Majlis Makan Malam Anugerah Emas 2003

 

Saban tahun pihak Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia telah melahirkan ramai lepasan graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, yang mana sebahagiannya kini telah memegang jawatan-jawatan penting dalam pelbagai bidang samada di sektor awam mahupun di sektor swasta. Justeru itu, pihak Sekretariat Siswazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan kerjasama pihak Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Makan Malam Anugerah Emas 2003 Graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan bagi menghimpunkan siswazah-siswazah yang telah menuntut di fakulti ini sejak dari dulu hinggalah sekarang. Semoga dengan adanya program seperti ini, mampu menjalin serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara sesama warga fakulti. Di samping itu juga, program ini diadakan adalah untuk meraikan graduan Majlis Konvokesyen ke 31 serta mengurniakan anugerah kepada mereka yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang mengikuti program pengajian ini. Pihak kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian Southern Finance Bhd. untuk menjadi penaja utama bagi majlis makan malam ini.

 

Majlis Makan Malam Anugerah Emas 2003 

Graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan

DIRASMIKAN OLEH :

YAB. Dato’ Seri Dr. Mohd Khir bin Toyo

15 Ogos 2003 (Jumaat) 7.45 malam

Dewan Utama, Hotel Equatorial Bangi