<BGSOUND src="//www.oocities.org/panca_delima/yamaulai.mid">
DALAM PENCARIAN PERISIAN HATI......

Sepertimana dirimu, aku juga ingin menikmati kasih dan sayang dari seorang lelaki, kekasih, juga seorang suami. Itulah fitrah insani. Itulah lumrah kehidupan lelaki dan wanita, yang mana mereka menuntut hak mereka; keinginan untuk disayangi. Walaupun tiada raungan mahupun suara melaungkan kata hati mereka, tapi aku faham; sifat kasih mengasihi pasti terselit di ruang jauh di sudut sanubari.

Sebagai seorang wanita, kekasih dan juga Insya Allah seorang isteri; aku mahu mencurahkan kepada suami yang menghargai kasih sayangku. Bagi diri ini, tiada apa yang lebih membahagiakan - melihat dan merasai di dalam sanubari yang mana kekasih hati iaitu suami - gembira disampingku. Ketenangan pasti dapat kita nikmati bersama dalam perjalanan hidup sebagai suami isteri.

Tiada lain yang aku pinta hanyalah keikhlasan dia menerimaku seadanya, kesetiaan, kejujuran, kesefahaman, keimanan, kesabaran dan juga aset yang terpenting iaitu curahan kasih sayang yang tiada berbelah-bagi. Adakah permintaanku ini terlalu tinggi? Aku kira ini juga menjadi harapan bagi setiap lelaki; agenda utama ciri-ciri dalam mencari seorang isteri.


Bukanlah aku seorang sasterawan
Jauh sekali seorang budayawan
Ianya terhasil dari luahan perasaian
Telah ku cuba pelbagai cara
Namun.... kepada puisilah aku selesa....
DARI MATA PENAKU

Dari mata penaku
Mengalir tinta dari gerak jari
Menari-nari tarian hati
Rentak pilihan sanubari
Kertas putih medan ilham ini
Luahan rasa kalbu
Cernaan lakaran minda
Melayang dalam angan-angan
Ku sergamkan sebuah impian
Akan dikecapi jadi kenyataan
Ku bentangkan soalan cinta
Ku siapkan jawapan sayang
Ku bingkiskan rawan rindu
Ku sisipkan sebahagian ilmu
Ku titipkan doa buatmu
Sedih pilu cetusan alam
Sayu rindu catatan hati
Pengamatan di kejauhan
Pengalaman juga perasaian
Ku kongsi bersama jadikan teladan
Selagi usia dipinjamkanNya
Ilham pasti tercerna
Dari mata penaku....
Soalan-soalan Jubilee Perak yang pernah ditanya....
1) Lelaki Idaman?
2) Kriteria-kriteria yang saya idamkan dalam memilih pasangan?
3) Adakah saya terlalu memilih dalam pencarian seorang suami?
Nama : Maya Binte Esa

Nama Pena : Taman Adinda

Usia : Rahsia Beta... (macam cerita bangasawan pulak ye... esshhh.. awak punnn..)

Makanan Kegemaran :
Ayam masak merah, sambal goreng, sambal tumis, asam pedas ikan pari (wuiiihh terangkatttt), yang ni lagi beshhhh ahh... buburrr.. tak kisah la bubur apa pun.. janji buburrrrr...

Buah-buahan : cat's eyes.. (mata kucing daaaaa...)

Rancangan yang digemari :
The Adventures of Tin Tin, MTV BOOM, kartun CARDCAPTORS SAKURA, kartun Beetlejuice, Rancangan Discovery, Ripley's Believe It Or Not dan cerita-cerita lama seperti Ibu Mertuaku dan Panca Delima (my all time favourite)

Penyanyi dan Kumpulan yang digemari:
Aisyah, Nora, Ziana Zain, Nassier Wahab dan Kumpulan Nasyid RAIHAN.

Hobby : Melancong, membaca, menulis/mengarang cerpen serta puisi

Tempat-tempat yang pernah saya lawati :
Malaysia - Sabah saja yang belum saya jelajah
Indonesia - Medan, Tanjung Pinang dan Batam
Saudi Arabia - tempat bersejarah
Jordan - negeri yang berbukit-bukit dan nilai matawang yang agak tinggi
Israel/Palestine - negeri ni pun berbukit-bukit juga...

Tempat-tempat yang ingin saya lawati :
Mesir, Iraq, Turki, Spanyol, Tunisia, New Zealand dan banyak lagi....

Cita-cita : Pendandan rambut professional, Make-up artiste dan peniaga runcit

Profession : Tidak ada kena-mengena langsung dengan cita-cita saya
!
Bak kata pepatah,"tak kenal maka tak cinta", tentu sekali anda tertanya-tanya siapakah dia Taman Adinda setelah anda melayari lembaran demi lembaran lelaman saya ini. Di bawah ini telah diperturunkan sedikit profil saya.
Ok.. cukuplah tu eh... yang lain nak kena simpan... simpan kat muzium. Nanti bilang orang banyak-banyak .. takdak thrilll ahhh....
Email me...
You need Java to see this applet.