Pokok
Mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia.
Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau
dimakan sebagai ulam.
Buahnya sekali-sekala digunakan sebagai makanan selepas bersalin. Seringkali sepemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut dipetik dan diperam diatas garam atau didalam beras dan bila sudah masak, ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai "buah rojak" serta dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak. Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu, penduduk di kepulauan tersebut telah menggunakan buah mengkudu sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu, mereka menggelarkannya sebagai "Pain Killer", "Headache Tree" dan "Cheesefruit". Nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia dan di Hawaii dikenali sebagai Noni. |
![]() |
Mengkudu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui laut yang dihanyutkan dari satu pulau ke satu pulau. Kepulauan Carribean terutama Tahiti adalah satu kepulauan yang subur dengan tumbuhan mengkudu. |
Sebarang pertanyaan mengenai website ini sila e-mail kemorinda99@yahoo.com
Terima Kasih