LATARBELAKANG

Universiti Kebangsaan Malaysia adalah Institusi Pengajian tinggi Awam yang pertama yang menawarkan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Malaysia iaitu pada tahun 1981. Dalam tempoh lebih dua dekad, program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pelajar. Justeru dengan kemasukan pelajar yang amat besar ini, maka dirasakan adalah perlu di sana diwujudkan satu persatuan yang berperanan sebagai platform untuk para pelajar MBA bergerak aktif dalam menyumbang idea dan menjalankan aktiviti berpesatuan.

Persatuan Siswazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (PSSPP) merupakan satu-satunya persatuan yang mewakili para pelajar MBA di UKM. Setiap pelajar yang mengikuti program MBA di sini adalah secara automatik menjadi ahlinya.

Objektif utama penubuhannya adalah sebagai medium menggerakkan aktiviti para pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia.Di mana aktiviti-aktiviti yang dirancang ini diharap dapat menerap semangat permuafakatan yang jitu di antara para pelajar dan pensyarah. Persatuan juga berperanan dalam membantu para pelajar menangani masalah akademik serta kebajikan semasa dalam pengajian

Saban tahun banyak aktiviti yang telah persatuan jalankan untuk ahli-ahlinya. Antaranya termasuk :

Majlis Interaksi & Suaikenal

Jamuan Hari Raya

Kejohanan Sukan

Seminar-Seminar

Lawatan

Majlis Makan Malam..    Majlis Makan Malam Anugerah Emas 2003 

                                                     15 Ogos 2003 (Jumaat) di Hotel Equatorial Bangi

                                                   

                                                     untuk pendaftaran sila klik