1. "Ya
Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas
solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya
Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati
kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat
pelupa & gugup akan hilang
dengan izin Allah.
3. "Ya
Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia
merasa cinta & kasih serta
sayang terhadap kita.
4. "Ya
Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan
berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya
Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir
matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua
penyakit hati seperti sombong, iri hari,
dengki dll.
6. "Ya
Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani
kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga
badan menjadi segar sihat &
sejahtera.
7. "Ya
Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga
& segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara
& aman dari segala macam gangguan
yang merosakkan.
8. "Ya
Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak,
Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang
& bersih.
9. "Ya
'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah,
kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang
kerana penuh kewibawaan.
10. "Ya
Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. "Ya
Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan
bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh,
bahkan mereka akan menjadi
pembantu yg setia.
12. "Ya
Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang
ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran ,
amalan ini akan memberikan otak kita
cerdas dan cepat tangkap (faham).
13. "Ya
Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit,
dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh
dari penyakit tersebut.
14. "Ya
Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,
maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka
puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x,
kemudian diminum air tersebut untuk
berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian
pada waktu hendak berjimak, bacalah
zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan
anak yang soleh.
15. "Ya
Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)
bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan
diampunkan dosa-dosa kita.
16. "Ya
Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia &
InsyaAllah orang- orang yang selalu
memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya
Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang
selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. "Ya
Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat
subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang
halal & membawa berkat. Rezeki
akan datang tanpa diduga!! tetapi
perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya
Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati
kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima
nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!"
dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya
Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan
semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya
Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah
usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya
Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci,
khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan
ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai
musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya
Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x,
InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan
selamat & terhindar dari kecurian.
25. "Ya
Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua
jabatan atau perniagaan.
26. "Ya
Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang
berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar
& membayar hutangnya kembali.
27. "Ya
Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul &
pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut
kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah
solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. "Ya
Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu
diberikan taufik & hidayah dari
Allah.
29. "Ya
Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci,
InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu- ilmu agama & membantu kecepatan
mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya
Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5
waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!"
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para
peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan
jualannya menjadi laris &
maju.
32. "Ya
Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah
yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman
atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya
Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima
waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat
atau apa saja, InsyaAllah
dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya
'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila
dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada
tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya
Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini
dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan
diterima taubatnya oleh Allah.
36. "Ya
Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan
terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan
dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting &
terdesak.
37. "Ya
'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini
sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin &
diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah
mujarab.
38. "Ya
Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut
gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci
sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat
malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya
Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan
terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam
hutan.
40. "Ya
Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di
dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir
ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat &
segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya
Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan
zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan
meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!"
Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir,
InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang
mengkagumkan - perniagaan akan
bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya
Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di
akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya
Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang
yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan
yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang
kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
45. "Ya
Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya &
agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah
solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa
kita.
46. "Ya
Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x
setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan
hilang berkat pertolongan Allah. Andai
zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan
menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya
Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini
setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas
& lancar didalam menghafal &
mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x
setiap hari.
48. "Ya
Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap
malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang
sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga
kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. "Ya
Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga
sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak
99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh
muka. InsyaAllah semua anggota keluarga
kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai
ketua keluarga.
50. "Ya
Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada,
InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu
& hikmah.
51. "Ya
Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang
akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"!
Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah
sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya
Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau
terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan
menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya
Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita
tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan
si zalim.
55. "Ya
Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai
fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk
mengganggu.
56. "Ya
Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka
amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan
kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang
bersifat dengki.
57. "Ya
Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa
hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. "Ya
Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan
didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan
zikir ini sebanyak mungkin sesudah
solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!"
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil,
maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....
60. "Ya
Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya,
amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan
hasilnya.
61. "Ya
Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya
Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan
sebagainya.
63. "Ya
Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam
menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya
Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa
yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh
setiap manusia, ingin berwibawa,
ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn
"Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya
secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala
hajat.
65. "Ya
Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah
terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya
Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya
Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat
ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama
satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis,
Insya Allah...
68. "Ya Somad!
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada
Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar &
sentiasa.
69. "Ya
Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka
amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya
Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar
secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana
zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya
Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata
"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan
berhasil".
72. "Ya
Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah,
perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya
Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan
Allah.
74. "Ya
Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu
bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya
Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di
tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar
serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya
Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah
solat fardhu.
77. "Ya
Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi &
petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu
hatinya dibuka oleh Allah.
Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. "Ya
Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan
mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka
bacalah zikir ini sebanyak mungkin
sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa
dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya
Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala
apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya
Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa &
ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah
diberikan petunjuk kembali ke
jalan yang lurus.
81. "Ya
Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak
melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali
sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt
pertolongan Allah.
82. "Ya
'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya
Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau
sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul
Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal
& tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat
fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya Zul
Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama
sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai
dengan pertolongan Allah.
86. "Ya
Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah
Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka
yang mengamalkannya.
87. "Ya
Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari
dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang
tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan
pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya
Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil
& kekayaan yang kita perolehi itu
akan mendapat berkat.
89. "Ya
Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia &
akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan
tercapai.
90. "Ya
Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu
menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan
terhindar dari orang-orang yang zalim
& suka membuat angkara.
91. "Ya
Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita
untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah
puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat
sembuh.
92. "Ya Naafi'
"! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap
hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan
sembuh, & bagi orang yang susah
akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya
Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi,
barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun
kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini
setiap pagi & petang.
94. "Ya
Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu,
kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah
akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya
Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi
memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat
fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan
hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya
Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi
punca rezeki tidak akan mudah
terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. "Ya
Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau
sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan
zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi
petunjuk sehingga usaha kita akan
berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya
Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun
biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan
menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka
perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala
usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak
berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah
bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai
orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan
kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari
harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan
yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk
melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon
SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai
dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w
& para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah
dan sebagainya).
Di dalam hati
manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali
menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati
manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan
Allah swt
Di dalam hati manusia
ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati
manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu
dan berjumpa denganNya
Di dalam hati
manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan
laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga
menemuiNya
Di dalam hati
manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali
kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan
berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia
dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat
hati sihamba itu.