Bahan yang paling menarik yang dijumpai dalam cecair mengkudu adalahproxeronine yang diubah didalam badan menjadi xeronine, sebatian biokimia yang kritikal yang terdapat secara meluas reaksi-reaksi biokimia manusia normal. Di kawasan yang mengalamiradangan (cancer), proxeronine tembus keluar dari kapilari-kapilari darah untuk membolehkan sel-sel menghasilkan xeronine bebas. Xeronine bebas ini mungkin menghalang peptida penyebab radangan dari diserap oleh protein yang spesifik. Jelas ini mengurangkan jumlah radangan.
Bahan bina utama yang terdapat dalam biosintesis xeronine badan kita adalah proxeronine - sejenis enzim yang diperlukan dalam biosintesis xeronine dan serotonin. Tubuh mengandungi kesemuanya, tetapi proxeronine dalam jumlah yang tidak mencukupi. Berikut adalah bagaimana Dr. Heinicke percaya biosintesis xeronine berlaku.
Dalam keadaan biasa, hati menyimpan proxeronine. Hampir setiap dua jam, otak menghantar isyarat kepada hati untuk melepaskan satu semburan proxeronine. Organ-organ tertentu menyerap dari aliran darah sejumlah proxeronine yang diperlukan untuk menghasilkan xeronine - secara amnya, cuma proxeronine sahaja dalam jumlah yang tidak mencukupi.
Semuanya adalah baik kecuali jika terdapat keperluan untuk lebih xeronine di dalam sesuatu sel atau organ. Sebarang tekanan (stress) yang major boleh menyebabkan keadaan ini. Akticiti tak normal sel prakanser atau satu-satu masalah kesihatan, termasuk masalah fizikal dan/atau emosi, jangkitan kulat dan toksin, mungkin menimbulkan fenomena ini. Bila ini berlaku, keperluan xeronine akan meningkat secara mendadak. Hati biasanya tidak mempunyai proxeronine yang lebih untuk dihantar kepada sel-sel yang bermasalah. Sel-sel sakit ini biasanya mempunyai cukup bekalan proxeroninase dan serotonin; apa yang tidak cukup adalah proxeronine. Mengkudu membantu kerana ia mengandungi banyak proxeronine.
Sebarang pertanyaan mengenai website ini sila e-mail ke morinda99@yahoo.com