Debaran di tingkat 38:Elly mengadap Lembaga Displin Umno pagi ini

KUALA LUMPUR,Rabu 2 Okt - “Enam Jahanam” ialah gelaran popular yang diberikan oleh para penyokong Ketua Penaja Puteri Umno,Azalina Othman Said untuk mencetuskan pandangan negatif orangramai terhadap kumpulan bekas Exco dan kakitangan pejabat Puteri yang menentang kepimpinannya.
Mereka terdiri dari Exco Puteri yang masih memegang jawatan tetapi “dibekukan” Rohaya Atan dan Noorliza Abu Hassan,bekas Exco Erma Fatima,bekas Setiausaha Kerja , Maz Ayu Mahadi,bekas pembantu tidak rasmi Azalina, Elly Zalilah Yusof dan seorang lagi bekas Setiausaha Kerja,Nazariah Said.

Kecuali Erma yang kini menghadiri Festival Filem Asia di Seoul,Korea Selatan dan Noorliza yang ada urusan lain,Rohaya,Maz Ayu dan Nazariah akan menyertai Elly untuk mengadap Lembaga Disiplin Umno yang akan bersidang di tingkat 38 Ibupejabat Umno,PWTC jam 10 pagi ini.

Mereka dijangka akan disertai oleh beberapa rakan lain yang terdiri dari bekas kakitangan pejabat Puteri.

Mastina Hamid,bekas Ketua Penerangan Puteri Umno dan dibariskan sebagai anggota "Enam Jahanam"dikatakan tidak hadir kerana menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri.

Sekalipun disebut dengan angka "enam" bersempena dengan jumlah penentang utama itu tetapi terdapat ramai lagi yang tidak puashati dengan kepimpinan Azalina dan mendokong mereka dari belakang secara low profile .

Elly dipanggil oleh lembaga yang di pengerusikan oleh Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen itu untuk mendengar pertuduhan atau membuat pengakuan bersalah atau tidak atas surat tunjuk sebab mengapa tindakan displin tidak boleh diambil terhadapnya kerana melanggar tataetika ahli Umno.

Melalui surat yang dihantar kepadanya bertarikh 24 September,lembaga itu mendapati Elly telah melanggar Perkara 3 tataetika itu kerana mengadakan sidang akhbar di Hotel Quality ,Kuala Lumpur pada 12 September yang dianggap mencela dan memfitnah Azalina.

Sekiranya Elly tidak mengaku bersalah,Elly diwajibkan memberi keterangan secara bertulis atau menghadapi sessi lembaga itu dengan membawa bersama bukti-bukti,dokumen-dokumen atau saksi untuk pembelaan.

Elly dijangka pasti tidak akan mengaku bersalah pada pertuduhan berkenaan dan Rohaya,Maz Ayu serta Nazariah akan bertindak sebagai saksi untuk membantu membela rakan mereka itu.

Erma pula telah meningalkan surat untuk diserahkan kepada lembaga itu menyatakan kesediaannya menjadi saksi membela Elly dalam sessi seterusnya sekembalinya dari Korea Selatan pada 5 Oktober ini.

Mereka dikatakan sepakat untuk berdiri teguh dibelakang Elly bagi mempertahankan dakwaan antara lain mengenai penyelewengan keatas harta dan dana Puteri Umno serta kepincangan kepimpinan Azalina.

Seorang jurucakap kumpulan itu berkata mereka menerima pertuduhan terhadap Elly sebagai satu proses yang perlu dilalui dalam perjuangan mereka untuk membetulkan kepimpinan pergerakan itu.

“Banyak orang yang hairan mengapa Elly yang membuat laporan itu sebaliknya dia perlu menjalani “perbicaraan” dulu dan tidak Azalina.Kami akur dengan apa sahaja langkah yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan asalkan kebenaran dan keadilan dalam isu ini dapat ditegakan,”katanya.

Katanya setakat ini mereka menaruh keyakinan penuh pucuk pimpinan akan bertindak menyiasat sedalam-dalamnya dakwaan mereka yang disampaikan menerusi laporan kepada Lembaga Displin Umno.

“ Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah menyatakan Azalina akan disiasat.Kami menanti untuk mendapat kepastian dan penyelesaian keatas isu ini,”kata jurucakap itu.

Sehingga berita ini ditulis,tidak dapat dipastikan samaada Lembaga itu akan membuat keputusan terus hasil dari sessi hari ini atau mengadakan sessi seterusnya.

Selain kepada lembaga itu,Elly juga akan membuat laporan polis pada 11 Oktober terhadap Azalina.

Sementara itu sumber-sumber pejabat Puteri memberitahu pihak Azalina sedang berkerja keras menyiapkan segala keperluan pembelaan untuk menjawab dakwaan yang dibuat oleh kumpulan ini.
Mereka tidak rasa apa yang kami lalui…

KUALA LUMPUR,Rabu,2 Okt - Kumpulan yang menentang kepimpinan Azalina Othman Said tidak setuju dengan pandangan sesetengah pemimpin Umno yang merasakan mereka tidak perlu “buat bising” dan membiarkan Ketua Penaja Puteri Umno itu terus memimpin pergerakan itu cuma selama sepenggal sahaja.
Serentak dengan itu mereka juga kesal dengan sikap tidak ambil berat dan buat tidak kisah kalangan pemimpin Umno terhadap isu mereka dengan Azalina sekalipun ia sudah lama dibangkitkan dari semasa ke semasa.

Seorang jurucakap kumpulan itu berkata kalangan pemimpin Umno dan orangramai cuma buka mata bila Elly Zalilah Yusof bertindak membuat laporan polis dan laporan kepada Lembaga Disiplin Umno. Jurucakap itu diminta mengulas satu tinjauan rambang Agendadaily yang mendapati ada di kalangan pemimpin Umno yang memandang dingin isu kemelut Puteri kebelakangan ini.

Mereka merasakan biarlah Azalina terus memimpin Puteri kerana kelayakannya cuma sepenggal sahaja kerana sudah nak masuk usia 40 tahun.

Jurucakap itu berkata sikap tidak ambil berat seperti itu amat tidak wajar kerana mereka berpendirian "yang salah tetap salah" dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Lagipun,katanya sesuatu penyakit jika tidak diubat pada peringkat awal maka apabila parah sudah tidak guna lagi nak berubat.

“Isu ini sudah lama.Selain menjadi isu sensasi semasa disiarkan berturut-turut oleh akhbar tabloid Perdana Sari kami telah membawa soal kepincangan kepimpinan Azalina untuk pengetahuan beberapa pemimpin tetapi sampai akhirnya tidak ada sebarang usaha untuk mencari kebenaran dan keadilan dalam soal ini,”katanya.

Katanya mereka mungkin tidak ambil pusing kerana ia tidak berkait dengan kepentingan mereka serta mungkin nak play safe kerana sebab-sebab tertentu.

“Kami yang melalui semua ini.Kami yang ada bersama Azalina.Kami tahu apa yang berlaku, apa yang wajar dan tidak wajar.Kami merasakan terdapat banyak hal yang buat kami tegas merasakan dia tidak wajar dibenarkan memimpin Puteri,”katanya.

Menurut jurucakap itu berkata kebanyakan perkara yang mereka dedahkan ini tidak dialami oleh diketahui kalangan ahli kebanyakan Puteri di negeri-negeri.

Beliau mengambil contoh kes bekas Timbalan Perdana Menteri datuk Seri Anwar Ibrahim dimana cuma dikalangan lingkungan tertentu sahaja yang tahu hingga menyebabkan penyokong reformasi hingga ke hari ini tidak percaya pada dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Katanya sama dalam hal dakwaan mereka terhadap Azalina kerana mereka berada dalam lingkungan yang membuatkan mereka terdedahnya hal-hal itu.

“Kami semua pernah rapat dan berkerja dengannya,kami bukan cakap perkara-perkara yang kami dengar tetapi alami sendiri.

“Sebenarnya ada juga ahli Exco sekarang serta kalangan Ketua Puteri negeri tahu kebenaran dakwaan kami.Sedihnya mereka takut nak bercakap kerana lebih pentingkan kedudukan mereka dari perjuangan untuk kebenaran.

“Saya malas nak sebut nama-nama mereka,tetapi mereka tahu kisah-kisah ini.Apa nak buat mereka terus jadi tukang angguk kerana takut hilang jawatan dan macam-macam lagi.Kami sedih kalau ahli-ahli Puteri dibentuk jadi tukang angguk sahaja dan tidak berani tampil dengan sikap dan pendirian yang tegas hendak menegur perkara yang tidak betul.,”katanya.

Jurucakap itu berkata lagi mereka tidak patah semangat melihat sehingga setakat ini Azalina dan orang-orangnya menyapu bersih semua pencalonan.

“Apa nak buat ahli-ahli Puteri itu di bahagian-bahagian itu tak tahu apa tentang ini.Mereka cuma ikut kehendak Ketua Puteri negeri dan bahagian sahaja.Mereka terlalu baru dalam politik jadi trend ini tidak menghairankan.

"Cubalah kami berpeluang pergi dari bahagian ke bahagian menerangkan apa yang sebenarnya kami tahu saya tidak fikir Azalina boleh tidor lena kerana dia tahu apa yang kami cakap ini adalah betul,”katanya.

Katanya sekalipun mereka diberi gelaran “Enam Jahanam” perjuangan mereka bukanlah hendak menjahanamkan Puteri tetapi menentang kepincangan kepimpinan Azalina sahaja.

“Jangan silap faham dalam soal ini.Penyokong-penyokong Azalina cuba puterbelitkan hakikat sebenar dan cuba mencorakkan seolah-olah kami ini kumpulan perosak,”katanya.

Jurucakap itu berkata lagi mereka telah melalui macam-macam pengalaman sewaktu dibarisan depan Puteri dan selepas “terbuang”.

Ada diantara mereka telah dibuang kerja oleh majikan kerana bimbang dituduh melindungi atau sponsor “Enam Jahanam”, difitnah sehina-hinanya oleh laman-laman web yang dibayangi oleh Azalina ,disekat menyertai program Puteri dan yang teruk sekali dipandang serong oleh pemimpin Umno.

“Mengadu sana mengadu sini,masuk telinga kanan keluar telinga kiri…keadaan begitu juga…tetapi kami tidak berputus asa dalam perjuangan menegak kebenaran ini.

"Sebenarnya fikir-fikir memang tak ada apa-apa untung kami bersusah payah begini.Lebih baik dan mudah jadi tukang angguk macam kebanyakan ahli Puteri sekarang.

"Kami sedar dalam perjuangan ini kami perlu melalui berbagai liku cabaran.

Apa yang nak hairan misalnya dalam kes Datuk Seri Anwar sendiri Perdana Menteri,Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad pernah mengakui diperingkat awal diberitahu oleh beberapa pihak termasuk oleh bekas Ketua Polis Negara, beliau tidak percaya.


"Azalina berkuasa sekarang.Dia kenal ramai diatas,maka senang dia nak pengaruhi orang di Majlis Tertinggi,Perhubungan Negeri dan bahagian-bahagian.Siapalah kami ini...jadi janganlah hairan ada kalangan pemimpin Umno yang bersikap dingin atau memandang remeh terhadap isu ini,"katanya.
Add your text here
Wajah-wajah yang menyimpan 1001 satu macam kisah Azalina…

Jika Allahyarham Tan Sri P.Ramlee masih hidup,beliau mungkin terkejut melihat anggota kumpulan "Enam Jahanam" versi 2002 yang tersadai dalam lamunan masing-masing sementara menanti prosiding Lembaga Displin Umno selama lima jam di Ibupejabat Umno Rabu
Disebalik wajah rakan-rakan Elly Zalilah Yusof ini ,tersimpan banyak cerita.

Banyak kisah suka duka dilalui selama mereka duduk dibawah naungan Ketua Penaja Puteri Umno Azalina Othman Said dulu.

Ada yang tiga bulan dan ada yang sampai dua tahun .

Dari kiri Rohaya Atan,(baju kurung hijau)wartawan akhbar Utusan Malaysia masih memegang jawatan Exco tetapi pada status “beku”.

Ditengah sekali Nazariah Said,bekas Setiausaha Kerja.Sebelahnya Mazayu Mahadi juga bekas Setiausaha Kerja dan kanan sekali sedang membaca suratkhabar,Shalina Azhar,bekas Setiausaha Akhbar Puteri Umno.

Mazayu misalnya melalui pengalaman nyaris ditampar oleh Azalina kerana menegur Azalina tentang tindak tanduk rakan karibnya ,Datin Sabrina Syed Agil membawa masuk sekumpulan pondan ke rumah terbuka Azalina pada hujung tahun lalu.

Akibat kejadian itu dia “ditekan” dan mengambil keputusan meletakan jawatan.Dia juga melalui tragedi dibuang kerja oleh majikannya kerana takut kalau-kalau dituduh sponsor kumpulan “Enam Jahanam”.

Shalina yang paling muda dan graduan dalam bidang komunikasi dari sebuah universiti di Amerika Syarikat ini ada membuat pengakuan kepada Agendadaily bagaimana Ketua Penaja Puteri Umno itu begitu cenderong menyuruh exco dan kakitangan pejabat Puteri berpakaian seksi sewaktu hendak mengadakan pertemuan dengan VIP.

Sekalipun bertugas cuma tiga bulan dia mendapati sifat Azalina yang sepatutnya memelihara martabat wanita ,amat mengeciwakan.

Nazariah,lulusan sebuah universiti di United Kingdom,antara lain melalui fitnah laman web dibayangi Azalina menjadi “dayang” Mastina Hamid,bekas Ketua Penerangan Puteri yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri.

Dia “ditekan” hingga menyebabkan terpaksa meletakan jawatan semata-mata kerana berkawan baik dengan Mastina.

Nazariah yang dikenali oleh teman-teman seorang yang tekun berkerja, asalnya masuk dengan penuh semangat untuk sama-sama membangunkan Puteri.

Sekalipun masih sah memegang jawatan Exco,Rohaya pula antara lain pernah disekat dari masuk ke satu majlis Puteri dimana dia dijadualkan membentangkan kertas kerja.

Sifatnya yang banyak mulut dari pembawaannya sebagai wartawan dan sering kritikal dikatakan membuatkan Azalina jadi kurang senang padanya.

Sewaktu menyertai Puteri Umno dulu ,mereka tidak pernah menduga mereka akan melalui nasib seperti yang dilalui sekarang hingga digelar oleh orang-orang Azalina sebagai "Enam Jahanam".

Kehadiran mereka di tingkat 38 ibupejabat Umno adalah atas semangat setiakawan untuk memberi keterangan membela Elly yang diberi tunjuk sebab oleh lembaga disiplin parti itu mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya kerana melanggar tataetika ahli Umno.

Ini kerana Elly membuat sidang akhbar mengenai laporan polis yang dibuatnya tentang dakwaan penyelewengan harta dan dana serta kepincangan kepimpinan Azalina.

Mungkinkah ada banyak lagi kisah-kisah “menarik” yang tidak disampaikan dalam laporan setebal buku panduan telefon yang diserahkan kepada Lembaga Disiplin Umno?

Agendadaily mendapat tahu ada lagi insiden yang dikatakan boleh membuat orang yang mendengarnya bertanya balik "betulkah sampai begitu sekali ?"
Zalilah nafi langgar etika parti


KUALA LUMPUR, Rabu – Bekas Exco Puteri Umno, Zalilah Yusof, yang membuat laporan polis terhadap Ketua Penaja, Azalina Othman Said, tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan melanggar tata etika parti itu ketika dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini.

Sebaliknya, beliau memohon lembaga itu menyiasat masalah dan aduan yang dibuatnya terhadap Azalina dengan mengemukakan empat saksi dan bukti kepada lembaga berkenaan.

Zalilah berkata, beliau sudah menjawab segala-galanya kepada Lembaga Disiplin parti dan menyerahkan perkara itu kepada badan berkenaan untuk membuat keputusan.

“Saya serahkan kepada Lembaga Disiplin untuk menentukan dan saya harap tidak akan ada sikap berat sebelah dalam penyiasatan. Saya tidak mahu mengulas lanjut,” katanya kepada pemberita selepas beliau dan empat saksinya memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin Umno di ibu pejabat parti, di sini.

Zalilah, yang membuat laporan polis terhadap Azalina diberi surat tunjuk sebab oleh lembaga itu kerana melanggar peruntukan 3, 4.1 dan 4.2 Tata Etika Ahli Umno.

Beliau memberi keterangan kepada
pengerusi lembaga, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen dan dua anggota lembaga, iaitu Tan Sri Zaki Tun Azmi dan Datuk Alias Ali.

Saksi yang dikemukakannya ialah
Exco Puteri Umno, Siti Rohaya Atan, bekas Setiausaha Sulit Azalina, Mazayu Mahdi, bekas Setiausaha Akhbar Azalina, Shalina Azhar dan bekas Setiausaha Kerja Puteri Umno, Nazariah Said.

Tengku Rithauddeen enggan memberi sebarang kenyataan ketika ditemui pemberita walaupun didesak, sebaliknya berkata media akan dimaklumkan mengenainya kemudian.

Mengikut peruntukan 3 Tata Etika Ahli Umno, Elly didakwa mengancam atau mengugut Azalina dengan tujuan mendorong atau memaksa orang untuk tidak mengundinya pada pemilihan parti ketika sidang akhbar di sebuah hotel, di sini pada 12 September lalu.

Di bawah Perkara 4.1 pula, beliau didakwa membuat fitnah, mencela dan mengeji Azalina, Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari Puteri UMNO melalui pernyataan yang kemudian disiarkan melalui media.

Elly juga didakwa melanggar Perkara 4.2 dengan menjadikan diri sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi pihak calon dengan tujuan mempengaruhi pemilihan peringkat Puteri Bahagian dan Pusat.

Selain Elly dan saksinya, turut dipanggil untuk perbicaraan adalah Penolong Setiausaha Penaja Puteri Umno, Noraini Ahmad dan bendahari, Norzaliza Alias .
Add your text here
Erma Fatimah,



Raja Emilia, Nazlina Nazir, Mas Ayu, Shalina Azhar, Elina Kamarulzaman, Erra Fazira and Nasariah Said.

Two others – Rohaya Attan

and Habibah Shariff
Puteri
Leaders