Pengembaraan Di Sebalik Tabir Tinta:

Menelusuri Citra Alam Dalam Montaj II dan Jurai Palma

Oleh

Kartini bte Anwar

 

 

1.         Pendahuluan

            Sumbangan wanita dalam karya sastera tidak dapat dinafikan.  Mereka mempunyai kekuatan, gaya serta identiti sendiri yang boleh dikesan melalui karya-karya yang dihasilkan dalam pelbagai genre.  Dalam arena sastera Melayu, penulis-penulis wanita bukan sahaja membicarakan tentang hal-hal kewanitaan, malah ada yang sudah mengorak langkah ke arah penghasilan karya-karya pascamodernisme melalui unsur-unsur metafisksyen, metahistografik, surealistik, realisme majis, parodi dan sebagainya. 

 

Di antara penulis-penulis wanita Melayu, terdapat mereka yang telah mendapat pendidikan hingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Oleh yang demikian, aliran pemikiran yang dibawa dalam karya mereka mempunyai identiti yang tersendiri, sesuai dengan idealisme yang didukung oleh pengkaryanya.  Kajian ini didasari oleh karya dua orang penulis wanita Melayu iaitu Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail. Mereka mempunyai kekuatan masing-masing berdasarkan latar bidang yang pernah mereka ceburi disamping bidang penulisan sastera.  Mawar Shefei pernah mengambil jurusan geologi manakala Siti Zainon Ismail masih lagi berkecimpung dalam seni lukisan dan kebudayaan Melayu. Namun, yang menjadi perhatian pengkaji adalah, kedua-kedua penulis tersebut cenderung menggunakan citra alam dalam karya mereka.  Tumpuan kajian ini adalah melalui pengaplikasian teori semiotik. Kajian ini juga memuatkan satu perbandingan pengkaryaan kedua-dua penulis melalui teks Montaj II dan Jurai Palma.

2.         Tesis Kajian

Mawar Shafei merupakan penulis muda yang berbakat serta produktif.  Beliau telah banyak menghasilkan cerpen, puisi, tulisan ilmiah serta esei kritikan dan sering mendapat anugerah melalui penghasilan karyanya.  Karya-karya beliau bersifat intelektual dan globapolitan.  Gaya bahasanya yang kuat, dicerna melalui wacana saintifik,  yang sarat  dengan perlambangan.  Namun, apabila membaca cerpen-cerpen tulisan beliau, ramai di antara khalayak pembaca tidak dapat memahami atau menangkap maksud yang tersirat di dalamnya.  Mungkinkah maksud daripada perlambangan yang digunakan sebagai petanda amat sukar difahami?  Maka, perkara ini telah menjadi pendorong kepada pengkaji dalam kajian yang akan dilakukan terhadap Montaj II.  Kajian ini akan menjelaskan bagaimana teori semiotik dapat diaplikasikan secara berkesan bagi memahami karya-karya Mawar Shafei yang sukar dan abstrak.

 

Siti Zainon Ismail dikenali sebagai penyair dan pelukis yang berbakat dan sering menerima anugerah melalui karya ciptaannya.  Beliau aktif dalam pengkajian dan penulisan ilmiah, cerpen, novel, puisi dan kritikan. Penglibatannya dalam aktiviti seni dan budaya telah banyak mencirikan gaya penulisan, bahasa serta citra yang digunakan dalam karya, khususnya genre cerpen.  Oleh kerana beliau berkecimpung secara langsung dalam bidang seni lukis, penggunaan citra alam merupakan unsur yang mempengaruhi proses pengkaryaan beliau.  Penggunaan unsur-unsur tersebut dalam karyanya tentu sekali membawa sebab-sebab yang tertentu.  Maka, perkara ini juga telah mendorong pengkaji untuk mendekati Jurai Palma. Dengan mengaplikasikan teori semiotik (Pierce), dapat diteliti  sejauh mana citra alam mempengaruhi  proses penulisan Siti Zainon Ismail.

3.         Bahan Kajian

            Montaj II (2002) karya Mawar Shafei memuatkan kumpulan tujuh belas cerpen yang pernah disiarkan di Mingguan Malaysia, Pelita Bahasa, PS, Dewan Sastera dan Dewan Budaya serta antologi cerpen  Talian Kasih, Riak Kabus Danau Malinjau dan Bukan Mimpi Terakhir, sepanjang 1996 hingga 2001.  Montaj II penuh dengan cerpen pascamodenisme yang menggambarkan jalan cerita yang pantas, tidak mengikut urutan serta sarat dengan unsur-unsur interteks.  Dalam menelusuri teks tersebut, pengkaji mendapati Mawar Shafei menggunakan citra alam sebagai asas penggubalan karyanya yang kaya dengan isu-isu kehidupan, unsur-unsur feminisme serta falsafah agama.  Cerpen-cerpen yang terkandung dalam Montaj II adalah:

1        Wasilah

2        Duri-duri Lovibia

3        Al Khaf

4        Garis-garis Furqaan

5        Nokturno dari Birmingham

6        Zel

7        Ariaxe di Horizon Kirmizi

8        Mandala Haksiber

9        Montaj Nasuha

10    Laman Pesona

11    Marissa @ Merdeka

12    Cerpen Pendek

13    Montaj Pesona

14    ATM Cybernauts

15    Uzlah

16    Katarsis

17    Suara Ababil

            Jurai Palma (2001) karya Siti Zainon Ismail merupakan kumpulan cerpen yang mengandungi lapan belas cerpen yang terhasil dalam tahun 1990 hingga 1999 dan pernah disiarkan dalam pelbagai majah serta akhbar tempatan di Malaysia.  Cerpen-cerpen dalam Jurai Palma dihidangkan dengan gaya bahasa dan tenunan seni yang indah dan menyelitkan unsur-unsur femisisme, metahistografis serta persoalan kehidupan sejagat.  Kesemua ini diikat melalui citra alam yang dihasilkan melalui kepakaran penulis yang kaya dalam bidang lukisan dan kebudayaan Melayu.  Cerpen-cerpen yang terkandung dalam Jurai Palma  adalah:

1        Restu Kuala

2        Syah Kubandi

3        Dering Aidilfitri

4        Atika Sahabat Kami

5        Intan Kirana

6        Rimbun Jenjarum

7        Daun Mapel Akhir

8        Kampung Paya Kami

9        Jurai Palma

10    Nyanyian Orang Laut

11    Bukit Jingga Sakti

12    Oikos Ledang

13    Meena Plangi?

14    Kasih Kaca Warna

15    Gerimis dan Sekaki Payung

16    Cinta Lembah Damai

17    Dia Tidak ke Gunung

18    Perjanjian Laut Banda

 

 

4.         Rasional Kajian

Di antara lain, kajian ini bertujuan untuk:

(i)                  mencari makna dalaman yang tersirat dalam teks melalui teori pascamoden.

(ii)                memperkayakan  serta  menyumbang  kepada  sudut kajian  terhadap teks MontajII  dan Jurai Palma.

(iii)               memperlihatkan kekuatan dan kepengarangan Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail.

(iv)              memperlihatkan unsur-unsur alam yang dikupas melalui permaknaan yang baru.

(v)                lebih mengenali proses penciptaan kedua-dua penulis wanita yang dikaji.

(vi)              membuktikan teori pascamoden relevan bagi mengkaji teks yang sukar difahami.

 

5.         Kajian Lepas

Munculnya teori sastera pascamoden telah membuka ruang penyelidikan sastera dengan lebih luas.  Aplikasi serta penerapan teori-teori moden telah banyak digunapakai bagi kajian sastera. Namun sebagai alat, teori pascamoden kurang dipergunakan dalam kajian terhadap karya sastera pascamoden. Dengan penyelidikan melalui teori semiotik, kedua-dua teks mampu membangkitkan pemaknaan yang baru serta memperlihatkan kepengarangan Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail.  Sejauh ini, tiada kajian semiotik  yang pernah dilakukan bagi memperlihatkan unsur-unsur wujudnya pengaruh Siti Zainon Ismail dalam proses pengkaryaan Mawar Shafie.

Berdasarkan tinjauan dan penelitian, pengkaji mendapati tidak terdapat aplikasi pendekatan semiotik yang pernah dihasilkan bagi kajian terhadap Montaj II mahupun Jurai Palma.  Kalaupun ada, tulisan-tulisan yang mengupas atau mengulas karya Mawar Shafie dan Siti Zainon Ismail merupakan tulisan yang hanya mengupas satu cerpen yang berdiri dengan sendiri,  bukan kumpulan cerpen seperti yang terdapat dalam Montaj II atau Jurai Palma. 

 

Sejauh ini, penulis belum lagi menemui kajian ilmiah yang menggunakan teori pascamoden, khususnya teori semiotik, digunakan bagi menganalisis Montaj II dan Jurai Palma, serta membandingkan kekuatan kedua-dua teks tersebut.

 

 

6.         Kaedah Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan, di mana bahan-bahan kajian telah didapatkan daripada beberapa perpustakaan di Singapura seperti;

·        Perpustakaan Universiti Teknologi Nanyang

·        Perpustakaan Nasional Singapura

 

Beberapa petikan serta ulasan dari majalah, jurnal-jurnal, bahan-bahan bacaan yang lain serta paparan melalui internet juga telah dijadikan bahan kepustakaan. Ini bertujuan untuk membantu pengkaji menambah bahan yang sedia ada dan juga dapat menokoktambahkan bahan secara rapi dan berkesan.

 

7.         Teori Semiotik

“Semiotics is the theory and analysis of signs and significations.  A semiotician like the early Barthes sees social and cultural life in terms of signification, and therefor in terms of the non-essential nature of objects.... Semiotics also studies the way that signs signify – in the conventional literaty texts and legal documents, or in advertisements and bodily conducts.”    - John Lechte (1994: 121)

 

            Bahasa merupakan alat komunikasi yang terpenting dalam kehidupan manusia.  Kata-kata yang dibentuk dalam bahasa diungkap melalui satu sistem perlambangan yang dapat difahami secara lisan mahupun tulisan.  Kesemua ini terungkap dalam perututuran, gerak laku mahupun perbuatan.  Kadang-kala, lambang-lambang yang digunakan dalam bahasa agak sukar difahami sehingga ianya memerlukan satu bentuk kajian melalui disiplin yang tertentu.  Maka, disiplin inilah yang diterapkan melalui pendekatan semiotik.  Ia adalah disiplin yang terbentuk hasil daripada gabungan beberapa bidang ilmu lain termasuk antropologi, lingusitik, psikologi, sosiologi dan beberapa lagi. Semiotik kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk kajian yang bersifat saintifik.

 

Teori semiotik adalah di antara teori kritikan pascamoden yang penting dan banyak digunakan kini.  Ia memahami karya sastera melalui tanda-tanda atau perlambangan-perlambangan yang ditemui di dalam teks.  Teori ini berpendapat bahawa dalam sesebuah teks itu terdapat banyak tanda dan pembaca atau penganalisis harus memahami apa yang dimaksudkan dengan tanda-tanda tersebut.

 

7.1       Sejarahnya

            Semiotik adalah sains yang mengkaji sistem  perlambangan yang telah bermula sejak zaman Greek lagi, iaitu; zaman Plato dan Aristotle.  Kedua-dua tokoh tersebut telah memulakan sebuah teori bahasa dan makna.  Namun tidak lama selepas itu, teori ini dirasakan tidak wajar, lalu kegunaan dan keunggulannya mula menjadi lemah. 

 

            Namun, pada abad ke 17, pendekatan semiotik mula mendapat perhatian John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris untuk menjelaskan doktrin perlambangan ketika itu.  Kali ini, kemunculan pendekatan  semiotik beransur-ansur mendapat perhatian sehingga ia mula mendapat tempat di kalangan tokoh-tokoh yang terkemuka seperti Ferdinand de Saussure, seorang ahli linguistik Eropah dan Charles Sander Pierce, seorang  ahli falsafah Amerika pada abad ke 19.  Kedua-dua mereka telah merintis jalan bagi mengkaji dan menilai kesusasteraan melalui pendekatan semiotik.    

 

Oleh kerana semiotik merupakan gabungan daripada disiplin-disiplin lain, telah ada usaha dari Saussure untuk memantapkan kedudukannya agar dapat mandiri dan berdiri sebagai satu disiplin yang autonomous.   Sedikit demi sedikit, semiologi mula mendapat tempat melalui tulisan-tulisan Roland Barthes.  Ia tidak lagi dilihat sebagai sebuah teori yang bersifat daerah yang hanya dibataskan kegunaannya untuk kajian bahasa dalam kesusasteraan sahaja.  Malah, ia dapat diaplikasikan dalam semua persoalan hidup yang penuh dengan lambang dan perlambangan.

 

Maka Barthes telah berjaya memperluaskan skop serta peranan semiotik dengan mengaitkannya dengan bahasa dan kesusasteraan.  Menurut Barthes, bahasa berpengaruh dalam semua aspek kehidupan dan ia boleh ditinjau melalui karya-karya yang terhasil.  Karya merupakan cerminan realiti sebenar yang diungkap dalam bentuk tulisan.

 

Selain Barthes, semiotik merupakan satu bidang yang telah memikat ramai tokoh-tokoh serta ahli falsafah seperti Umberto Eco,  Algirdas Julien Greimas, Louis Hjelmslev, Julia Kristeva, Charles Sander Pierce dan Tzvetan Todorov.  Tokoh-tokoh tersebut menggunakan pendekatan semiotik untuk mengkaji karya dari berbagai aspek, iaitu daripada aspek perlambangan,  imejan, ekspresi  hinggalah ke aspek hermeneutik.  Dari itu, dapat dilihat bahawa pendekatan semiotik telah mendapat tempat dalam kajian-kajian yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh tersebut sehingga kekuatannya terbukti apabila ia dapat digunakan secara meluas di kalangan para pengkaji.

 

7.2       Konsep Teori

            Semieon adalah istilah yang digunakan oleh orang Greek untuk merujuk kepada sains yang mengkaji sistem perlambangan atau sistem tanda dalam kehidupan manusia.   Daripada akar kata inilah terbentuknya istilah semiotik, iaitu kajian sastera yang bersifat saintifik yang meneliti sistem perlambangan yang berhubung dengan tanggapan dalam karya.  Menurut Mana Sikana (1985: 175), pendekatan semiotik melihat karya sastera sebagai satu sistem yang mempunyai hubungan dengan teknik dan mekanisme penciptaan sesebuah karya Ia juga memberi tumpuan kepada penelitian dari sudut ekspresi dan komunikasi.

            Semiotik adalah sebuah disiplin ilmu sains umum yang mengkaji sistem perlambangan di setiap bidang kehidupan. Ia bukan sahaja merangkumi sistem bahasa, tetapi juga merangkumi lukisan, ukiran, fotografi mahupun pementasan drama atau wayang gambar.  Ia wujud sebagai teori membaca dan menilai karya dan merupakan satu displin yang bukan sempit keupayaannya.  Justeru itu ia boleh dimandatkan ke dalam pelbagai bidang ilmu dan boleh dijadikan asas kajian sebuatu kebudayaan. Oleh kerana sosiologi dan linguistik merupakan bidang kajian yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain, semiotik yang mengkaji sistem tanda dalam bahasa juga berupaya mengkaji wacana  yang mencerminkan budaya dan pemikiran. Justeru, yang menjadi perhatian semiotik adalah mengkaji dan mencari tanda-tanda dalam wacana serta menerangkan maksud daripada tanda-tanda tersebut dan mencari hubungannya dengan ciri-ciri tanda itu untuk mendapatkan makna signifikasinya.  Ini dapat dijelaskan menerusi rajah berikut:

 

Rajah 1

 

           

7.3       Teori Kajian

Semiotik boleh berhadapan dengan apa jua genre. Ia berkebolehan untuk memberikan penilaian yang adil dan saksama. Teori Semiotik beranggapan bahawa sesebuah karya itu mempunyai sistemnya yang tersendiri, di mana, ia dapat diperlihatkan melalui sistem tanda dan kod yang terjelma di dalamnya.  Oleh yang demikian, proses penciptaan yang melahirkan sistem karya itu juga menjadi penelitian.  Ini termasuk sistem di luar karya yang dibawa masuk ke dalam karya; atau lebih tepat lagi kebudayaan seluruh masyarakat yang menjadi sumber inspirasi  pengkaryaan tersebut.

 

Terdapat beberapa pengertian asas tentang perlambangan yang dikemukakan di kalangan ahli tokoh-tokoh semiotik terutama dalam bidang linguistik dan kesusasteraan umum. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, teori semiotik ini sangat luas dan dipelopori oleh beberapa tokoh dengan skop yang berbeza-beza.  Maka, dalam pengkajian ini, teori semiotik yang dipelopori oleh Pierce akan digunakan.  Dengan itu, prinsip-prinsip yang seperti ikon, indeks dan simbol turut digunakan dalam kajian ini.

 

7.4       Prinsip

            Pendekatan semiotik memerlukan penganalisis mencari penggunaan tanda-tanda dalam sesebuah karya.  Tanda-tanda tersebut diungkap melalui  penanda, mengikut paradoks dan kontradisksi penggunaan stail dan mekanisme penciptaan sesebuah karya yang dikuasai oleh pengarang.  Maka, penganalisis menggunakan semiotik untuk memberikan makna bagi tanda-tanda dalam teks yang dikaji.

 

            Semiotik melihat karya dalam perspektif yang lebih luas.  Prinsip kedua daripada pendekatan semiotik menuntut penganalisis memperhatikan hubungan sistem sesebuah teks yang dikaji dengan sistem yang ada di luar teks tersebut; iaitu segala perkara yang membawa kepada lahirnya teks tersebut.  Ini merangkumi sistem hidup dan kebudayaan masyarakat yang menjadi sumber inspirasi penghasilan teks yang dikaji.

 

            Segala ungkapan atau tanda-tanda yang dicerakinkan dari  dalam teks memainkan peranan yang penting bagi kewujudan satu bentuk sistem dalam pembinaan teks tersebut. Maka, prinsip ketiga dalam pendekatan semiotik memberi penghargaan terhadap pengarang dan keperangannya. Ini menjelaskan bahawa terdapat sebab bagi penggunaan setiap ungkapan yang dihasilkan dalam teks kerana segalanya mempunyai pengertiannya yang tersendiri.

 

7.5       Kaedah Aplikasi

            Sebagaimana yang telah dijelaskan, kajian ini akan didasari oleh teori semiotik yang dipelopori oleh Charles Sander Pierce.  Pengkaji menganalisis teks dengan mencari dan menilai tanda-tanda yang digunakan melalui ikon, indeks dan simbol.   Ikon merujuk kepada tanda-tanda yang menjadi bebayang, yang mirip mahupun yang menerupai sesuatu benda atau perkara.  Indeks pula merujuk kepada tanda-tanda yang terhasil daripada sesuatu fenomena, simptom ataupun sesuatu perkara yang bersebab. Manakala, simbol pula merujuk kepada perlambangan yang sedia difahami dan membawa pengertian.  Maka, pengkaji menggunakan kaedah ini bagi menganalisis wacana serta peranan  tanda-tanda yang digunakan oleh pengarang dalam Montaj II dan Jurai Palma.

8.         Montaj II

            Cerpen-cerpen dalam Montaj II boleh dikatakan mewakili tiga jagat, iaitu jagat ugama, jagat korporat dan jagat sibernika.  Ketiga-tiga jagat tersebut menjadi lakaran kanvas yang membentuk pemikiran Mawar Shafei serta membawanya  kepada satu mekanisme penciptaan yang menarik dan kreatif.  Mekanisme penciptaan tersebut tidak dapat dijayakan tanpa wacana bahasa.  Dalam wacana bahasa tersebut, tersimpan segala ikon, indeks dan simbol yang boleh diteliti  bagi mendapatkan permaknaan bagi segala tanda-tanda yang digunakan.       Ikon, indeks serta simbol yang terdapat dalam kumpulan cerpen Montaj II dapat diteliti melalui jadual berikut:

 

 

Cerpen

 

Tanda

 

Perkataan / Ungkapan

 

Halaman

 

 

“Wasilah”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

horizon

pojok, cobble dan boulder

tanah tanih, Plinthite

mandala

ferum, aluminium, mangan dan kaolin

Trop

 

 

terpojok, terkedu, terlongo, terkasima

pokok tumbang, banjir

pembangunan, penempatan penduduk

 

 

JBT 1263

EIA (Environmental Impact Analysis)

 

1

3

4

5

6

7

 

 

3

5

6

 

 

2

4

 

 

“Duri-duri Lovibia”

 

 

 

Ikon

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

duri Lovibia

layang-layang, angin

yojana, mandala,

pojok

garis latitud

 

ngilu dan perit, kemaujudannya

nanar

terkasima, consciousness

 

 

O2 dan CO2

 

11

12

13

14

16

 

13

14

16

 

 

14

 

 

“Al Kahf”

 

 

Ikon

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

 

 

Simbol

 

kawasan gurun, yojana

mandala, stalagtit

batuan igneus

sawang labah-labah

 

 

kekadenan

proses exfoliation

proses kelupasan

kemaujudan,  kejijikan, kebobrokan

terlongo

 

 

CPU

O2

Gua Thur

 

 

18

20

21

28

 

18

20

23

25

26

 

 

 

19

20

27

 

“Garis-garis Furqaan”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Nokturno Dari Brimignham”

 

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

 

Simbol

 

 

 

 

 

Ikon

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

 

batuan di tapak troglodyte Fugitive

mandala

spesies kaolin

ruang atmosfera

cahaya okulus, dinding regolit

grabiglioni

 

 

kemaujudan garis-garis rekahan

menggeru

tapak perlindungan, perlarian

kekosongan, kenihilan

 

 

H2O dan O2

CaCO3  - calcium carbonate

H2 dan O2

C2(HO)6  - carbon hydroxide

 

 

Lili Putih, Dasypoda Hirtipes, pagi

mandala perbukitan

projek lebuhraya

pohon oak

 

 

rengsa

kenanaran

merompak keluasan tanah

 

 

RM84 juta

 

29

30

31

34

36

37

 

 

29

31

32

36

 

 

30

33

37

39

 

 

42

43

45

47

 

 

42

43

44

 

 

43

 

 

“Zel”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

daun-daun merah

padang pasir, oasis, matahari senja

rumput hijau atau daun merah

ribut pasir

maghrib

urna putih cerah

 

 

riang melayang

figuratif dan mujarad, terlongo

rengsa

terkedu, hacker komputer

 

            -

 

 

52

53

55

57

59

60

 

 

52

53

57

59

 

-

 

“Ariaxe di Horison Kirmizi”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

Ariaxe

sel solar, suria

landasan Equator

langit berwajah kirmizi

orbit gepstationari, yojana

 

 

terkasima

menghimpit, terjerit

menggeru

 

 

8MB, 32MB

100Mhz, LCD

 

 

61

63

65

71

72

 

 

61

64

72

 

 

64

65

 

 

“Mandala Haksiber”

 

Ikon

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

 

Mahkamah siber

malam dan pagi

 

 

tergugu

terlongo

hacker

 

 

CNN, APTV

MMX, 66mhz, 16KB. 256KB

 

73

77

 

 

73

76

78

 

 

74

75

 

]

“Montaj Nasuha”

 

Ikon

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

Simbol

 

pagi

pewangi

al mubarak

pawana liar

 

 

terkedu

menahan lapar dan dahaga

 

 

Baitullah

 

82

85

86

87

 

 

82

86

 

 

84

 

 

“Laman Pesona”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

pagi, dedaunan, hujan panas, air, langit

tiang teguh

batu besar

matahari pagi

bouquet mawar

 

 

menjadi pesona

skandal seks, satu fenomena

bercakap dengan daun, dengan bunga

 

 

Mahsuri dgn Deramang

Isteri Tun Biajid dgn Sultan Mahmud

 

 

89

92

93

94

97

 

 

90

92

95

 

 

92

92

 

“Marissa @ Merdeka”

 

Ikon

 

 

 

Indeks

 

 

 

Simbol

 

pawana petang

negara, dimensi iklim

ladang kolektif, lombong arang batu

 

Marissa yang sedang berbadan dua

bebas, merdeka

 

 

Beras kunyit, sirih pinang, air mawar

 

99

101

102

 

99

100

 

 

104

 

 

“Cerpen Pendek”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

kenari, 

kawasan kuari,

cahaya pelita

 

 

terkasima, wanita batu

tolak ansur

berambut macam jurai palma

 

 

CFS (Chronic Fatique Syndrome)

 

 

107

110

112

 

 

108

109

110

 

 

110

 

“Montaj Pesona”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

 

daun-daun kering yang luruh

perancangan dan pembangunan

jentayu

 

 

kepanasan, ribut taufan, kemarau panjang

taubat

 

 

Deramang, Padang Mat Sirat

 

121

122

123

 

 

122

 

126

 

 

124

 

 

“ATM Cyberbauts”

 

Ikon

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

Simbol

 

udara

Forest fires,

Visibility

Vicious cycle

 

 

Terpeluwap, berbalam

Sakit, kurang sihat

Sesak nafas, kerengsaan kulit

 

O2 , IFATCA

 

 

129

132

133

134

 

 

129

132

133

 

133

 

“Uzlah”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

 

Simbol

 

Uzlah

suhu, musim, angin, suasana

bunga kering

 

 

perpindahan , transformasi

preservation, preserve the environment

zuhud, warak, mahasabah, iman, takwa

proses kenal diri

 

 

VIP
CPU

 

138

141

143

 

 

141

144

145

146

 

 

138

139

 

“Kartasis”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

awal pagi

wangi anggerik, seteru

lorong katarsis

 

 

gelap

lambang alam – zat Allah, sfera wujud

ilam-ilam, berkabus

tangga rumah Tok Guru hampir runtuh

 

CPU

VIP, permaidani merah, ustaz

 

 

147

149

153

 

 

147

150

152

154

 

147

149

 

“Suara Ababil”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

Anak I, Anak II, jantung, pawana pagi

sumur zam-zam

suara Ababil

 

 

bunyi gemerincing

terlalu memukau

cukup berdosa, jahil, taubat

 

 

O & G (Obsterik & Ginekologi)

Tan’aim. Masjidil Haram

HLA, in-vitro

 

 

159

161

165

 

 

160

161

165

 

 

159

160

163

 

 

8.1       Kupasan Montaj II

            Cerpen-cerpen dalam Montaj II banyak menyisipkan disiplin luar sastera seperti geologi, ekologi, alam siber, peguaman, ugama dan seni bina yang menggambarkan kecenderungan Mawar Shafei kepada  satu bentuk sastera bermaklumat.  Cerpen-cerpen yang bobot dengan simbol-simbol saintifik serta istilah-istilah daripada berbgai disiplin tentu sekali mengejutkan pembaca daripada pojok karya yang bersifat konvensional.  Kebanyakan karyanya dalam Montaj II membawa pembaca kepada satu mandala  yang jauh lebih berbeza daripada kebiasaan.  

 

Kecenderungan Mawar Shafei menggunakan citra alam sebagai tanda ikon, indekis dan simbol menirus kepada satu petanda yang lebih mendalam iaitu, tentang kehidupan dan yang menghidupkan (Al-Khalik) dan kemaujudan dan kewujudan  (zat Allah). Himpunan tanda-tanda yang digunakan dalam Montaj II juga memberi pengertian kepada apa yang berlaku dalam kehidupan sekitar Mawar Shafei dan tanggapannya terhadap kehidupan tersebut. 

 

Tentu sahaja tanda-tanda yang digunakan dalam Montaj II menuntut penghuraian penanda (signifier) dan petanda (signified).  Maka analisis semiotik terhadap ikon, indeks dan simbol dalam cerpen-cerpen pascamoden Mawar Shafie yang bersifat anti plot serta dipenuhi dengan unsur-unsur interteks ini  dapat memperlihatkan satu sistem permaknaan yang menjelaskan keakrabannya dengan alam dan fenomena-fenomena yang berkisar dalam kehidupan manusia sebagai refleksi alam.

 

8.1.1    Tanda Ikonik

            Setiap cerpen dalam Montaj II ada hubungannya dengan alam yang menjadi tanda dominannya.  Jelas, bidang geologi serta ekologi yang pernah diceburi Mawar Shafei tidak  disingkirkan begitu sahaja tetapi dipergunakan melalui unsur-unsur interteks dalam cerpen-cerpen beliau.  Keakraban beliau dengan alam jelas terpancar dengan penggunaan tanda-tanda ikonik seperti ruang atmosfera, horizon, pojok, mandala, yojana, jisim dan garis latitud melambangkan ruang lingkup yang meliputi alam ini.  Ruang yang wujud dalam alam menirus kepada kekuasaanNya dan kekerdilan manusia.

 

            Ikon-ikon alam yang bersifat abstrak juga banyak memenuhi cerpen-cerpen dalam Montaj II, seperti waktu; malam, pagi, maghrib, pawana, udara, suhu, musim, suara, bunyi.  Tanda-tanda ikonik begini tidak wujud tanpa sebab.  Mawar menggunakannya untuk menggambarkan putaran masa yang mempengaruhi alam dan kehidupan kita.  Putaran masa ini membawa petanda kewujudan Allah yang abstrak serta kebesarannya dan kekuasaannya mengendalikan kehidupan alam.

 

            Dengan cernaan bahasa yang menawarkan tarikan yang agak kuat, Mawar menggunakan penanda ikonik yang bersifat konkrit seperti tanah tanih, unggas, bunga, pohon, batuan, matahari, stalegtit, sawang labah-labah, lebuh raya yang kesemuanya berkaitan dengan kehidupan manusia dan daripadanya manusia boleh mendapat iktibar melalui renungan-renungan yang mendalam.  Ikon-ikon begini banyak wujud dalam cerpen-cerpen seperti “Wasilah”,  “Nokturno Dari Birmningham”, “ATM Cybernauts” dan “Uzlah” jelas menunjukkan keprihatinan dan sensitiviti Mawar Shafei terhadap pencemaran alam serta ketandusan pemeliharan alam sekitar yang banyak dihasilkan melalui tangan-tangan manusia yang menceroboh, demi perancangan dan pembangunan negara. Tuhan menjadikan alam untuk manusia, tetapi manusia tidak pernah meminta izin daripada tuhan malah sewenang-wenangnya membinasakannya untuk keperluan sendiri.

 

            Dalam “Wasilah”, Mawar memperlihatkan bagaimana manusia alpa dengan kitaran hidup yang telah disediakan tuhan. Kebobrokan manusia yang sering tidak rasa bersalah apabila terpaksa membinasakan kehidupan lain demi penakatan dan kehidupan mereka sendiri  diungkap melalui:

“Everything kills everything else in someway.” – hlm 3

Perkara ini sering membuat manusia rakus dan terasa begitu berkuasa sehingga tidak rela ditindas atau dikalahkan.  Ini digambarkan melalui:

“MAN is not for defeat.  A man can be destroyed but not defeated.” – hlm 6

“Wasilah” yang membawa erti ikatan, perhubungan atau pengantara menjadi petanda yang membawa erti yang lebih mendalam.  Alam menjadi wasilah dan jalan manusia untuk mengenal Allah. Untuk menuju ke jalan bagi mengenal Allah sebagai pencipta alam, Mawar  menyarankan dalam “Nokturno dari Brimingham” bahawa manusia perlu menjadi “Species manusia yang padat dengan nilai kemanusiaan.” tanpa

“merompak kehidupan mereka... merompak keluasan tanah mereka untuk projek mega yang memerlukan tapak seluas 40 hektar itu.”             - hlm 46

Selanjutnya, konsep preserve the environment dan konsep preservation (hlm 144) dapat dihayati jika manusia cuba mengasingkan diri dan membuat refleksi diri  menuju perpindahan ke daerah “Uzlah”.  Penggunaan penanda ikonik ‘bunga kering’ membawa maksud yang sinonim dengan segala-gala yang tidak mungkin ‘kering’  di daerah Pra Uzlah di mana konsep preservation  dapat dipergunakan.  Walaupun “Uzlah” lebih membawa kepada persoalan persahabatan yang murni, namun Mawar telah berjaya memasukkan unsur-unsur alam dan konsep-konsep yang berkaitan dengannya.  

 

            Dalam “ATM Cybernauts” Mawar menggunakan tanda ikonik yang mudah difahami seperti udara, Forest fires, Visibility (hlm 130).  Tanda-tanda ini menggambarkan kebobrokan kehidupan manusia yang tidak mahu memikul tanggungjawab demi mengelakkan pencemaran alam yang akhirnya memberi impak yang besar terhadap kehidupan masyarakat dunia. Manusia saling tuduh-menuduh dan tidak mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah.  Pencemaran alam juga membawa petanda pencemaran fikiran manusia yang bersifat “vicious circle.” Ini dapat dijelaskan melalui:

 

“Tapi di sini yang lebih menjejaskan ialah cemar fikiran dan nilai manusiawinya.  Semuanya saling amenyalahi dan menuduh.  Badan pencinta alam menyalahkan pengusaha balak dan mereka pula menunding jari kepada petani tradisional.” – hlm 134

 

8.1.2    Tanda Indeksik

            Kejadian alam serta peritiwa-peristiwa yang berkisar dengan kehidupan sering menjadikan watak ‘Aku’ dalam cerpen-cerpen  Montaj II menjadi terkedu, terlongo, nanar, terkesima, terpojok, tergugu, menggeru, terasa berada dalam kenihilan, sesak nafas, kerengsaan dan jahil.  Tanda-tanda indeksik begini membawa petanda bagaimana Mawar Shafei mendabakan kehidupan yang zuhud dan tidak rakus, serta sentiasa bermuhasabah menuju ke arah proses mengenal diri dan transformasi, seperti proses pengelupasan batuan-batuan yang berlaku dalam cerpen “Al-Khaf”.

 

Proses kelupasan ini lebih kerap berlaku pada mandala berbatuan igneus jalar seperti granit dan gneis. 

“Pernah ante fikir betapa proses kelupasan itu turut seperti kelupasan lapisan demi lapisan iman dan kemanusiaan?”

                                                                                   -hlm 21

Ini semua dapat dihasilkan apabila bandingan dibuat dengan alam, bumi dan manusia, lalu membuat renungan terhadap penciptanya. Namun, manusia sering terlupa kepada kemaujudan diri, hilang akan makna diri apabila mereka gagal untuk merenung jukstaposisi dengan rentetan sejarah manusia sejagat.  Ini diungkap menerusi:

“Ya tentang proses kelupasan akan makna kemanusiaan serta kedekadenan makna redha dengan apa yan gada.  Semua itu telah hilang dari mata, hati dan fikiran mereka.  Kerakusan untuk mendapatkan kuasa terus gencar si setiap inci kapilari darah dan nafsu mereka.”  - hlm 22

            Dengan menggunakan alam sebagai tanda indeksis, Mawar  Shafei  memparodikan peristiwa yang berlaku ke atas 51 orang pemberontak Kurdis sedekad yang lalu.  Ekserp daripada peristiwa pembunuhan 19 000 pemberontak Kurdis dan kekejaman puak  musyrikin terhadap Nabi Muhammad saw. dikaitkan dengan konsep pengelupasan iman manusia.

 

            Dalam cerpen “Ariaxe di Horison Kirmizi” , Mawar menggunakan penerokaan teknologi dan ruang angkasa lepas untuk menggambarkan pelancaran kapal angkasa serta setelit.  Gambaran alam yang diwujudkan dalam cerpen tersebut membawa petanda bahawa manusia sudah mula menguasai angkasa  lepas dan seakan-akan telah dapat ‘menakluki bumi (alam sepenuhnya).  Namun mereka lupa tentang kewujudan yang Esa yang menakluki lapisan-lapisan langit dan bumi  sehingga dapat menawan setiap kapilari dalam kehidupan alam.  

 

Gambaran yang serupa tentang kecangihan teknologi yang memberi kuasa kepada manusia untuk mencipta satu kejadian baru juga diperlihatkan dalam  “Suara Ababil”, seperti berikut:

 

“Manusia kian jadi berani”  - hlm 163.

“Wahai tuhan kami yang baik, bukan niat kami untuk menjadi pencipta.” – hlm 165

 

            Penggunaan indeksik alam dalam “Suara Ababil” menunjukkan betapa manusia tidak dapat memisahkan diri daripada alam dan penciptanya.  Seringkali, unsur-unsur alam mengingatkan manusia terhadap kebesaran tuhan  serta kejahilan dan kekerdilan mereka. Mereka alpa dengan pencerobohan-pencerobohan yang mereka lakukan demi kenikmatan kehidupan sendiri.  Pencerobohan sains dan teknologi melalui penyemaian in-vitro menggambarkan kekhuatiran Mawar Shafei terhadap perilaku manusia yang boleh mengakibatkan keangkuhan dan menyamai ciri-ciri penciptanya. Pencerobohan serupa itu juga dilakukan manusia (hacker) melalui perisian komputer sebagai mana yang digambarkan melalui “Mandala Hak Siber”. 

 

            Dengan mengakrabkan diri dengan alam, Mawar Shafei menggambarkan satu penerokaan ke alam kehidupan dan kemaujudan.  Tanda indeksik begini jelas diungkap dalam “Garis-garis Furquaan.” Cerpen tersebut bobot dengan petanda yang membawa penghayatan pembaca ke alam kehidupan dan menelusuri kenihilan jiwa manusia yang kosong, jika tidak tahu erti kebesaran tuhan yang telah memberi kehidupan serta tapak perlibdugan kepada species kaolin yang hidup dalam ruang batuan.  Garis-garis rekahan di tapak batuan tersebut membawa erti betapa tuhan memberi kehidupan kepada makhluknya walau di lubuk mana sekali pun.

 

            Unsur alam juga menjadi penghayatan ke arah alam psikologi iaitu alam kesedaran dan alam bawah sedar persis yang digambarkan dalam “Duri-duri Lovibia” dan “Katarsis”.  Kedua-dua cerpen ini membawa pembaca ke mandala psikologi yang sering menghimpit kehidupan manusia sehingga mereka menjadi nanar dan terkesima. 

            “Duri-duri Lovibia” merupakan penanda alam yang membawa kepada penanda indeksik; iaitu unsur yang menyakiti Ariq.  Ariq berada dalam alam consciousness semasa mengejar layang-layangnya, yang diragut angin rakus, lantas melayang di udara.  Cerpen ini membawa gambaran bagaimana kadangkala manusia berada dalam mandala kemaujudan tetapi masih melakukan sesuatu, seakan-akan mereka masih berada dalam kelekaan alam unconsciousness. 

 

Perkara yang hampir serupa digambarkan dalam “Katarsis” di mana manusia itu sering dihimpit dengan pergolakan batin sehingga ia dapat mencapai kelegaan emosi berada dalam mandala katarsis.  Kesemua ini berlaku akibat kelekaan dan kedangkalan manusia yang berada dalam keadaan sedar dan bawah sedar.  Pergolakan batiniah manusia diungkap dalam karya dengan melalui;

 

“... aku mengupas kewarasan Tok Guru yang meletakkan ‘lambang alam (walau sekadar motif) itu dimeifestasikan sebagai zat Allah, pada anak-anak tangga batu tempat yang menjadi bahan laluan malah pijakan.”  - hlm 150

 

            Anyaman unsur-unsur realisme magis yang hadir melalui mimpi serta pengunaan prinsip intertekstualiti iaitu  dengan mengekserpkan surah Ar Raad  membawa petandaan betapa manusia sering tidak membuat refleksi diri dan merenung kemaujudan mereka.  Dengan memasukkan ekserp tersebut, Mawar memperlihatkan betapa Allah berjanji bahawa manusia yang sentiasa mengingatiNya melalui zikrullah akan berada dalam ketengangan.  Barang siapa yang mengingat Allah semasa ia berjalan, maka Allah akan mengingatinya semasa ia berlari dan Allah sebaik-baik tempat mengadu.  Ini digambarkan melalui;

 

“Bawa bertenang.  Saya faham saudara dalam ketakutan.  Tetapi saya ingin membuat pembetulan di atas kenyataan saudara sebentar tadi.  Demi tuhan, saya bukanlah merupakan satu-satunya tempat untuk saudara mengadu.  Saudara punya alternatif yang lebih besar daripada itu.  Saudara punya Allah.  Kita punya Allah.  Bukankah dia pendengar terbaik akan rintihan kita.  Sauara lupa itu?  Saudara lupakan sesuatu yang maha besar!”  - hlm 154

 

            Mawar Shafei juga menggunakan citra alam untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan wanita.  Wanita, sebagai warga manusia, juga merupakan unsur alam yang banyak mendatangkan cabaran dalam fenomena kehidupan.  Dengan penggunaan interteks pesona Mahsuri dan Deramang, Mawar menggambarkan fitra wanita yang sering dikaitkan dengan kehidupan penuh dengan pesona.  Ini dapat dilihat melalui “Montaj Pesona” dan “Laman Pesona”,

“Wanita memang punca banyak pesona sejak Hawa lagi.” 

 

            Selain itu, kebebasan wanita juga menjadi di antara isu yang dikupas dalam “Marrisa @ Merdeka”.  Dalam cerpen tersebut suara wanita yang menginginkan kemerdekaan dan kebebasan fikiran sempena anak yang bakal dilahirkan dan pementasan bagi Hari Kemerdekaan Negara yang akan dihasilkan.  Ini digambarkan melalaui;

 

“Kanda, saya ingin bebas.  Merdeka.  Dan  saya selalu berdoa kepada Tuhan agar zuriat kita turut dibikin dengan siratan kapilari kebebasan sempena kelahirannya pada Hari Kemerdekaan Negara.  Moga-moga anak ini mengerti makna diri merdeka. Agar dia dapat memaknakan hidup ini sebagai hamba hanya kepada Tuhannya.”  - hlm 103

           

            Kekebasan yang digambarkan serupa dengan watak Zelda dalam cerpen “Zel”.  Zelda merupakan watak wanita yang “rajin dan berani” walaupun, secara fitrahnya beliau lemah kerana pernah dicerobohi oleh seorang hacker, seperti;

“... hacker komputer yang bersifat menceroboh yang bukan haknya.” – hlm 59.

 

Untaian metafora alam, dibobotkan dalam cerpen “Zel” melalui perlambangan-perlambangan yang dikupas menerusi potrait yang dilukis oleh Zel.  Lambang atau tanda-tanda indeksis tersebut diungkap dan digunakan bagi memperlihatkan aspirasi seorang wanita separuh umur yang sering berfikiran positif dalam menjalani kehidupan, walaupun ranjau berduri sering menebros liku-liku hidupnya.  Ini dijelaskan melalui;

“daun-daun merah yang mati itu masih mampu untuk riang melayang.” – hlm 52.

            Selain itu, indeksik padang pasir jelas mengungkap permanknaan yang sangat menarik yang menirus kepada petanda kemaujudan dan kematian manusia.  Metafora ini digambarkan melalui;

 

“..padang pasir itu benar-benar fenomena alam yang menggetarkan.  Bukankah ia mewakili alam semulajadi sebelum wujudnya manusia dan ia juga mewakili suasana apabila manusia mula tiada.  Padang pasir sebenarnya penuh dengan siratan makna kepada manusia universal.”

                                                                                – hlm 54.

8.1.3    Penggunaan Simbol

            Berbekalkan dengan pegangan ingin menghasilkan sastera bermaklumat, Mawar Shafei telah mempergunakan ilmu geologi dan ekologi yang pernah menjadi bidang pengajiannya, menyisip ke dalam cerpen-cerpen Montaj II.  Dengan menggunakan simbol EIA yang bermaksud Environment Impact Analysis dan IFACTA, Mawar menggambarkan keprihatinan beliau terhadap alam serta pertentangan nilai beliau terhadap pencemaran dan pembinasaan alam sekeliling yang kerap dilakukan manusia.

 

Penggunaan simbol-simbol seperti CaCO3, C2(HO)6, H2O, H2 dan O2 membawa pengertian kemahiran beliau mengungkap istilah-istilah seperti kalsium karbonat, kalsium hidrosid, air, hidrogen dan oksigen dalam bentuk simbol.  Istilah-istilah begitu mudah sahaja dapat dihasilkan  dalam bentuk perkataan biasa, namun, Mawar memilih untuk menggunakan simbol-simbol tersebut.  Ini tentunya membawa sebab. 

Melalui pendekatan semiotik, simbol-simbol begini digunakan agar alam dapat dilihat menerusi pembentukan molekul-molekul yang lebih kecil. Sebagai contoh air yang sebenarnya dihasilakan melalui molekul hidrogen dan oksigen.  Simbol-simbol begini membawa kita  kepada petandaan yang lebih mendalam; iaitu menirus kepada kebesaran tuhan yang menghasilkan alam dan kehidupan daripada melalui zarah, iaitu atom.  Walaupun sebesar zarah sekalipun, semuanya di bawah penguasaan tuhan.

 

            Selain itu Mawar cenderung menggunakan simbol-simbol yang berkaitan dengan alam siber,  seperti ‘CPU’, ‘32MB’ ‘LCD’.  Ini dilakukan agar hubungannya dengan kewujudan alam sekitar  juga dapat dilakukan melalui maya.  Di samping itu, ia menggambarkan petanda yang membawa maksud kepintaran manusia menghasilkan teknologi canggih. Apabila direnung secara mendalam, kepintaran manusia juga menirus kepada kebesaran tuhan yang pasti tidak dapat ditandingi. 

 

Jagat siber dan jagat korporat menggambarkan kehidupan manusia yang begitu pantas sehinggakan kurang membuat renungan ke arah kemaujudan diri.  Oleh yang demikiran, Mawar sering menggunakan istilah-istilah simbolik yang menggambarkan jagat korporat seperti ‘Saham Kae al’ ‘VIP’, ‘Geocorp City Sdn Berhad’ ‘Bank Bumialam Sdn Berhad’ dan ‘RM84 juta’.

 

            Simbol-simbol yang membawa kepada petandaan keinsafan , taubat serta refleksi diri digambarkan melalui ‘Masjidil Haram’, ‘Baitullah’, ‘Tan’aim’, dan ‘Sumur Zam-zam’.  Simbol-simbol ini tentu sekali dapat dikenalpasti oleh pembaca sebagai simbol-simbol yang menunjukkan proses pengabdian kepada Allah.  Manusia begitu sibuk dengan urusan seharian sehingga alpa untuk melihat kesilapan dan kekerdilah diri sendiri sehingga  mereka berusaha bermuhasabah serta menuju ke jalan Uzlah. Simbol-simbol tersebut juga membawa maksud proses pengelupasan manusia, mengikis kebobrokan diri.

 

8.2       Rumusan

            Cerpen-cerpen Mawar Shafei banyak dibumbui dengan petanda serta falsafah hidup yang mendalam.  Tanda-tanda ikon, indeksik dan simbol membawa penandaan betapa akrabnya beliau dengan alam dan isu-isu yang berkisar dengan kehidupan dan kemanusiaan.  Namun, kesemua penanda ikon, indeksik dan simbolik ini tidak digunakan dengan wewenang.  Melalui pendekatan teori semiotik, dapat diperlihatkan bahawa penggunaan-penggunaan penanda tersebut menirus kepada satu unsur petanda yang lebih besar iaitu, kebesaran tuhan. Maka dapat diperkatakan, cerpen-cerpen dalam Montaj II tidak lari daripada renungan terhadap falsafah agama yang sepatutnya menjadi pegangan manusia dalam kehidupan.

 

9.         Jurai Palma

Jurai Palma memuatkan 18 buah cerpen yang mewakili sudut pandangan wanita terhadap dunianya.  Ia meninjau persoalan kehidupan dan kemanusiaan sejagat.  Dengan adunan bahasa yang begitu estetis dan ungkapan-ungkapan berbau Jawa tradisional, Siti Zainon Ismail telah menggunakan citra alam untuk menggarap isu-isu sosio ekonomi, kebudayaan, sejarah dan peradaban dalam cerpen-cerpen tersebut.  Sulaman nilai murni serta falsafah hidup membawa pembaca merenung tentang kemaujudan hidup. 

Perlambangan serta keakraban Siti Zainon Ismail dengan alam begitu ketara.  Yang menarik perhatian pengkaji tentang Jurai Palma adalah sisipan gambar-gambar alam yang menjadi inspirasi pengarang yang juga pelukis alias penyair.  Sudah tentu  perlambangan melalui lukisan serta bahasa yang estetik membawa makna  dalam cerpen-cerpen beliau.  Maka segala perlambangan tersebut diteliti  bagi mendapatkan permaknaan bagi segala tanda-tanda yang digunakan melalui ikon, indeks serta simbol yang terdapat dalam kumpulan cerpen J urai Palma.

 

 

Cerpen

 

Tanda

 

Perkataan / Ungkapan

 

Halaman

 

 

“Restu Kuala”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

Simbol

 

Laut, angin, awan, bahtera, rempah ratus,  kuala

Gelombang, badai, pelabuhan

 

 

Laut bergelombang

Suara-suara zikir bergelombang

 

 

Raja

Putera al-Fansury, surau, musallah

Hamzah Fan, ar-Ranir

1063H

 

3

 

4

 

 

3

8

 

 

3

6

8

9

 

 

“Shah Kubandi”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

Simbol

 

malam, titis embun,

dentuman senapang,

langit bertaburan bintang

pedang

pelaminan

desa, kaki pergunungan

 

 

malam pertama, kokok jaguh

tipu muslihat

disuap penjarah

 

penjarah, patroli, marsose

pengelana pejuang

 

 

 

15

16

 

19

 

 

16

 

20

 

18

 

 

 

“Dering Aidilfitri”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

hujan, langit, laut

Ramadan, bintang

taman, decip burung,  bunga-bunga

 

 

bulan suci, laut bergelombang

langit mendung, dering kalbu

dosa terkutuk, gejolak rasa

 

 

perompak, taman larangan

 

 

25

 

26

 

 

25

26

27

 

 

27

 

 

“Atika Sahabat Kami”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

 

 

hari, masa

tanah-tanah gondol, rimbun, burung

kebun bunga

 

 

sahabat, berpisah

anggun, lincah, berseri

objek sapi, imej pohon kering

 

 

untaian manik rantai

gunung karang

 

31

32

44

 

 

31

32

36

 

 

32

 

 

“Intan Kirana”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

 

 

Simbol

 

 

desa

anika tumbuhan, persawahan

gerimis salji, pinus,

 

 

puteri keraton asli

rantai dan manik

goda gadis remaja

burung jantan

lepaskan burung kesayanganmu

 

 

pacara manten

air mawar, untaian melur

 

49

53

 

 

 

50

50

52

56

59

 

 

55

57

 

“Rimbun Jenjarum”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

Taman, anjing, kucing, burung,

ikan, rerama,

gunung di Kootomba

kebun jenjarum

bunga siantan, kecubung, pelepah

daun ubi

 

 

perjuangan dan protes Clemente Orozo

bendera penentang Malayan Union episod Bintang Tiga

 

 

BSLN (Balai Seni Lukis Negara)

National Gallery

 

54

 

67

71

72

 

 

 

69

70

 

 

 

 

65

 

 

“Daun Mapel Akhir”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

 

Simbol

 

 

tanah liat, jejeran pohon

burung-burung

Musim bunga, musim panas

jejeran pohon mapel, camellia putih

keladi monstera, pakis, gloxinia

 

 

berseri, berhimpun semula

riang ringgi, Uli, canai, uli

seni tembikar, lembut, sejuk

daun berguguran

 

 

Melboourne

“bintang”

 

75

76

77

82

 

 

 

77

78

85

 

 

 

75

80

 

 

“Kampung Paya Kami”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

Simbol

 

kampung, sungai, pohon sukun, ciku, daun-daun, matahari, pohon jambu air, rerama, bunga-bunga, manggis, ungu

 

 

teduh dan damai

menimbulkan pelbagai warna

 

 

merah, putih

dodol, wajik, baulu, lengkong kering

 

 

89

 

 

 

89

 

 

 

89

94

 

“Jurai Palma”

 

Ikon

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

 

 

 

Simbol

 

 

taman, pohon willow, tasik,

pohon pin, carnation

camar, gerimis, pohon nipah, tali air

ikan sepat,

 

 

musim bunga hampir berakhir,

angin yang menggila,

matahari tidak bersinar

renyai tidak henti

tersandung dengan jurai akar palma

pasangan angsa di taman

 

 

Duarte de Mello, Alfonso de Alburqueque

Melaka bumi emas

 

104

 

106

 

 

 

104

 

 

 

106

107

 

 

113

 

115

 

 

“Nyanyian Orang Laut”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

 

Simbol

 

laut, pulau pasir, tebing, lumpur

taman, matahari

danau nyiur

musim bunga, camellia merah jambu,

mawar kuning

awan bersih belum ternoda, rempah ratus, limau nipis, kunyit, kencur, serai, pandan

bulan berkaca

 

 

tanah air sudah lama merdeka

“Hidup Parameswara”

ramah dan manja pada musim bunga

ranggi dan bebas pada musim panas

 

 

Melaka, lanun, Pulau Penyengat

Tuan orang bule

 

 

119

121

124

125

 

126

 

 

131

 

 

121

122

125

 

 

 

120

 

“Bukit Jingga Sakti”

 

Ikon

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

matahari, bulan, air, pucuk paku, anak sungai, pucuk-pucuk putat

kerikil-kerikil kecil, bukit kecil, hutan simpanan, monyet, babi hutan, kijang, napuh

 

kelainan, keingkaran, bala Tuhan

kajian ekologi, berdirinya banglo merah milik soerang Menteri Kabinet

 

 

Projek Kondominium Mewah Rimba Naga, LRT

 

 

 

132

 

138

 

 

137

138

 

 

 

138

 

“Oikos Ledang”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

 

meranti, ketapang, gumpalan akar, batu-batan granit, habitat, flora, fauna

matahari, awan, udara, puncak

bayu

daun keladi merah, pakis, kemuning, halia, kecubung,

anak sungai, rerama

tanjung biru, tanjung ungu, melati, mawar, melur, cempaka telur

 

 

meronta-ronta, melenter, terseliuh, melengkung, memintak, mengikat

menjejaki perjalanan silam, gunung sejarah, lagenda, mitos

 

Ledang

Gunung Thur, Gua Hira

Tun Mahmud, Memanda Tuah

bendaya, tempayan, jembatan, istana, bunian

 

 

 

143

144

145

146

 

148

149

 

 

 

143

 

144

 

 

143

145

 

151

 

“Meena Plangi?”

 

Ikon

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

Pelangi, gerimis, pantai.

musim gugur

 

 

kerja-kerja tembikar, interior design

makna warna bunga pelangi , mengembara, berkelana, menyamar, berkerudung, berjubah hitam

 

muzium, galeri seni

Puteri Tujuh

Gamelan, Mr Residen

Temenggung, Baginda Sultan, istana

 

157

162

 

 

156

157

161

 

 

155

157

158

162

 

“Kasih Kaca Warna”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

Pohon rimbun, pohon bidara, kantan, murai, kelicap

mangga, pandan, pucuk cemara

buah bidara, buah kelupang, sungai, buluh

hujan,

kelicap, kumbang, kerengga, pucuk mengkudu, siput, lidah buaya

 

 

berkali-kali bertukar daun

musik alam semula jadi, musim gugur

lelayang tanpa tali

 

 

Hari Kasih Sayang

Sydney Opera, Irish Coffee

 

 

165

 

166

167

 

168

169

 

 

 

165

 

170

 

 

171

 

“Gerimis dan Sekaki Payung”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

Simbol

 

gerimis, pagi

daunan palma

hujan

 

 

seni bina ibu  kota

dibayar

bangunan sembahan

 

 

‘La Nina’

Jurubina perancang transport ringan

LRT, SUKOM

 

175

178

180

 

 

177

178

179

 

 

175

179

177

 

 

“Cerita Lembah Damai”

 

Ikon

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

Simbol

 

Daunan bodi

matahari

tasik, jentayu

 

 

menumpang, tersentak, kehampaan, kemarahan

merenung keindahan langit

 

Puteri Lipo, Putera Tahan,

Sungai Musi, Seguantang

 

183

184

187

 

 

183

 

188

 

183/184

187

 

“Dia Tidak ke Gunung”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

 

 

 

 

Simbol

 

langit,  jeram, bongkah-bongkah batu

petai, ikan kering, daging rusa panggang, sayuran hutan

mawar, lavender ungu, resek

bayu petang

hujan, ribut,

laut, gelombang, pantai,

kacang tanah, tembikar, labu air, anak kambing, kulit kerang

 

 

tidak lari tetapi berangkat

tukaran bahan makanan

perjuangan

memartabatkan budaya Orang Asli

rumah rehat, chalet, brokoli, avocado

pembangunan

pemusnah alam

 

 

Suku Semelai

JOA (Jabatan Orang Asli)

Pencerobohan siamang upahan

 

191

192

 

192

193

194

195

196

 

 

 

191

197

198

199

 

 

200

 

 

191

 

201

 

 

“Perjanjian Laut Banda”

 

Ikon

 

 

 

 

 

 

Indeks

 

 

 

 

 

Simbol

 

tanah air,

laut, rempah, bunga cengkih,

lawang, pala

jamu Madura

 

 

 

Laut Banda bergelora

Desah helang sambar-menyambar

perjuangan, masuk politik

bebas, merdeka

 

 

Marco Polo, Lipo, Magellan, d’Alburqueque, harta alam, tanah yang dijajah

 

 

205

 

207

208

 

 

207

 

210

211

 

 

208

 

 

 

 

 

9.1       Kupasan Jurai  Palma

Memang tidak dapat dinafikan, sumbangan Siti Zainon Ismail dalam dunia sastera amat besar. Selain bertugas sebagai pensyarah, beliau juga merupakan aktivis sastera yang sentiasa menyerahkan jiwa dan tenaganya untuk memberikan nafas kepada perkembangan seni dan sastera Melayu.  Ciri-ciri seni daripada pantulan latarbelakangnya sebagai pelukis serta penyair jelas terpancar dalam Jurai Palma. Cerpen-cerpen dalam Jurai Palma banyak menyisipkan disiplin seni lain, antaranya, seni tembikar, seni bina, seni lukis, seni tari dan seni jahitan.  Ia juga menyisipkan beberapa disiplin luar sastera lain seperti  botani, geologi dan ekologi.  Unsur-unsur sejarah banyak digunakan Siti Zainon Ismail untuk merakam rasa  nostalgiknya terhadap alam Melayu dan secara idealistiknya menggambarkan protes-protes terhadap pembangunan, pencerobohan alam serta penjajahan.

 

Kecenderungan Siti Zainon Ismail  menggunakan citra alam sebagai tanda ikon, indekis dan simbol menirus kepada satu petanda yang lebih mendalam iaitu, tentang kehidupan alam Melayu yang melangkah ke alam globalisasi, tetapi, tetap utuh dan akur terhadap peradaban serta sejarah kebudayaan Melayu Nusantara. Penggunaan istilah –istilah Jawa,  Indonesia, Inggeris Eropah menggambarkan penyatuan Barat dengan Timur melalui unsur alam dalam sastera. Tanda-tanda alam dalam bentuk ikonik dan indeksik digambarkan dengan begitu jelas dan vivid sehingga membawa pembaca tersentuh dengan kehadiran alam sekeliling yang indah tetapi penuh membawa siratan makna yang mendalam dan bererti.

Oleh yang demikian, tanda-tanda yang digunakan dalam Jurai Palma menuntut penghuraian penanda (signifier) dan petanda (signified).  Maka analisis semiotik terhadap ikon, indeks dan simbol dalam cerpen-cerpen pascamoden Siti Zainon Ismail  yang dipenuhi dengan unsur-unsur sejarah, feminisme dan interteks ini  dapat memperlihatkan satu sistem permaknaan yang menjelaskan keakrabannya dengan alam, budaya dan fenomena-fenomena yang berkisar dalam kehidupan manusia sebagai refleksi alam.

 

9.1.1    Tanda Ikonik

            Setelah meneliti kesemua cerpen-cerpen Jurai Palma, pengkaji mendapati Siti Zainon Ismail cenderung menggunakan unsur alam yang boleh dibahagikan kepada unsur langit dan bumi serta darat dan laut.  Tanda-tanda ikonik yang merupakan unsur langit merupakan unsur-unsur di luar kuasa manusia seperti musim, hujan, angin, malam, bulan, bintang, matahari, awan dan langit.  Begitu juga dengan unsur laut seperti gelombang, air laut dan buih.    Tanda-tanda ikonik tersebut membawa maksud putuaran masa serta perasaan manusia terhadap pengalaman-pengalaman yang dilalui dalam kehidupan. 

 

Melalui ikon laut,  Siti Zainon telah dapat menghubungkan alam Nusantara dengan benua-benua lain seperti India, Arab Parsi dan Eropah melalui sejarah perdagangan, perkembangan ilmu serta  penjajahan.  Ikon tersebut membawa petanda bagaimana masyarakat Nusantara yang kaya dengan ilmu pertanian serta perdagangan telah membawa kemakmuran kepada pembangunan kerajaan yang memerintah.  Namun, sejarah tersebut diceroboh dengan mulanya kemasukan pegawai dan pedagang asing yang datang dengan membawa maksud yang lain, iaitu penjarahan dan penjajahan .

Peristiwa tersebut dirakamkan melalui cerpen “Restu Kuala” melalui contoh,

Kuli-kuli bahtera India yang ditumpanginyamasih belum selesai memunggah barang-barang yang dibawa.  Dari pelabuhan Nagapatnam, bahtera menuju ke Teluk Andaman, memunggah muatan di Takapua.  Kain-kain petola Gujerat, kain cita Madras yang amat disenangi raja-raja tempatan saling bertukar tangan.  Rempah-ratus dari pulau-pulau kecil mula menyerbak harum.  Bunga cengkih dan kulit kayu manis beralih muatan.  Gading gajah dari Ligor, kapur barus Acheh, gaharu Borneo, menjadi sumber dalam pertukaran harta.  Itulah harta Semenanjung Emas.

                                                                                                     (hlm 3 -  4))

            Dalam “Perjanjian Laut Banda”, Siti Zainon Ismail mengambarkan bagaimana laut telah menjadi saksi penjarahan dan penjajahan pendatang asing. Cerpen yang memuatkan unsur-unsur sejarah melalui interteks, mengungkap kekesalan penulis terhadap penyalahgunaan kuasa serta haloba pihak penjarah telah membuat alam Nusantara tidak berupaya mengekalkan ekonomi daripada harta alam selepas merdeka.  Dengan menggunakan pendekatan New Historisisme, pengkaji mendapati bahawa Siti Zainon Ismail memuatkan fakta-fakta sejarah melalui fotokopi dan secara idealistiknya memuatkan dalam cerpen tersebut agar ia membawa pembaca berfikir dan memikirkan tentang sejarah kekayaan alam Nusantara yang pada satu ketika dahulu menjadi pusat pentadbiran kerajaan, pusat perniagaan serta pusat berkembangnya institusi ilmu. 

Gambaran tersebut dapat diteliti melalui kedua-dua petikan berikut;

Mengapa ini terjadi kepada tanah air kita.  Siapakah yang punya angkara haloba? Dibukanya catatan tentang harga pasar harta alam yang menjadi rebutan dan saingan sejak 600 tahun lalu                                                         (hlm 208)

 

...cengkih memang subur sekali (bayangkan ketika Magellan sampai dengan kapal Victoria membeli dengan harga amat murah sekali.  Daripada harga dua ducat untuk 112 paun dijual di Melaka dan lebih lagi di Gujerat.  Dan Maggelan meraih keuntungan 2500 peratus... inilah laporan Vlekke, 1967)                                                        (hlm 209)

 

Tanda ikonik laut juga bertujuan untuk menggambarkan kesan daripada penjarahan dan penjajahan yang tidak banyak mendapat daripada penerimaan golongan generasi muda zaman sekarang.  Ini diungkap melalui,

Tetapi sayang, anak-anak muda sudah bosan dengan peristiwa sejarah.  Mereka tidak akan peduli lagi siapa yang memerintah, siapa diperintah.    Cetus rasa zaman menghantui.  Angkara siapakah ini?                   (hlm 210)

Laut sebagai talian air juga menjadi penghubung masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar.  Budaya masyarakat Orang Asli yang menyara hidup melalui pertanian, pemburuan serta nelayan, juga disingkap melalui perjalanan laut.  Dalam cerpen “Dia Tidak ke Gunung”, Siti Zainon Ismail menggambarkan bagaimana kajian antropologi dijalankan ke atas Suku Semelai di mana perkembangan budaya mereka telah dapat ditembusi melalui ajaran ugama.  Selain daripada itu, anasir pencerobohan juga digambarkan apabila pengkaji antropologi asing serta ahli pembangunan telah mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan daripada kebudayaan dan kehidupan orang asli,

 

...tolong jangan komersialkan budaya mereka.  Jangan gambarkan mereka bercawat sambil menyumpit dan poskad mereka dijadikan bahan tarikan untuk melariskan pengusaha taman rekreasi alam semula jadi, konon.    

                                                                                (hlm 198) 

 

Kemasukan ilmu ugama serta perkembangan tamadun Melayu juga bermula daripada laut.  Laut telah menjadi laluan penghubung masyarakat Nusantara dengan alam di luarnya melalui sejarah perkembangan ilmu Islam yang datang dalam bentuk iman, lisan dan tulisan melalui penyebar ugama serta pedagang-pedagang Islam.  Seterusnya, ilmu Islam berkembang apabila anak-anak watan Nusantara belayar ke Teluk Parsi demi menimba ilmu dan pengalaman, yang kemudiannya disebarkan semula di alam Nusantara melalui “ilmu mantik, tauhid, falak, mistik, politik dan hukum”  (hlm 8).

 Melalui sistem immigerasi dan emigerasi, terhasillah sistem kekeluargaan yang membenihkan generasi kacukan yang terdampar di benua-benua lain, tetapi akhirnya dapat menelusuri dan menjejak akar sejarah keturunan mereka.  Ini dirakam dalam “Nyanyian Orang Laut”,

Orang Laut bukan lanun, mereka tidak akan pernah melarikan diri.  Di mana-mana baik di teluk, di bagan, di kuala, ditanjung, di pulau, di situlah rumah, pelabuhan, jeti, di situlah mereka membina hubungan kasih, di situlah angin mengepakkan sayapnya dan Habeb Khan aku, kini Arffee Khan, anak Orang Laut, Margie, Margie, Suredha, Suredha, Sit Suryani Freeda Khan, Tuminah ... kita bernyanyi...! Mari kita bernyanyi.  Kita Orang Laut! 

           (hlm 133- 134)

Bagi unsur bumi pula, pengkaji mendapati bahawa Siti Zainon Ismail cenderung menggunakan tumbuhan daripada haiwan.  Banyak contoh-contoh tumbuh-tumbuhan dari alam Nusantara yang diketahuinya, dan tidak dapat dinafikan juga perhatian yang diberikan terhadap tumbuhan di luar alam Nusantara; iaitu di benua Eropah. 

 

Dengan mempamerkan pemerhatiannya terhadap tumbuh-tumbuhan di alam Nusantara, Siti Zainon Ismail telah memberi gambaran betapa kayanya alam Nusantara dengan ‘harta alam’ yang dapat dipergunakan untuk membangunkan tamadun bangsa.  Tumbuhan-tumbuhan hasil alam Nusantara merangkumi yang jenis yang boleh dijadikan bahan memasak, bahan pewarna, bahan perubatan, bahan aroma, bahan makanan, bahan hiasan serta bahan untuk membuat perabot.   Keupayaan Siti Zainon dengan penelitiannya yang begitu sentitif mengajak pembaca berfikir, betapa bangsa Melayu itu sendiri sudah mempunyai ilmu perubatan daripada hasil tumbuhan-tumbuhan alam yang didapati disekeliling.  Bahan-bahan masakan seperti rempah-ratus yang juga berguna sebagai bahan pengawet telah lama menjadi daya tarikan masyarakat Barat.  Penggunaan ikonik begini digambarkan secara jelas dalam “Rimbun Jenjarum”, “Kampung Paya Kami”, “Nyanyian Orang Laut”, “Bukit Jingga Sakti”, “Oikos Ledang”, “Kasih Kaca Warna” dan “Perjanjian Laut Banda”.

 

Selain itu, warna-warna kehidupan juga digambarkan melalui tanda ikonik seperti bunga.  Lambang bunga telah menjadi penanda sejagat yang dikatikan dengan wanita.  Namun, dengan meneliti ikonik tersebut dengan mendalam, dapat digambarkan sensitiviti Siti Zainon Ismail terhadap kehidupan wanita yang berwarna-warni dan berkembang seperti bunga-bunga di taman, yang bukan lagi wujud dalam gambaran yang layu, tetapi berkembang dan memikat kedatangan kumbang dan rerama. 

 

Bagi tumbuhan yang tidak dapat menghasilkan bunga, Siti Zainon telah melukiskan betapa tumbuhan begini tetap dapat hidup segar menjadikan rumpun-rumpun lebat dan akhirnya hasilkan musik alam melalui decipan camar.   Tanda-tanda ikonik ini membawa nada feminis yang menunjukkan kebolehan wanita yang boleh berdikari dan mendapatkan kebahagian walaupun berstatus bujang,  telah berpisah, ataupun sering berpisah dengan pasangan.  Gambaran ini jelas diungkap melalui “Daun Mapel Akhir”,

Masih begini jugakah gaya hidup wanita?            (hlm 83)

Daun telah lama berguguran, tetapi batang dan dahan pohon tegap pejal dan kukuh – menghimpun zat-zat ketahanan untuk musim sejuk yang bakal datang.  Dari batang dan ranting yang sama kelak pada musim bunga saling berlumba cambah – berputik dan berbunga lagi.  ... Tifa berdiri, menatap keteguhan sebatang mapel.  (hlm 85)

 

            Dari segi penggunaan ikonik yang berunsur haiwan pula, pengkaji mendapati Siti Zainon Ismail cenderung menggunakan binatang kecil seperti burung, kumbang dan rerama.  Ini membawa penanda  keindahan; iaitu melalaui decipan dan kicauan burung yang merdu dan  rerama yang beraneka warna.  Melalui rerama dan burung juga tersorot petanda yang membawa gambaran kebebasan. Bebas berterbangan ke pelosok mana yang dikehendaki, sama seperti jiwa manusia yang bebas dan merdeka, tanpa perlu merasakan satu pemikiran yang terjajah, asal sahaja mereka tahu, akur serta berasa bangga dengan akar serta sejarah tamadun bangsa Melayu. 

 

Dari sudut ekologi pula, burung, kumbang dan rerama merupakan tiga jenis haiwan kecil yang berperanan dalam proses ‘pollination’,hybridation’ yang kemudiannya menjadikan tumbuhnya kehidupan dan tumbuhan yang baru,  lantas menjayakan konsep habitat kepada alam semula jadi.  Ini membawa petanda betapa jiwa yang bebas dan tidak terjajah dapat menghasilkan generasi baru yang selanjutnya berperanan dalam pembangunan dan pembentukan serta pemikiran  bangsa.

 

9.1.2    Tanda Indeksik

Apabila meneliti tanda-tanda indeksik yang digunakan dalam cerpen-cerpen Jurai Palma, membawa pembaca kepada tiga unsur; iaitu unsur hubungan manusia dengan alam, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan sejarah. Ketiga-tiga tanda indeksik ini berkait rapat dengan tanda ikonik alam yang telah dibincangkan sebelum ini.

 

Beberapa cerpen dalam Jurai Palma menggambarkan betapa unsur alam turut menjadi kacau apabila manusia tidak tenang dan manusia juga dipengaruhi oleh unsur-unsur alam.  Keakraban begini sering diunggkap melalui “laut bergelora” , “daun berguguran” serta putaran musim yang mempengaruhi jiwa manusia, menjadikannya  “ramah dan manja pada musim bunga” dan “ranggi dan bebas pada musim panas” (hlm 125). 

 

Namun bagi sesetengah pihak, alam tidak mendatangkan keindahan mahupun mempungaruhi kehidupan mereka.  Oleh yang demikian, mereka sanggup menjarah, menakluki, mencerobohi serta memusnahkan kehidupan alam semula jadi.  Sebagai pencinta alam, Siti Zainon Ismail telah meluahkan protesnya terhadap pembangunan sistem kehidupan zaman maju yang sering meraih keuntungan yang lumayan dengan ‘mengorbankan’ alam.  Kesemua ini tidak akan terhasil tanpa arahan daripada penguasa-penguasa yang hanya bertindak untuk kepentingan sendiri serta menggugat jati diri masyarakat Melayu melalui ciri-ciri seni bina asing.   Ini dapat dilihat melalui cerpen-cerpen seperti “Bukit Jingga Sakti”, “Oikos Ledang” dan “Gerimis dan Sekaki Payung”.

Alam juga menyatukan hubungan manusia dengan manusia tidak kira di mana mereka berada. Sebagai contoh, dalam cerpen “Kampung Paya Kami”  unsur alam, seperti motif bunga mawar yang terdapat pada alas meja renda serta mangkuk telah menyatukan pertemuan salasiah dua orang insan yang pernah berhubungan akibat penjajahan tetapi berpisah setelah alam Melayu merdeka.  Ini digambarkan melalui,

 

Lebih-lebih lagi kerinduan itu terjadi kala aku sedang menyusur lorong-lorong kota jauh di perantauan di negara asing.  Melihat jejeran pohon mulberi yang sedang dilanda angin musim luruh dengan batangnya yang hitam pekat, angin yang mendesah sesekali dilibasi renyai-renyai hujan.  Aku semakin diusik untuk menembusi masa-masa lalu yang tidak satupun surut di ruang harianku..       (hlm 91)

 

“Mangkuk kaca ini hadiah datuk tiriku, Haji Mansor.  Dulu, dia mandur pada zaman orang putih, hadiah daripaa mem isteri tuan orang putih itu!”                                 (hlm 99)

 

“Hampir sama dengan alas meja di kedai antik tadi bukan?”

“Juga sama dengan milik nenekku.”                       (hlm 99)

 

Penggunaan indeksik yang berunsur ikon-ikon alam juga berupaya merapatkan hubungan manusia dari berbagai pelosok alam.  Gambaran ini jelas pada hubungan perniagaan, hubungan sahabat, hubungan kekeluargaan, hubungan ilmu dan kesenian seperti dalam cerpen “ Restu Kuala”, “Derisng Aidilfitri” , “Intan Kirana”, “Atika Sahabat Kami”, “Rimbun Jenjarum”, “Daun Mapel Akhir”, “Kampung Paya Kami”, “Nyanyian Orang Laut” Meena Plangi?” , “Kasih Kaca Warna”, “Dia Tidak Ke Gunung dan “Perjanjian Laut Banda”.

 

Penggunaan indeksik mempamerkan perasaan manusia yang penuh dengan kesedihan, kemarahan dan kehampaan melalui contoh ‘laut yang bergelombang’ langit mendung’, imej pohon kering’, ‘ burung jantan’, ‘angin menggila’ dan renyai tidak henti’.  Begitu juga perasaan kegembiraan, keriangan diungkap melalui contoh, ‘berseri dan berhimpun semula’ , ‘teduh dan damai’.

 

Selain itu sulaman ke arah mencari sejarah silam juga menjadi fungsi indeksik alam yang  menghubung manusia dengan sejarah.  Contoh-contoh dapat dilihat menerusi cerpen-cerpen “Restu Kuala”, “Shah Kubandi” , “Jurai Palma” , “Nyanyian Orang Laut” , “Oikos Ledang”, “Cerita Lembah Damai” dan “Perjanjian Laut Banda”.

 

Melalui pendekatan semiotik, indeksik yang digunakan dalam “Oikos Ledang”, menggambarkan betapa pembangunan telah melupakan ‘gunung sejarah’  yang kaya dengan sejarah serta telah menjadi simbol perkembangan Melayu di Melaka.  Ia seharusnya diselusuri  sebagai mana diungkap dalam hlm 151,

 

Sudah tiba waktunya kau mencari kebatinan bangsa!

 

Sejarah juga telah merakamkan peritiwa penting yang telah menunjukkan keperibadian Hang Tuah melalui,

 

...betapa baiknya Memanda Tuah, menyilakan Mamat menuju puncak.  Sampaikan pesan paduka mimpi dinihari tidak terubat rindu dendam kepada tuan puteri.  (hlm 145)

 

Aku haru belajar kembali tentang perilaku luhur itu, Sumi.  Berterima kasihkah Sultan Mahmud apabila Puteri Ledang mengingatinya tentang kasih sayang seorang ayah kepada anaknya sendiri sehingga sengaja dia mengadakan permintaan semangkuk darah Putera Ahmad.   (hlm 149)

 

Sehinggakan pada akhirnya, apabila alam telah dicerobohi, manusia tidak dapat menjejak sejarah bangsanya dan ini diungkap melalui’

 

Wahai sang puteri, kaulihatlah erti pembangunan ini. Oikos Ledangmu, kehilangan gerimis embun dinihari beganti keringat kering kontang buruh mendaki kerangka kondominium.             

                                                                            (hlm 153)

 

            Melalui pendekatan New Historisime, Siti Zainon Ismail telah menggunakan penanda indeksik alam untuk mengungkap sejarah secara fotokopi dan nostalgik.  Namun, terdapat juga penggunaan sejarah yang diungkap secara idealistik di mana, tersirat petanda-petanda yang mendalam tentang kepupusan kesan sejarah di tangan pemerintah yang berkuasa dengan  alasan  menggerakkan pembangunan negara dan mengembangkan sumber ekonomi.  Ini jelas diungkap melalui,

 

Betapa bangganya dia melihat sendiri impian Si Putera Tahan yang ingin merombak reka bentuk pusat pemerintahan; Lembah Damai terbina dengan amat pantasnya.  ...Bayangnya terapung di tasik buatan yang kononnya memukau sesiapa sahaja pengunjung, segala pemimpin dunia tamu negara Lembah Damai?  Dapatkah jentayu setiai sakti pengantar berita kasih Ratu Kama dan Dewi Ranih menjalinkan rindu sewindu?  Si dia kini ialah penggerak suara di kabinet Lembah Damai.  Di manakah jaluran nilon pengikat sedangkan waktu telah memisahkan jarak kehidupan?   (hlm 187).

 

            Maka penelitian penggunaan indeksik alam dalam cerpen-cerpen dalam Juarai Palma, jelas memperlihatkan hubungan alam dengan manusia, hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan sejarah. 

 

9.1.3    Penggunaan Simbol

            Latar belakang Siti Zainon Ismail sebagai pelukis dan penyair telah banyak berlegar dalam alam simbol.  Melalui pendekatan semiotik,  penggunaan simbol menjelaskan pemikiran penulis serta hubungannyan dengan budaya dan  masyarakat di sekelilingnya  Simbol-simbol yang di gunakan dalam Jurai Palma membawa kita menyelami sejarah rumpun bangsa Melayu, tamadun bangsanya serta budaya yang dibawanya.  Secara tidak langsung, pembaca terdorong untuk menyingkap sejarah nostalgik yang dapat dibanggakan.  Di samping itu, ia juga merupakan satu laungan agar penjajahan dari segi fisikal dan mental harus dielakkan. 

 

            Simbol-simbol seperti raja, istana, Hamzah Fansur, Putera Tahan,  Puteri Ledang, Puteri Tujuh,  jarang sekali mendapat tempat di hati masyarakat sekarang.  Mungkin sesetengah daripada unsur sejarah tersebut berupa mitos dan lagenda, namun, banyak perkaran yag dapat dikupas dan dipelajari daripadanya melalui pentandaan baru. Ia menggambarkan suara hati penulis yang mengharap agar kesusasteraan klasik harus dijaga agar tidak pupus.  Jika masyarakat hari ini dapat menerima hakikat mitos dan lagenda daripada sastera asing, mengapa tidak mereka memperkayakan ilmu pengetahuan dengan menelusuri kesusasteraan klasik agar dapat berpegang dengan jati diri sendiri, justeru mengelakkan diri daripada pemikiran yang terjajah.  Perutusan menuju kearah kemerdekaan pemikiran dan jiwa juga di gambarkan melalui simbol-simbol penjajah seperti ‘Alfonso d’Alburqueque dan  Magallen’ yang datang seperti penjarah yang merampok hasil alam dari ‘bumi emas’. 

            Selain daripada itu, penggunaan simbol-simbol seperti ‘orang laut’ dan ‘lanun’ yang sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu lama seharusnya mendapat gambaran yang lebih positif.  Walaupun bangsa Melayu terdiri daripada suku ‘orang laut’, namun mereka tidak menjadi ‘lanun’  di bumi sendiri.  Ini berbeza dengan petandaan ‘lanun’ yang harus ditujukan kepada para penjarah dan penjajah yang datang dan mengaup pusaka bangsa yang ada, serta mencacatkan gambaran-gambaran tamadun bangsa Melayu melalui penelitian dari kaca mata orang asing.

 

            Melalui penggunaan simbol juga, Siti Zainon Ismail telah merakam karya-karya yang banyak berhubung dengan alam luar, tidak dikongkong dalam ruang kamar yang tertutup dan merimaskan.  Simbol-simbol yang digunakan membawa petanda tentang hakikat kehidupan manusia yang tidak statik dan sering berhubungan dengan alam.

 

9.2       Rumusan

            Jurai Palma secara keseluruhannya banyak membawa nada protes Siti Zainon Ismail.  Nada itu dilembutkan secara estetis melalui gambaran alam, kehidpan manusia dan hubungannya terhadap alam.  Kekuatan penulis dapat dilihat dari segi penggunaan unsur-unsur sejarah yang disulami dengan unsur realisme melalui penanda ikonik, indeksik dan simbol yang menirus kepada penelitiannya terhadap alam dan seni.    Sememangnya kejadian alam itu dihasilkan dalam bentuk seni oleh Allah dan setiap pergerakan dalam kehidupan itu mempunyai unsur-unsur seninya yang tersendiri.  Jurai Palma tidak lari daripada renungan penulisnya yang mendalam tentang kehidupan serta alam yang dijadikan disekelilingnya.

10.       Citra Alam dalam Montaj II dan Jurai Palma:  Satu Perbandingan

Kedua-dua penulis; Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail telah menunjukkan keakraban mereka dengan alam menerusi kekuatan masing-masing dalam mekanisme penciptaan kedua-dua kumpulan cerpen Montaj II dan Jurai Palma.  Mereka menuntut pembaca mempunyai ketajaman fikiran dan sensitiviti terhadap isu atau persoalan-persoalan yang ingin diketengahkan. 

 

 Dengan menggunakan pendekatan semiotik, perbandingan ini akan memperlihatkan Montaj II dan Jurai Palma sebagai satu sistem yang mempunyai hubungan dengan teknik dan mekanisme penciptaan.   Ia juga akan memperlihatkan sistem luar karya yang dibawa masuk ke dalam Montaj II dan Jurai Palma; iaitu memperlihatkan kebudayaan masyarakat yang menjadi sumber inspirasi pengkaryaan Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail.  Oleh yang demikian, ini akan menjurus kepada penelitian yang dibuat oleh pengkaji bahawa wujudnya pengaruh Siti Zainon Ismail dalam pengkaryaan Mawar Shafei.

 

10.1     Mekanisme Penciptaan: Satu Kajian Tekstual

Mawar Shafei merupakan penulis yang digolongkan dalam kumpulan Penulis Generasi Baru.  Beliau tidak hanya melontarkan fakta, tetapi telah memukau pembaca dengan mekanisme penciptaan yang menggunakan daya apresiasi dan imaginasinya dengan kekuatan gaya bahasa yang tersendiri.  Ketrampilan begini telah membawanya jauh daripada konvensi.  Alam sememangnya menjadi ikon penelitiannya yang kemudiannya membawa kepada satu petandaan tentang kewujudan dan kehidupan.

            Letusan-letusan persoalan diungkap lewat intertektualiti; iaitu melalui beberapa cara sebagai contoh; ekserp, eksistensi, modifikasi, haplologi, ekspensi dan transformasi.  Mawar sering menghasilkan cerpen-cerpen dalam bentuk fragmen-fragmen kecil yang tidak mengikut urutan plot konvensional.  Fragmen-fregmen kecil yang ditandakan dengan **** atau I, II, III, IV tertentu membawa petandaan dalam proses penciptaanya.  Pengkaji berpendapat, Mawar ingin mengupas persoalan-persoalan dalam kehidupan secara berjeda.  Ini dapat dikaitkan dengan sejarah turunnya ayat-ayat al-Quran kepada umat Islam secara berperingkat-peringkat (berjeda-jeda). 

 

Melalui penggunaan ‘Aku’ dan ‘Dia’ dalam kebanyakan cerpen-cerpen dalam Montaj II, Mawar seakan-akan ingin membawa dan mengajak pembaca berfikir dan merenung bersamanya tentang kemaujudan, kewujudan dan kehidupan. Kesemuanya ini dikaitkan dengan satu ecosistem kehidupan.  Walaupun terdapat nada-nada protes terhadap pencemaran dan pemusnahan alam, namun, ia dihasilkan dalam nada yang dilembutkan yang mencerminkan jiwa manusia yang sentiasa bermuhasabah dan akur akan kebesaran tuhan yang menjadikan alam.

 

Pengkaji mendapati bahawa sebahagian besar  tanda ikonik yang digunakan merupakan sesuatu yang berhubung dengan perbukitan, tanah-tanih serta batu-batuan dan sering diungkap bersama ‘mandala’dan ‘horizon’.   Ini membawa petandaan tentang kejadian manusia yang dihasilkan daripada tanah.  Perbukitan dan batu-batuan juga merupakan unsur tanah, di mana ia dihasilkan daripada mineral, zat besi, potassium, calcium dan komponen-komponen lain yang juga wujud dalam tubuh manusia.

            Siti Zainon Ismail telah lama berkecimpung dalam bidang kesenian, khususnya lukisan.  Daripada bidang tersebut, beliau mendampingi bidang kesusasteraan dan budaya dan seangkataan dengan penulis-penulis mapan di Malaysia.  Baginya, lukisan merupakan satu renungan.  Dengan ketajaman mata hati yang sering mengungkap kejadian alam pada kanvas lukisan,  beliau menggunakan kepakaran yang serupa dalam pengkaryaan sastera.          

 

            Seperti Mawar, Siti Zainon Ismail juga kerap menggunakan ‘Aku’ dan ‘Dia’ dalam Jurai Palma.  ‘Aku’ seakan-akan membawa penandaan kewujudannya dalam cerpen-cerpen tersebut.  Sebagai pembaca, pengkaji mendapati Siti Zainon juga mahu mengajak pembaca bersamanya, menelusuri peninggalan sejarah yang dapat dikupas dan dijadikan iktibar.  Nada protesnya tegas, tetapi tidak lantang disebabkan kecekapannya menggunakan gaya bahasa yang begitu estetik.

 

            Terdapat juga nada feminisme; suara wanita yang ingin membuktikan betapa mereka dapat bertahan mengharungi cabaran hidup dalam dunia yang pantas.  Sifat wanita yang lembut tetapi dinamik sentiasa menjadi ciri yang agak menonjol dalam beberapa cerpen Jurai Palma.  Ini jelas terlihat ‘bunga’ , pokok-pokok bunga, tumbuhan kecil yang berbunga sebagai tanda ikonik.  Tanda ikonik wujud dalam satu sistem tanda seperti ‘taman’ dan  ‘kebun’, yang mana terdapat unsur-unsur kehidupan lain seperti ‘rerama’, ‘kumbang’ dan ‘burung’.  Ini menjelaskan bahawa terdapat satu sistem tanda yang sering digunakan dalam Jurai Palma.  Sistem tanda begini menggambarkan kehidupan bebas yang bergerak secara semula jadi.

           

Kebebasan sememangnya menjadi agenda utama dalam Jurai Palma.  Maka atas dasar kebebasan jugalah Siti Zainon Ismail menggambarkan protesnya terhadap penjajahan serta sistem pemerintahan yang tertutup. Sebagai pencinta alam, protesnya agak tegas tetapi sinis tanpa banyak berselindung dalam menyampaikan perutusannya. 

 

            Seperti Montaj II, Jurai Palma juga mempunyai unsur-unsur intertekstualiti yang kebanyakannya merupakan pengalaman penulis yang dimodifikasi dan diekspensikan.   Proses penciptaan Siti Zainon juga dapat diteroka melalui pendekatan New Historisisme. Unsur-unsur sejarah yang merupakan unsur-unsur dominan, dibawa masuk ke dalam karya dengan disulami keindahan dan kehadiran alam, secara fotokopi, nostalgik dan idelistik. Unsur-unsur ini menggambarkan sosio budaya masyarakat Melayu lama yang jelas masih berpengaruh hingga kini.

 

            Seperti Montaj II, Jurai Palma juga mempunyai jeda-jeda tertentu bagi beberapa cerpen.  Namun yang menariknya, jeda-jeda ini dihasilkan dalam bentuk ‘sketch’ atau lukisan-lukisan kecil  yang merupakan fragmen daripada lukisan besar yang membuka tirai setiap cerpen.  Ini adalah kepakaran seni dan keistimewaan Siti Zainon Ismail yang menonjol.  Sememangnya lukisan-lukisan tersebut juga merupakan simbol-simbol secara virtual yang dapat memberikan diskripsi ringkas terhadap cerpen-cerpen yang dihasilkan dalam Jurai Palma.

 

 

10.2     Sistem Luar karya : Satu Kajian Kontekstual

            Beberapa cerpen dalam Montaj II berlegar dalam dunia koporat, ahli professional dan ahli akademik yang terlibat  secara langsung dan tidak langsung dengan alam siber. Selain itu alam semula jadi juga mendapat perhatian.  Alam siber dan alam nyata digadingkan dalam Montaj II melalui sistem ikonik, indeksik serta simbol. 

 

Penelitian Mawar Shafei terhadap alam semula jadi sangat mendalam.  Pengkaji berpendapat bahawa Mawar telah membuat banyak kajian serta mendapatkan fakta-fakta sahih sebelum menggerakkan idea dan kreativitinya tertumpah ke dalam proses penulisan. Cerpen-cerpen yang dihasilkan sarat dengan istilah-istilah botani, geologi dan ekologi sehinggakan pengkaji sering membuka kamus atau melungsur lelaman internet untuk mencari maklumat lanjut tentang persoalan yang ingin disampaikan Mawar Shafei.

Selain itu, Mawar sering menggungkap alat-alat yang digunakan seperti kaca mata, jam tangan serta komputer melalui jenama dan buatan.

 

            Mawar pernah mengambil bidang geologi sebagai prasyarat sebelum mengikuti bidang kesusasteraan Melayu di peringkat universiti.  Oleh yang demikian, kekuatannya dalam memerikan kejadian alam dari aspek geologi dan ekologi begitu berkesan.  Sebagai pembaca, pengkaji dapat merasakan kewujudan latar serta watak-watak yang terungkap dalam cerpen-cerpen Mawar.  Hubungannya dengan rakan-rakan, pendidik serta kenalan dalam bidang yang sama sedikti sebanyak telah dibawa masuk ke dalam cerpen seperti ‘Garis-garis Furquaan”.

             Sememangnya, Mawar  termasuk dalam  golongan penulis kreatif dan penulis akademik dengan latar belakang sarjana.  Tentu sekali budaya-budaya golongan begini serta pemikiran masyrakat di dalamnya dibawa masuk bersama ke dalam Montaj II.  Beliau yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia sudah tentu dikelilingi oleh rakan-rakan pensyarah kesusasteraan yang lain.  Pastinya pengalamannya bersama mereka menjadi buah fikirannya dalam karya kreatif. 

 

Pengkaji mendapati bahawa Anwar Ridhwan, Zahara Nawawi serta Siti Zainon Ismail merupakan di antara rakan-rakan yang banyak menjadi unsur pembahanan dalam Montaj II.  Pengkaji berpendapat bahawa terdapat satu sistem keakraban yang utuh di antara Mawar dan Siti Zainon, sehingga apabila membaca “Zel”, pengkaji dapat merasakan penjelmaan Siti Zainon Ismail.  Ini disebabkan Mawar sering mengungkap ‘penyair alias pelukis’ bagi beberapa watak dalam Montaj II dan penggunaan ‘rambutnya yang jurai palma itu’, menemukan pengkaji tentang perhubungan yang rapat di antara kedua-dua penulis tersebut, di mana cerita yang dikisahkan agak paralel dengan “Atika Sahabat Kami” yang dihasilkan oleh Siti Zainon dalam Jurai Palma. 

 

Pengkaji mengikuti perkembangan Mawar yang juga dikatakan pernah berkunjung ke Baitullah.  Pengalaman serta kesedarannya melalui pengalaman tersebut tercermin dalam karyanya. Montaj II menampakkan hasil pemikiran yang progresif tetapi utuh kepada pegangan Islam.  Ini mencerminkan budaya masyarakat di sekeliling Mawar yang mempunyai ilmu duniawi, sering menjadi lambang pesona, dan hidup secara aktif dalam atmosfera siber, namun tetap berpegang kepada ketauhidan terhadapNya.

Kebanyakan cerpen-cerpen Siti Zainon Ismail menggabungkan kita kepada watak-watak yang berada di beberapa benua yang akhirnya berjaya dihimpunkan semula dalam alam Nusantara lewat Jurai Palma.  Cerpen-cerpen tersebut juga seakan-akan mewakili Siti Zainon Ismail yang telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang berasal daripada benua asing. Oleh yang demikian, sebahagian besar cerpen-cerpen dalam Jurai Palma mencerminkan budaya asing, sistem kehidupan mereka serta cara pemikiran mereka.  Pengkaji berpendapat bahawa pengaruh-pengaruh serta pengalaman –pengalaman Siti Zainon semasa berada di luar negeri telah banyak membahani Jurai Palma.

 

Kehidupan Siti Zainon dalam lingkaran dunia pelukis serta dunia aktivis seni banyak mempengaruhi Jurai Palma.   Budaya serta pemikiran pelukis, penyair, penari, pembuat tembikar terungkap  dalam cerpen-cerpen beliau.  Di antara mereka, ramai yang bukan warga Nusantara, namun, Siti Zainon dapat mengasimilisasikan mereka agar mendapat penerimaan masuk ke dalam budaya dan pemikiran Nusantara. 

 

Pengalaman serta interaksinya dengan warga Indonesia banyak dipaparkan dalam Jurai Palma.  Peradaban  Jawa Nangkrit yang tinggi serta sistem kehidupan mereka menajibahan ceritanya.  Selain itu, kesan sejarah serta pemikiran feudal yang masih lagi mempengaruhi sebahagian besar masyarakat Melayu juga menghasilkan pantulan budaya yang diungkap dalam Jurai Palma.  Penjajahan pemikiran yang berleluasa di sekelilingnya  menjadi bahan cetusan idea kreatifnya. 

Pengaruh kuasa besar yang sewenang-wenangnya menceroboh serta memusnahkan hutan bagi memberikan laluan kepada  pembangunan  perkasa  serta sistem lebuhraya,  telah mendapat kritikan sinis daripada Siti Zainon Ismail.  Nada-nada protesnya jelas menggambarkan betapa laungan suara aktivis serta pencinta alam sukar mendapat tempat di kuping hati penceroboh tersebut. Maka alternatif lain hanyalah melalui cara sastera yang bersifat estetis.  Semua ini menggambarkan bagaimana budaya luar yang mempengaruhi kehidupan Siti Zainon Ismail lewat Jurai Palma.

 

11.       Kesimpulan

            Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini telah menghasikan satu kajian secara saintifik terhadap Montaj II dan Jurai Palma.  Dari sejumlah 35 cerpen Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail lewat kedua-dua karya tersebut, terbukti kedua-duanya mempunyai siratan makna yang kebanyakannya diwakili oleh tanda ikonik dan indeksik yang berpaksi kepada alam.   Lebih menarik lagi tanda-tanda tersebut membawa penandaan dan petandaan yang tersendiri kepada kehidupan sekitar kedua-dua pengarang tersebut.

 

 Antara yang serupa adalah wujudnya nada protes terhadap usaha-usaha di kalangan pihak-pihak yang berkuasa untuk menceroboh dan memusnahkan alam sekitar dengan tujuan membangunkan bangunan-bangunan yang indah dan tesergam, tetapi mengenetepikan hak-hak kehidupan alam yang lain. Kajian ini juga berpeluang menunjukkan pengaruh Siti Zainon Ismail sebagai penulis, pelukis alias penyair  tehadap pembahanan karya Mawar Shafei.  Keakraban kedua-dua penulis yang merupakan pengamat dan pencinta alam amat terserlah.   Alam telah menemukan kedua-dua mereka.

Bibliografi

Abrams, M.H. 1999.  A Glossary of Literary Terms, USA: Hardcourt Brace College Publishers.

 

Barthes, Roland. 1967.  Elements of Semiology, London: Jonathan Cape

 

____________. 1975. The Pleasure Of The Text, London: Blackwell.

 

Caesar, Micheal.  Umberto Eco: Philosophy, Semiotics And The Work of Fiction. London: Blackwell.

 

Culler, Jonathan. 1981.  The Pursuits of Signs: Semiotics, Literature, Deconstruction, London: Routledge & Kegan Paul.

 

Eco, Umberto. 1980. The Semiotics, London: Blackwell.

 

____________. 19992. Interpretation and Overinterpretation, London: Cambridge University Press.

 

Fokkema D W & Elrud Kunne-Ibsch, 1998.  Teori Sastera Abad Ke Dua Puluh, Jakarta: PT Gramedia.

 

Guerin, Labor, Morgan, Reesman, Willingham.1999. A Handbook of Critical Approaches to Literature. New York: Oxford University Press.

 

Halliday, M.A.K. 1978. Language As A Social Semiotic, London: Edward Arnold.

 

Hamdani, Hamzah (Peny). 1988. Konsep dan Pendekatan Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Kristeva, Julia. 1980. Desire in Language; A Semiotic Approach of Literature  And Art, London: Blackwell.

 

Lechte, John. 1994.  Fifty Key Contemporary Thinkers, London: Routledge.

 

Mana Sikana. 1985. Pendekatan Kritikan Moden, Selangor : Penerbit Karyawan.

 

__________. 1990. Sastera Melayu Moden: Perubahan Dan Tamadun, Selangor: Penerbit Karyawan.

 

__________. 1996. “Sastera Melayu Pascamodenisme” dlm Jurnal Persuratan Melayu Jilid 2, Bil 1.  Selangor: Penerbit UKM.

 

__________. (peny), 1997. Teori Sastera dan Budaya Dalam Kajian Akademik, Selangor: Pernerbit UKM.

 

__________. (peny), 1997. Pembangunan Seni & Sastera, Selangor: Pernerbit UKM.

 

__________. 1998. Teori Dan Kritikan Sastera Pascamodernisme, Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

 

__________. 2002.  Jejak Sastera Melayu Moden Ke Pascamoden, Singapura: EDN

 

__________. 2003.  Sastera Singapura dan Malaysia: Diaera Pascamoden, Singapura: Persama Enterprise

 

Mawar Shafei. 2002. Montaj II, Selangor: Penerbitan Pustaka Nusa.

 

Payne, Micheal. 1997. Reading Knowledge: An Introduction to Barthes, Foucult and Althusser, London: Blackwell.

 

Pierce, C.S. 1940. The Philosophy Of Pierce: Selected Writings, London:     Routledge & Kegan Paul.

 

Raman Selden. Umar Junus (pentj)  1989.  Panduan Pembaca:  Teori Kesusasteraan Sezaman.  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Siti Zainon Ismail. 2001. Jurai Palma, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Umar Junus. 1996. Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

__________.1988. Karya Sebagai Sumber Makna: Pengantar Strukturalisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.