yang pernah dirakam penyair.
MAWAR dilukiskan sebagai nuansa yang cukup luar biasa dan istimewa. Antaranya ialah Mawar dari Tangan Seorang Lelaki oleh sahabat penyair saya,


Belum pernah ketemui antara sepagar bunga di ambang rumahmu
                ada sehalus mawar
            sedang aku lewati - menyerbak dadaku
kerana semerbak harum pemiliknya
           
Hatta – nafasku berdenyut bertanya
             tentang mahu kukucup
sebagai tanda kasih yang pertama
dari seorang lelaki
bagi memberi sepatah makna
dengan menghulur sekuntum mawar putih
untuk membayar harga harum keduanya

- Anjan Ahzana -


Bagi sahabat yang menemui puisi tentang MAWAR,  bolehlah dihantar kepada saya untuk dipaparkan di sini. Semoga ia menjadi wadah persahabatan kita. Untuk itu diucapkan terima kasih.

Salam persahabatan,
mawar
Laman Utama