Kecenderungan Penyair
Muda
dalam Usrah Perjalanan*
oleh Mawar Shafei
Membaca
kumpulan puisi Usrah Perjalanan,
menemukan khalayaknya dengan sejumlah 76 buah puisi hasil kreativiti Khirul
Bariah Arup. Penyair muda Pahang ini memadatkan kumpulan puisi pertamanya itu
dengan puisi yang dihasilkan sepanjang
tahun 1995 hingga 1999. Sebagai tambahannya, menyelak pojok Persada Seni (Dewan Sastera Mei 2000), menuntut
beberapa tanggapan selebihnya tentang
kecenderungan penyair ini dalam memilih persoalan dan bentuk puisinya. Begitu
juga ingin diperhatikan kelainan yang
mungkin dibawa penyair; yang akhirnya
membikin idiosinkrasi dalam mandala kepenyairannya kini dan masa hadapan.
Usrah
Perjalanan: Pemerhatian Awal
Pemerhatian
awal ke atas Usrah Perjalanan dilakukan secara kronologis. Berdasarkan
beberapa statistik ringkas, dapat diperhatikan konsistensi puisi-puisi yang
dihasilkan Khirul Bariah Arup untuk jangka masa lima tahun ini. Merujuk kepada
Jadual 1 didapati penambahan yang agak bersifat ‘meletus’ pada tahun 1997.
Dapat dikatakan dua tahun pertama sebelum itu bersifat ‘cuba-cuba’ dengan puisi
“Atma” dan “Nelayan Tua di Jendela Biru”. Angka tahun 1997 terus meningkat pada
tahun berikutnya. Namun berlaku susutan bilangan pada tahun 1999 kepada 25
peratus (atau ada puisi lain pada tahun ini yang tidak disertakan).[1]
|
TAHUN |
BILANGAN |
PERATUSAN |
|
1995 |
1 |
1.32 |
|
1996 |
1 |
1.32 |
|
1997 |
20 |
26.32 |
|
1998 |
32 |
42.10 |
|
1999 |
19 |
25.00 |
(Nota: tiga buah puisi yang tidak bertarikh ialah “Taubat”,
“Wasiat Untuk Wanita” dan “Genggaman Tanganmu, Bukalah”).
Jadual
1: Bilangan Puisi Mengikut Tahun
Namun
satu fenomena yang menarik ialah
kesungguhan Khirul Bariah Arup dalam kerja menulisnya sehingga tersiar beberapa
buah puisinya di wadah-wadah penerbitan tempatan. Melalui Jadual 2 didapati garis yang positif di atas
graf potensi penyair muda ini. Terdapat dua buah puisinya, “Bersama-sama
Sutardji” dan “Rindu Sungai Pahang” tersiar di Dewan Sastera – wadah yang dianggap bertembok tebal oleh kebanyakan
calon penyair. Malah lewat “Bumi Bertuah”, penyair ini memenangi Hadiah Kedua
Sayembara Menulis Puisi Anjuran Seniman Pahang 1998.
|
TAHUN |
BILANGAN |
WADAH |
|
1995 |
- |
- |
|
1996 |
- |
- |
|
1997 |
1 |
Novel |
|
1998 |
5 |
Mingguan Malaysia [2], Dewan Sastera [2], Novel |
|
1999 |
- |
- |
Jadual
2:
Bilangan
Puisi Tersiar Mengikut Tahun dan Wadah
Justeru itu disimpulkan berdasarkan
beberapa tolok ukur pemerhatian awal ini seperti bilangan serta pencapaian
diyakini penyair muda ini dapat menyertai kelompok perdana khususnya dalam
genre puisi tanahair. Seterusnya Usrah
Perjalanan ini akan didalami dari aspek persoalan yang diangkat dan bentuk
yang diserlahkan mengikut tahun-tahun setiap puisi yang dihasilkan.
Usrah Perjalanan: 1995
Puisi tunggal dalam tahun ini ialah
“Atma”. Sebuah karya Khirul Bariah Arup yang dikesani agak terikat dengan
bentuk puisi tradisional (khususnya pantun atau syair). Namun keakuran pada
bentuk puisi tradisional ini tidaklah
mengikut hukum abab/aaaa yang tegar. Sementara itu nyaringnya frekuensi bunyi asonansi agak
ketara. Antara diksi yang dieksploitasi penyair ialah,
i)
putih
bersih
ii)
serumpun
doa kudus
iii)
menyaluti
mulus
Ia
persis dibentuk-bentuk. Rima akhir yang walau tidak terikat sepenuhnya, masih
dibayangi puisi tradisional. Malah mainan bunyi ini semacam bersetuju dengan
persoalan “Atma” secara keseluruhan. Fenomena keterikatan dengan bentuk puisi
tradisional ini dapat dihubungkan dengan pola puisi tersebut yang rata-rata
masih ampuh dalam puisi moden. Ia tidak terkecuali turut mempengaruhi puisi-puisi
penyair yang difokus ini.
Usrah Perjalanan: 1996
Puisi “Nelayan Tua di Jendela Biru”
juga merupakan satu-satunya puisi yang dihasilkan pada tahun ini. Rentetan
daripada lenggok puisi “Atma”, masih terpencar bunyi-bunyi asonansi yang
sebenarnya menyeret nada melankolik yang panjang. Perhatikan saja pada judulnya yang persis
bersetuju dengan kesayuan (tua) dan harapan cinta/kasih sayang (biru). Namun di
samping keakraban dengan hukum bunyi terdapat percubaan melakukan fragmentasi
dalam puisi ini. Percubaan awal ini menjadikannya agak prosaik; yang
rata-rata kewajarannya lebih terletak
pada percubaan gaya.
Usrah
Perjalanan: 1997
Membaca
puisi-puisi Khirul Bariah Arup dalam tahun ketiga kepenyairannya menerusi Usrah Perjalanan, dilihat betapa
terpencarnya persoalan dan percubaan teknik yang jauh lebih berani dan menjadi.
Puisi “Alpa” menderetkan beberapa frasa yang merupakan deviasi dalam konteks
tata hukum sintaksis iaitu,
i)
di pekat
warna malam
ii)
di hitam
nafsu durjana
Memberi
imbuhan di+ dengan kata sifat ini dapat dianggap sebagai satu eksploitasi
bahasa. Ia menurut Dharmawijaya sebagai satu bentuk penjodohan yang pernah
dilakukannya secar sedar. Dharmawijaya berpendapat ia bertujuan menggambar,
menekan dan mengindahkan perasaan yang cuba dipancarkan di samping menyerlahkan
kelainan.[2]
Dari aspek bentuknya, penyair muda
ini mula kelihatan lebih kerap hadir dengan diksi keIslamannya. Menerusi puisi “Kanvas Kemaafan”, “Persoalan” dan
“Jaluran Terjanji”, ditemui diksi
seperti ‘munajat’, ‘sajadah’, ‘azali’, ‘munkar-nakir’ (dieja ‘mungkar-nangkir’
dalam Usrah Perjalanan). Penyair agak
lazim menghadirkan lambang alam seperti ‘malam’ sebagai makna masa beruzlah.
Namun
terdapat beberapa metafora/diksi yang menuntut penelitian dan diperhalusi seperti dalam “Kanvas Kemaafan”. Misalnya
ayat ‘realiti di gigi kehidupan’ yang bukan
semata-mata bertujuan memenuhi keperluan lenggok bunyi. Walau bagaimanapun puisi-puisi ini secara
tuntas juga mengangkat beberapa pemikiran tentang menghampiri kehidupan
ukhrawi. Dibaurnya juga konflik diri serta jiwa yang sering berkonfrantasi
dengan masa lalu.
Selain daripada
latar agama, Khirul Bariah Arup juga mengenengahkan persoalan nasionalisme
lewat “Bumi Bertuah” yang pernah tersiar dalam Novel. Namun sesuatu yang istimewa
dalam puisi ini masih ada kecenderungan penyair menyisip soal keimanan
yang dikatakan sebagai dasar perjuangan seseorang warga negara. Menurut
penyair,
…
Kitalah
anak wawasan
penguat
semangat
pengukur
minda menjulang
pohon
kemenangan
bajailah
dengan ilmu
berlafaz
keimanan.
Persis
puisi awalnya yang agak melankolik, Khirul Bariah Arup masih setia untuk
melahirkan puisi yang agak bersifat nostalgia seperti “Ingatan Yang Tercicir”.
Malah kadangkala terkesan phatetic
fallacy kesayuan itu dengan pemilihan judul puisi misalnya dalam puisi
“Hujan Sepetang”. Khirul Bariah Arup kelihatannya kian matang memilih diksi
yang lebih sesuai dengan persoalan yang dibawanya lantas menyua kesan emosi
yang tertentu.
Dalam himpunan puisi-puisi tahun ini juga khalayak dideretkan dengan
puisi-puisi yang berupa rakaman perjalanan penyair. Beberapa puisinya seperti
“Kaki”, “Kanvas Kemaafan”, “Pantai Rindu”, “Rupat: Atas Paksi Diri” mewakili
perjalanannya ke Pulau Rupat. Sementara puisi berkaitan pelayarannya ke Sumatera
misalnya melalui “Melukis Puisi “Melayu’” dan “Hujan Sepetang”; dan catatan di
Pulau Tioman dalam puisi “Pancasuara” dan “Sandiwara”. Ia dijadikan dokumentasi
lakaran perjalanan geografis dan kembara sukma yang cukup lebar maknanya.
Merujuk kata pengantar pendek Rahimidin Zahari, ada celahan sindiran dalam
puisi penyair ini. Begitu lewat catatan panjang kembaranya di setiap
persinggahan, penyair akan mencoret sama gelora pembangunan (“Rupat: Atas Paksi
Diri”), warna alam dan Tuhan (“Pantai Rindu”),dan ekologi (“Pancasuara”).
Justeru contoh-contoh ini Khirul Bariah Arup
agak pemerhati dan seperti kata Arthur Gregor ia, sensitiviti, merupakan antara faktor asas yang dituntut
dalam diri peribadi seorang penyair (Burack, AS, 1976: 376).
Usrah Perjalanan: 1998
Tahun keempat ini merupakan tahun yang
terbanyak menghimpun puisi Khirul Bariah Arup. Pada tahun ini juga puisi “Bumi
Bertuah” mengangkat nama penyair muda ini sebagai pemenang. Satu
kecenderungan pada period ini juga,
rata-rata puisi yang dihasilkan memencarkan latar agama yang pernah ditulis
lebih awal. Perhatikan puisi-puisi tersebut seperti “Bulan Tidak Lagi Senyum”,
“Bingkai Diri” dan “Dalam Menghitung”. Diksi dan persoalan penyair berpaksi
pada tuntutan manusia Islam yang kerap ingin kembali kepada Tuhannya.
Pengampunan ‘di taubat sajadah dinihari’(hlm. 11) / ’di hujung sebuah taubat’
(hlm. 9) sentiasa menjadi destinasi penyair ‘menuju daerah itu’ (hlm. 30).
Secara
khususnya puisi-puisi berunsur Islam ini melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan
puisi pada tahun ini. Ia
adalah seperti berikut,
i)
Antara Kita
ii)
Bulan Tidak
LagI Senyum
iii)
Bingkai
Diri
iv)
Dalam
Menghitung
v)
Demi Masa
(Surah Al-‘Asr)
vi)
Fragmen Masa
vii)
Hari-hari Yang Kutinggalkan
viii)
Menuju Daerah Itu
ix)
Milik-Mu
x)
Rindu Sungai Pahang
xi)
Saat Kuhadap Suatu Subuh Yang Bening
xii)
Saat
Kekesalan Kembali
xiii)
Zaman
Keberangkatan
xiv)
Suara-suara
xv)
Usrah
Perjalanan
xvi)
Wanita
Menjaja Senyum
xvii)
Waktu
Teknik
mengadun bunyi masih dikekalkan contohnya baris-baris anafora dalam “Rindu
Sungai Pahang” dan epifora dalam
“Waktu”. Perhatikan,
…
rindu
pada ketenangan
rindu
pada gamitan nyiur petang
rindu
pada dinginmu Sungai Pahang
(“Rindu
Sungai Pahang”)
masa
itu waktu
detik
itu waktu
saat
itu waktu
minit
itu waktu
jam
itu waktu
(“ Waktu “)
Namun pada kelompok puisi ini terdapat banyak kesilapan ejaan termasuk
cara menurunkan perkataan yang berimbuhan di+.[3]
Begitu juga dengan kesesuaian diksi dengan makna keseluruhan puisi. Misalnya dalam puisi “Fragmen Masa”
iaitu pemilihan kata seperti ‘evasif’, ‘epigoni’, ‘pipis’ dan ‘merinting’. Di samping
itu percubaan menurunkan ‘plot kronologis’ dalam puisi “Perjalanan Hari”. Ada
deretan waktu pagi-petang/siang-malam.
Usrah Perjalanan: 1999
Sekali lagi dalam tahun ini beberapa
puisi berunsur agama diangkat Khirul Bariah Arup. Puisi seperti “Rimba
Kehidupan”, “Sesaat Waktu Terhenti” dan “Usah Kau Gerak Lagi” cukup sarat
dengan persoalan keagamaan.
Misalnya pada puisi “Usah Kau Gerak Lagi” meniruskan fenomena kematian yang bersifat menghentikan
segala ‘gerak’ manusia melainkan untuk tiga perkara : ilmu yang manfaat,
sedekah menuju kebaikan dan doa anak yang soleh.
Begitu juga dengan puisi
“Cahaya Diri” yang membaur soal retrospektif antara baris-baris
metafora. Namun terdapat beberapa gandingan yang perlu diteliti seperti ‘khemah
keinsafan’ dengan ‘detik saat bertapak’ dengan ‘mengetuk pintu waktu’.
Namun percubaan- percubaan ini
diyakini lebih meranumkan kepenyairan Khirul Bariah Arup khususnya dalam
penciptaan puisi-puisi berunsur Islam. Penyair muda ini lewat beberapa puisi
dalam Usrah Perjalanan menjanjikan sesuatu yang lebih besar.
Kesimpulan
Puisi agak
lumrah ditanggap sebagai satu wadah yang menyimpan pelbagai rasa dan warna
kehidupan. Lewat Usrah Perjalanan ini penyair muda Khirul Bariah Arup
cuba menyaring makna keagamaan, nasionalisme dan kejadian Tuhan yang lain tanpa
sebarang tema cinta yang murah. Persembahannya dalam lenggok rima yang masih
menoleh tradisi ; akrab dengan gelora sukma peribadinya. Itu warna
kepenyairan Khirul Bariah Arup – penyair muda yang menjanjikan sesuatu yang
lebih menggugah.
Lampiran
|
1995 |
1996 |
1997 |
1998 |
1999 |
|
4 |
32 |
1 |
2 |
10 |
|
|
|
5 |
3 |
34 |
|
|
|
6 |
7 |
40 |
|
|
|
12 |
8 |
43 |
|
|
|
15 |
9 |
46 |
|
|
|
16 |
11 |
49 |
|
|
|
19 |
13 |
51 |
|
|
|
20 |
14 |
57 |
|
|
|
21 |
17 |
65 |
|
|
|
22 |
18 |
66 |
|
|
|
23 |
24 |
68 |
|
|
|
28 |
25 |
69 |
|
|
|
29 |
26 |
70 |
|
|
|
33 |
27 |
71 |
|
|
|
35 |
30 |
72 |
|
|
|
36 |
31 |
73 |
|
|
|
41 |
37 |
74 |
|
|
|
44 |
38 |
75 |
|
|
|
50 |
39 |
76 |
|
|
|
54 |
42 |
|
|
|
|
|
45 |
|
|
|
|
|
47 |
|
|
|
|
|
48 |
|
|
|
|
|
52 |
|
|
|
|
|
56 |
|
|
|
|
|
58 |
|
|
|
|
|
59 |
|
|
|
|
|
60 |
|
|
|
|
|
61 |
|
|
|
|
|
62 |
|
|
|
|
|
63 |
|
|
|
|
|
67 |
|
|
1 |
1 |
20 |
32 |
19 |
Jadual 3:
Senarai Puisi dalam Usrah
Perjalanan
(Nota
i: [angka-angka untuk setiap
tahun merupakan nombor halaman; mewakili
judul puisi. Contohnya tahun 1995, angka 4; halaman 4 pada Usrah Perjalanan dengan judul puisinya
“Atma”]
Bibliografi
Burack,
AS. 1976. The Writer’s Handbook.
Boston: The Writer Inc.
Khirul
Bariah Arup. 1999. Usrah Perjalanan. Kuantan:
Dewan Persuratan Melayu
Pahang.
Nik
Mohd Arshad Zulkifli. 2000. Persada Seni. Dewan
Sastera, Mei:2..
Siti Zainon Ismail. 1994. Alam Puisi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://shoga.www.com/~rgs/glossary.htm
* Dibentangkan dalam Seminar Penulis Generasi Baru pada 25 November 2000 di Sudut Penulis, DBP.
[1] Semua data hanya bergantung sepenuhnya pada kumpulan puisi Usrah Perjalanan; tanpa mengira puisi-puisi eceran dan sebagainya. Walau bagaimanapun terdapat lima buah puisi lagi yang tersiar di ruang Persada Puisi Dewan Sastera Mei 2000 iaitu: i) Detik yang Terjual ii) Di Dasar Kesedaran iii) Di Kolam Kasih Iman iv) Lafaz Usia Senja dan v) Dalam Rekahan Dinding Insaf
[2] Mawar Shafei, Idiosinkrasi Dharmawijaya, Perisa, 1995, hlm. 307.
[3] Dalam beberapa puisi seperti “Andai Bisa”, “Antara Kita”, “Atma”, “Bersama-sama Sutadji”, “Bingkai Diri”, “Dalam Menghitung”, “Kembang Rindu Yang Harum”, “Ruang Masa” dan “Secangkir Masa”.