Laman rasmi Perlis Singa Utara Football Association Fans club. Baca & hantar cerita terbaru di bawah. Untuk hasil terbaik, komputer anda mestilah menyokong Frame, Java & Latest IE version.
PASUKAN 2004  & GAMBAR PASUKAN      BERITA TERKINI & ULASAN PERLAWANAN
BAGITAU ORG PERLIS
TULIH NAMA:

E-mail Hang:

E-mail Kawan Hang:

KOMEN LA SIKIT:

Receive copy: 


IKLAN: khidmat cuci kereta ter'best' di Kangar. Hubungi Amirul - 019-4273449
Buat DUIT masa online. Tak payah surf, tak perlu baca email / iklan, tak perlu klik. Buka komputer saja dapat duit! Mai la..
KEPUTUSAN PERLAWANAN     BERITA LIGA SUPER    CHAT ROOM     GAME BOLA
BUKU PELAWAT       LIGA SUPER 2004 
PERLIS BUAT BOLEH !
PERLIS SINGA UTARA
BOOKMARK PERLIS FC (masuk ke dalam list favourites komputer anda)
Muka
Depan
Singa Utara dapat sambutan wira

KANGAR – Pemain Perlis yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil disambut sebagai wira oleh para penyokong pasukan tersebut petang semalam.

Kira-kira 5,000 penyokong menanti kepulangan wira mereka yang tiba di Ulu Pauh dekat Arau kira-kira 5 petang semalam sebelum mereka diarak dengan kenderaan khas sejauh 17 kilometer ke pejabat Menteri Besar Perlis di sini.

Turut menyambut dan mengiringi pemain terlibat ialah Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), pengurus pasukan, Adzmi Saad dan penolong pengurus, Abdul Jamil Saad

Kesemua pemain yang beraksi malam tadi kecuali Azizi Che Rose yang cedera di mata, kelihatan begitu gembira apabila disambut para pemain sambil dibawa menaiki kenderaan antik, pacuan empat roda dan juga motosikal.

Beratus kenderaan termasuk motosikal berkuasa besar turut mengiringi perarakan tersebut sambil orang ramai menanti di kiri kanan jalan raya dari Ulu Pauh untuk melihat pemain Singa Utara dan Piala Malaysia lebih dekat.

Perarakan tersebut mengulangi semula peristiwa kejayaan Perlis membawa Piala Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 2004 selepas menewaskan Kedah 1-0 sebelum Selangor merampasnya daripada Singa Utara pada tahun lalu selepas menang perlawanan akhir 3-0.

Menteri Besar ketika berucap pada majlis meraikan kejayaan Perlis itu berkata, kejayaan itu amat bermakna bagi Perlis kerana pasukan tersebut mendapat sokongan padu daripada para penyokongnya sejak awal musim lagi.

‘‘Kita berazam untuk mencipta hatrik dengan menjuarai Piala Malaysia sekali lagi pada tahun depan,” katanya sambil mengulangi penghargaan kerajaan negeri kepada para penyokong setia dan menjanjikan imbuhan lebih baik untuk pemain.

Menurutnya, setiap pemain Singa Utara menerima imbuhan sekurang-kurangnya RM27,000 ketika Perlis menjuarai Piala Malaysia 2004 dan kali ini jumlah itu akan ditingkatkan lagi.

Bagaimanapun katanya, jumlah bonus itu tidak terlalu besar kerana mengambilkira pendapatan PFA yang terhad khususnya daripada penajaan dan kutipan tiket.

Shahidan menambah, sebahagian besar daripada pemain dan pegawai pasukan itu akan terus dikekalkan bagi meneruskan cabaran musim depan.