Perubahan Personaliti Seiring Dengan Usia Sebelum ini teori mengaitkan bahawa personaliti seorang dewasa terbentuk apabila mencecah usia 30 tahun. Bagaimanapun, kajian yang dijalankan terhadap lebih 130,000 orang dewasa yang berusia antara 21 hingga 60 tahun mendapati, personaliti seseorang berubah sepanjang hayat mereka dan bertambah baik. Menurut para penyelidik, lelaki dan wanita yang melangkaui usia ini lebih bersependapat dan berhemat. Malah, perubahan palling ketara mereka juga lebih mesra, suka membantu dan lebih pemurah. Sebahagian besar saintis percaya, kajian yang disiarkan dalam Jurnal Personaliti dan Psikologi Sosial, isu bulan ini bahawa personaliti adalah ciri-ciri diwarisi kekal sama tanpa dipengaruhi kesan persekitaran. Kelebihan Mempunyai Anak Khusus buat wanita, ada satu lagi sebab mengapa anda perlu mempunyai anak. Wanita yang mempunyai bayi baik untuk kesihatan- iaitu sekurang-kurangnya anda mempunyai tulang yang sihat. Jurnal Tulang dan Penyelidikan Garam Galian, isu Mei menjelaskan wanita yang melahirkan sekurang-kurangnya seorang anak dapat mengurangkan risiko mereka mengalami kepatahan tulang pinggul di hari tua. Dengan erti kata lain, jika lebih ramai anak yang anda miliki maka lebih tinggi tahap perlindungan yang diperolehi. Meskipun pada penyelidik masih samar-samar bagaimana kehamilan mempunyai kesan perlindungan seumpama ini kepada wanita, terdapat kemungkinan kehamilan mengubah sedikit bentuk tulang. Sekaligus, ia menguatkan otot-otot yang menyokong tulang pinggul dna mengurangkan risiko kepatahan tualng pinggul. Tubuh Bekerja Semasa Tidur Tahukah anda, tubuh anda masih bekerja sekalipun anda sedang tidur? Itulah hakikat yang didedahkan oleh Jurnal Pediatrik Endokrinologi dan Metabolisme bahawa kelenjar endokrin anda bekerja sepangjang malam, tetapi bukan semuanya bekerja pada masa yang sama. Ia bergantung sejauh mana nyenyaknya tidur anda. Hormon tumbesaran akan mula dikumuhkan pada fasa pertama tidur. Aktiviti ini berterusan semasa fasa tidur yang paling nyenyak. Prolaktin, yang memainkan peranan dalam penghasilan susu ibu dan sistem pertahanan diri, hanya dikumuhkan semasa fasa tidur nyenyak. Hormon perangsang, tiroid dan kortisol, hormon tekanan, hanya dikumuhkan selepas fasa tidur paling nyenyak habis dan anda mula bangun tidur. |