PERJALANAN INI Terlalu banyak perkara yang terjadi Terlalu banyak menghiris hati Ramai memohon simpati Dari keluarga, rakan taulan, kenalan juga kekasih hati Terlalu ramai menagih kudrat, keringat Adakah aku dijadikanNya untuk menjaga hati perasaan insan? Lantas jiwa lara terhiris, rentung terbakar Adakah aku dilahirkan untuk disakiti hati dan perasaan berulang-ulang tanpa sempadan? Kurang pengertian ini Semakin lanjut usia semakin diri di duga Perjalanan demi perjalan hidup ini Aku melihat betapa rakusnya manusia di sekelilingku bertopeng syahdu, pilu sendu meminta pergertian, simpati serta belas kasihan dariku di atas nama pengorbanan Adakah lahirku hanya untuk berkorban? Aku seperti kalian, insan punya masa dan kasih Janganlah semua itu dituntut dariku Apa yang bakal tinggal nanti andai semua itu aku serah kepadamu? Aku enggan menjadi manusia berkepentingan sendiri Namun janganlah menadah lebih dari apa yang sempatku sedekah 11 March 2003 12.10 pagi |
KEKASIH HATI Dalam kesepian terimbau kenangan Bukan tiada cinta bukan tiada sayang Hanya Tuhan sahaja tahu sejauh mana ikhlasku Aku di sini penanti sepi Tiada arah untuk menoleh Tiada bayangan untukku gapai Hanya Coretan luahan hati darimu aku baca Kita merindu bersama Adakah balasan ini buat kita? Tiada dapat aku menahan Keluhan hati nan panjang ini Tiada suaramu Lenyap panggilanmu Tiada pertemuan seperti dahulu Jauh sekali utusan siang Kerana rajuk nan panjang Namun tidak mengapa sayang Dengarlah dendangan dariku..... Izinkan ku sentuh wajahmu...... Di kala aku merindu ~~~~ Terjerat sayu....... Dari ingatanku ~~~~ Biarku belai rambutmu..... Dari jemariku ~~~~ Janganlah ragu...... Ku di hadapanmu ~~~~~ |
..... and for some reason you couldn't be at 'that' place anymore... that place is the place in my heart meant for you..... |
11 March 2003 11.00 malam |
ITULAH MIMPIKU 2 Kelmarin aku bermimpi lagi Bermimpi akan dirimu Cuma kali ini amat berbeza sekali Kerana mimpiku adalah di kala Dirimu masih kecil Waktu persekolahan dalam darjah satu Wajahmu saling tak tumpah seperti sekarang ini Cuma raut itu masih anak-anak lagi Maklumlah baru darjah satu Aku melihat telatahmu Mengikut arahan guru di kala itu Dikau menggelengkan kepalamu "Saya tak tau cikgu..." Lantas aku bertanya padamu... "Kenapa tak tahu, saya tahu awak boleh melakukannya..." Dengan tersenyum yang penuh bermakna Itulah jawapan yang dirimu berikan padaku Alahaiii... bukan aku tak masak dengan sikapmu itu Tidak suka menonjolkan kepandaianmu Terbangun aku untuk solat subuh Dalam hati berkata 'Termimpi abang lagi...' Lalu doa aku panjatkan buatmu Agar dikau berbahagia selalu Dari 'baby' mu Untuk 'Abang Sayang' ku. 09 April 2003 12:50 tengahari |