KU HARAP CINTA

Ku harap... kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Ku harap... kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawapan
Yang ada hanyalah persoalan

c/o
Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan... cinta

Ku harap..kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin dicintai
Ku harap.. kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

c/o

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan... cinta

Nowseeheart
IMPIAN KASIH

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti

Kasih ku sedari kekurangan ini
Kasih ku insafi kelemahan ini
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat ku sayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang menentukan
Impian kasih

In-Team
NUR KASIH

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

c/o
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

c/o
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan (dunia)
Mekar hidup disiram nur kasih

(doa)
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Di tanganMu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

In-Team
FATAMORGANA

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

c/o
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulang pada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabah menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Iman penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah.. Allah

Hijjaz
N

A

S

Y

I

D
N

A

S

Y

I

D
BACK TO MAIN PAGE
HOME
NEXT
BACK