> :: Nurul@AkademiFantasia.com.my ::
Khamis, Jun 17, 2004 | 12:49.21 EST
 
:: Konsert AF 2 :: Dikirim 17/6/04 @ 23:42 EST





Konsert Akademi Fantasia yang kedua berlansung dengan penuh gemilang malam semalam. Nurul mempersembahkan lagu "Ke Hujung Dunia" nyayian Siti Sarah. Pada awalnya saya menjangka Nurul tidak akan mampu membawa lagu tersebut dengan baik kerana dalam latihan kelihatan suara Nurul agak tenggelam. Namun, semasa persembahan Nurul berjaya mempersembahkan lagu tersebut dengan cukup baik dan saya rasakan dia dapat pergi jauh. Cuma, Nurul tetap "diperbudak-budakkan" oleh Aznil yang seakan-akan melayan Nurul seumpama anak kecilnya sendiri hehe. Mungkin patut juga Dato' Yusuf Haslam mengambil Nurul untuk berlakon dalam filem kanak-kanak (macam kata Aznil). Kedudukan undi untuk Nurul masih tidak berada dalam Top 5, dan kemungkinan untuk disingkirkan tetap ada. Oleh itu, apa kata kita pakat-pakat pangkah Nurul? Keseluruhannya, untuk menyampaikan lagu cinta dengan baik perlukan pengalaman, dan ternyata Nurul masih kurang dalam aspek tersebut. Mungkin patut juga Nurul bercinta, tapi persoalannya DENGAN SIAPA? Apa komen anda?

<>
Aznil:Orang kata Nurul serupa Fauziah Latiff. Ye ke?
Nurul:Tak tahu..
Aznil: X de kot..Nurul npk mcm Ramlah Ram je..


1 | 2 | 3 | 4 | 5 « «

 


:: Menu ::

:: Berita Terkini ::

(::) Undilah Nurul (::)
Untuk menghantar undian, tekskan AFUNDI(ruang)(nama gelaran pelajar) dan hantar ke 32999. Contoh
AFUNDI(ruang)NURUL


Hantar ke:
 
:: Undilah Nurul :: Seorang gadis yang manja, kadangkala mengada-ngada, penuh berbakat, seorang yang pemalu namun kaya dengan budi bahasa...:: Undilah Nurul ::
All Content © 2004 by CampusStudent
Designed By CampusStudent for Nurul