Lila's Korner

 

   
   

Mutiara Kata

 

 

 

Jari Bergerak Menulis; Dan, Setelah Menulis, Tetap Bergerak Terus:  Sebab Seluruh Kesalahan Serta kecerdasanmu, Takkan Dapat Menarik kembali Atau Membatalkan Satu Baris Pun, Dan Air Matamu Juga Takkan Dapat Menghapuskan Satu Patah Kata Jua.

 
 

yang dekat itu MATI,
yang jauh itu MASA,
yang besar itu NAFSU,

 

 

 

yang berat itu AMANAH,
yang indah itu SHOLAT,
yang tajam itu LIDAH...

.

 

"Perhatikanlah  hatimu kerana ia akan menjadi fikiranmu
Perhatikanlah fikiranmu kerana ia akan menjadi perkataanmu
Perhatikanlah perkataanmu kerana ia akan menjadi perbuatanmu
Perhatikanlah perbuatanmu kerana ia akan menjadi kebiasaanmu

Perhatikanlah kebiasaanmu kerana ia akan menjadi akhlakmu
Dan Perhatikanlah akhlakmu kerana ia akan menjadi lintasan hatimu

 

 

Change your thoughts and 
              you change your world

Give me a fish and I can eat it once...
Teach me to fish and I can eat a lifetime

 

 

A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.

Pause and ponder. Think before you act. Be patient. Forgive & forget.
Love one and all. If you judge people, you have no time to love them.

 

 
 
 

Puisi & Sajak

 

 

 

"Kekasih"
 

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu

Akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matahari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

kekasih,hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi...

Oleh : Allahyarham Usman Awang

 

""Aku Cari Damai Abadi"

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi