Sejarah Penubuhan Puteri UMNO
Selepas UMNO berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk ‘melahirkan’ seorang Puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.

Idea ini kemudiannya diberikan mandat kepada seorang peguam muda yang komited terhadap UMNO, Cik Azalina Othman Said bagi penyediaan kertas kerja. Setelah perbincangan dan perbahasan diadakan maka MKT sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Puteri UMNO Malaysia atau Singkatannya Puteri UMNO. Justeru, pada 9 April 2001 hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum.

Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara professional dalam parti di kalangan wanita muda, Cik Azzalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberpaa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.

Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara Malaysia yang berstatus Bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh mendaftar untuk menjadi ahli Puteri UMNO.

Kini, Puteri UMNO berada di mana-mana. Di kota ada Puteri UMNO, di kampung ada Puteri UMNO. Di seberang laut ada Puteri UMNO. Keahliannya sesiapa saja sesiapa saja tanpa mengira kedudukan sosiala mereka. Paling penting ialah niat untuk berjuang dan memajukan agama, Bumiputera, Islam dan bumi Malaysia.

Puteri UMNO akan dilancarkan secara rasmi oleh YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, 3 Ogos ini. Insya-Allah.

Alamat perhubungan Puteri UMNO Malaysia adalah seperti berikut :-

01) Ibu Pejabat Puteri UMNO Malaysia, Suite 7, Level 7, Menara Dato’ Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Tel. No. :- 03 – 40413900/03 – 40413779. Homepages :- http://www.puteriumno.com.my 

02) Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, d/a Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Bangunan UMNO Wilayah Persekutuan, 16 Tkt. 1 & 2, Lrg. Medan Tunku 1, 50300 Kuala Lumpur. Tel. No. :- 03 – 26922442 / 03-26923441

03) Puteri UMNO Negeri Selangor, d/a Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tkt. 8, Bangunan UMNO Selangor, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel. No. :- 03 – 5312020 / 03 - 5312005

04) Puteri UMNO Negeri Perak, d/a Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Tkt. 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridwan. Tel. No. :- 05 – 2530471 / 03 – 2530470 
05) Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang, d/a Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Tkt. 5, Menara UMNO, 128 Jalan MacAlister, 14000 Pulau Pinang. Tel. No. :- 04 – 2294846 / 04 - 2294897

06) Puteri UMNO Negeri Perlis, d/a Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Bangunan UMNO Negeri, Medan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan. Tel. No. :- 04 – 9764929 / 04 - 9767597

07) Puteri UMNO Negeri Kedah, d/a Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Tkt. 7, Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel. No. :- 04 – 7315610 / 04 - 7315612

08) Puteri UMNO Negeri Kelantan, d/a Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Bangunan UMNO Negeri, Jalan Tengku Chik, 15000 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim. Tel. No. :- 09 743303 / 09 - 7486213

09) Puteri UMNO Negeri Terengganu, d/a Badan Perhubungan Negeri Terengganu, Bangunan UMNO Negeri, 69 Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terangganu, Terangganu Darul Iman. Tel. No. :- 09 – 6232779 / 09 - 6229498

10) Pueteri UMNO Negeri Pahang, d/a Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Tkt. 1, Bangunan UMNO Negeri, Jalan Haji Abdul Aziz, 25000 Kuantan, Pahang Daruk Makmur. Tel. No. :- 09 – 5527077 / 09 - 5527992

11) Puteri UMNO Negeri Johor, d/a Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Lot 12642, Jalan Yahya Awal off Jalan Ariffin, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tel. No. :- 07 – 2245902 / 07 - 2235604

12) Puteri UMNO Negeri Sembilan, d/a Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Tkt. 1, Wisma UMNO, Jalan Dato’ Sheikh Ahmad, 70000 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel. No. :- 06 – 7622726 / 06 – 7635081, H/P :- 012 – 6836098

13) Puteri UMNO Negeri Melaka, d/a Badna Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Aras 7, Graha UMNO, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka. Tel. No. :- 06 – 2841760 / 06 - 2840414

14) Puteri UMNO Negeri Sabah, d/a Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Tkt. Bawah Blok c, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu, Sabah. Tel. No. :- 088 – 244192 / 088 245196, H/P :- 019 - 8729122
main

Click to subscribe to puteri-UMNO