| Montaj II sebuah sastera laboratatif Oleh S.M. Zakir [Mingguan Malaysia, November 17 2003] MONTAJ II (Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd., Selangor 2002) menghimpunkan 17 cerpen Mawar Shafei yg dihasilkan dari 1996 hingga tahun 2001. Melihat cerpen yang dimuatkan dalam antologi ini, jelas kepada kita bahawa Mawar Shafei merupakan penulis yang amat tekun, teliti dan saintifik. Monta II ini bagai membawa pembaca kepada suatu ruang baru dalam dunia sastera yg luas dan penuh keajaiban. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Montaj II kadang-kadang lebih kepada sebuah makmal uji kaji sains geologi daripada sebuah pathos sastera.Tahap keseriusan karyanya melonjak tinggi dengan gaya dan bentuk yang sebegitu. Menjadikan karyanya bukan lagi sastera komunikatif tetapi sastera laboratatif. Hal ini membuatkan kita terpaksa menelusur kembali tentang apa itu fiksyen. Untuk melihat apakah Montaj II ini berada dalam lingkungan sebuah karya fiksyen atau sebaliknya. Sumber terbesar fiksyen dikatakan datang daripada pengalaman. Tidak kira sama ada ia merupakan sebuah pengalaman peribadi ataupun pengalaman menginderai di luar peribadi. Salina adalah denyut rasa pengalaman hidup A. Samad Said pada era tersebut. Begitu juga dengan Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad), Sandera (Arena Wati) dan Interlok (Abdullah Hussain); semuanya memperoleh sumbernya daripada denyut pengalaman yang dilalui. Claude Simon, novelis Perancis menyatakan bahawa utk mengumpulkan bahan karyanya mencukupi jika dia bersiar-siar di sekitar kota.Kembali dan catatkan apa yg dilihat, fikir, rasa, ingat dsbinya. Simon meletakkan prinsip: Tulis apa yg anda tahu. Namun terdapat pandangan sebaliknya menyatakan bahawa `tulis apa yg anda tidak tahu' kerana ia menjadikan penulis bebas utk berimaginasi. Sama ada menulis apa yg diketahui atau apa yg tidak diketahui, ia lebih jelas bahawa pengetahuan thdp peristiwa yg dilalui itu semuanya merupakan fakta dan bukan yg lain daripada itu. Inimenjelaskan bhw fakta itu bersangkutan dengan fiksyen. Dalam pada itu selalunya terdapat percampuran antara fakta (fact) dan ciptaan/rekaan di alam penulisan fiksyen. Drpd bunyinya terlihat spt terdapat persamaan antara fact dan fict (ion). Dan ini tidak berlaku secara kebetulan tetapi ternyata bahawa kedua-dua perkataan itu lahir atau ditemui drp perkataan Hebrew tua yg ditulis tanpa huruf saksi (vowels) iaitu FCT, lalu ia bergantung kepada konteks bagaimana ia dibunyikan. Jelas bahawa fiksyen membawa definisi 'percampuran antara fakta dan ciptaan/rekaan yg diubah dgn mmeberikan emosi dsbnya melalui perjalanan imaginasi serta |
|||||||
| pemetaan minda'. Dan fiksyen itu sendiri lahir drp akar kata fact iaitu fakta.Kembali kepada persoalan mula, tentang apakah Montaj II masih berada dlm lingkungan fiksyen atau sebaliknya. Ternyata bhw Montaj II dlm kepadatan masukan fakta-faktanya tidak lari drp lingkungan ruang fiksyen dan menepati definisi fiksyen tsbt. Lantaran Montaj II adalah sebuah fiksyen. Namun ruang baru yg diterokainya memungkinkan ia berada dlm ruangnya yg tersendiri.Pergi lebih jauh, sesebuah karya atau fiksyen itu dihadirkan atas sebab atau alasan tertentu. Pertama, sbg destinasi (destination) dan kedua, sbg jalan (path). Sebagai destinasi ia dilihat sebagai sumber dan posisi kebenaran. Dlm memahami karya spt Montaj II ini, satu pendekatan yg paling sesuai untuk digunakan ialah pendekatan yg disebut sbg de-thorn. Ia lahir drp sebuah analogi sekuntum bunga yg dikelilingi duri. Fokusnya harus ditumpukan kpd bunga bukan kepada duri-duri yg mengelilinginya. Mungkin duri-duri itu menyukarkan ttp ia tidak harus menghilangkan tujuan utk mendapatkan bunga. Bunga (isi dan matlamat karya) diperoleh dgn `mengatasi' duri di sekelilingnya (bahasa, teknik, stail).Setelah mengesampingkan duri-durinya, maka 17 buah cerpen menjadi 17 kuntum bunga yg memperlihatkan kehadirannya drpd dua alasan atau sebab iaitu sbg destinasi (destination) dan jalan (path).Berada dlm kapasiti destinasi, yg melihat kehadiran karya itu sebagai sumber dan posisi kebenaran, kesemua 17 buah cerpen ini mempunyai pertautan yg amat erat dengan kesyumulan Islam. Dlm cerpen Wasilah, protagonis yg sering diusik sbg the genuine evironmentalist tersepit dlm perjuangan alam sekitarnya dengan tugasnya di syarikat EcoFiz yg terlibat menyodok memusnahkan alam dlm menjalankan agenda nasional hasil drpd political incorrect.Tema kesedaran ttng ketentuan kuasa Maha Agung dialirkan dlm Duri-Duri Lovibia melalui consciousness protagonis Ariq. Dlm Al Khaf posisi kebenaran diberi penonjolan yg jelas dgn menghubungkan proses kelupasan unsur alam dgn kelupasan yg berlaku kpd manusia dan sejarah kebenaran. Proses kelupasan manusia berlaku dlm proses kejiwaan yg membawa manusia lebih dekat kpd Tuhan. Proses geografi yg dianalogi kpd proses manusia mendekati al-khaliknya dilanjutkan di dlm Garis-Garis Furqan. | |||||||
| Beberapa cerpen selepas itu seperti Nokturni dari Birmingham, Zel, Arixe di Horizon Kirmizi, Mandala Haksiber dan ATM Cybernauts menggantikan fakta-fakta saintifik geografi dgn fakta saintifik perkomputeran dlm menyampaikan analogi thdp hubungan manusia-alam-Tuhan. Temanya melangkau jauh drp intrig dunia korporat, feminisme, persaingan global hingga ke penerokaan angkasalepas. Namun cerpen-cerpen ini terus berada dlm posisi kebenaran dgn konsep kesedaran ketentuan Yang Maha Kuasa.Cerpen-cerpen seperti Montaj Nasuha, Laman Pesona, Marissa @ Merdeka, Cerpen Pendek, dan Montaj Pesona menukar rentaknya kepada naratif yg lebih emotif berbanding cerpen-cerpen sebelumnya. Ia juga semakin menjarakkan diri drp bentuk sastera laboratatif yg banyak gangguan istilah saintifik.Tiga cerpen terakhir yg ditulis dari tahun 1999 hingga 2001, iaitu cerpen-cerpen Uzlah, Katarsis, dan Suara Ababil mula memperlihatkan penurunan kadar kecenderungan Mawar dlm mewajahkan karya-karya dgn istilah-istilah saintifik yg memberatkan. Tiga karya terakhir ini lebih lancar bacaannya dan jelas mula mewujudkan kesan-kesan pathos (feeling of the audience) berbanding dgn karya sebelum ini yg padat sendat dgn `keghairahan uji kaji makmal'. Dari segi tema dan matlamat karya juga lebih jelas, iaitu usaha mencari kesempurnaan diri dlm konteks hubungan manusia-alam-Tuhan.Kehadiran karya-karya Mawar (Montaj II) dlm kapasiti kedua iaitu sbg jalan (path) jelas menepati saranan tsbt. Semua karya ini dilahirkan secara kritis, dinamik dan wujud sbg daya pencari kebenaran melalui penerokaan. Reasoning melalui fakta-fakta saintifik jelas menunjukkan usaha kritis Mawar dlm menyokong hujah-hujah `pencarian kebenarannya'. Usaha kritis yg disokong pula oleh beberapa unsur ideologi seperti environmentalisme, feminisme, dan tasawur al-kulit Islam meletakkan karya-karya Mawar sbg karya dinamik dan penuh dengan daya perjuangan.Dalam pada itu, terdapat sedikit kelemahan kecil jika dilihat dalam keseluruhan karya yang terdapat dalam Montaj II ini. Ini dilihat lebih dari sudut penyampaian dan persembahannya. Keghairahan Mawar meneroka dan membawa dunia sastera ke ruang baru tlh memperlihatkan beberapa pengabaian terhadap `kedirian' karya sastera. Mawar menekan dan menumpukan sejumlah besar tenaga kreatifnya ke arah sesuatu yg bersifat logos (bukti logik) dan meninggalkan pathos (emosi pembaca) terkapai tidak bertali.Walaupun jika dilihat dr sudut ethos (karakteristik pengarang) Mawar tlh melengkapi pembaca dengan keyakinan hasil latar belakangnya sbg seorang graduan jurusan geologi dan beraliran | |||||||
| sains namun apabila ia tidak memberikan usaha utk berkomunikasi dgn pembaca maka `bukti logik' dan `karakteristik' tsbt menjadi suatu ruang peribadi yg hanya dimiliki Mawar. Malangnya ini menjerumuskan karya Mawar kpd apa yg disebut sbg eksklusivisme. Karya menjadi begitu eksklusif hingga ia bergerak jauh dari khalayak yg diperlukannya. Lebih buruk lagi, keghairahan Mawar memasukkan istilah sains geologi itu dan istilah-istilah sains lain (dalam beberapa buah cerpen awal) dilakukan dgn agak langsung hingga menjadikannya sbg tempelan atau kosmetik yg diada-adakan. Ini memberikan kesan kpd pewajahan karya krn `pembedakan yg terlalu tebal itu bukan tlh memberi keindahan tetapi sebaliknya menimbulkan kejanggalan yg mencacatkan wajahnya sendiri'.Dgn itu secara keseluruhan, Montaj II adalah sebuah karya yg amat baik terutama jika diperhatikan dari sudut kemasan bahasanya dan keberaniannya memberikan dimensi baru kpd wajah kesusasteraan Malaysia. Mawar tlh membina keperibadian karyanya melalui keberaniannya bereksperimen dan melakukan penerokaan apatah lagi dgn masukan ilmu dari luar ilmu sastera merupakan satu usaha yg harus diberi perhatian dan penghargaan. Karya-karya Mawar harus dilihat secara positif, sementelahan ia juga sdg melalui satu bentuk pemeringkatan iaitu drp keghairahan peringkat awal yg taksub dgn kecenderungan laboratatifnya kpd kematangan peringkat akhir yg mula memperlihatkan kecenderungan utk memberikan kesan rasa yg lebih mendalam kpd jiwa pembaca. | |||||||
| Ke Montaj II | |||||||