LAGU - LAGU LAMA MELAYU & INGGERIS
Laman ini hanya memaparkan Lagu-Lagu Melayu dan Inggeris Lama sekitar Tahun 60an, 70an dan 80an sahaja. Ini disebabkan pada tahun tersebut banyak kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Dalam Tahun 60an aku dilahirkan dan pada umur aku 2 dan 3 tahun hanya Lagu-Lagu 60an yang sering aku kedengaran. Pada tahun 70an pula umur aku meningkat dewasa dan terlalu banyak kenangan manis yang aku alami. Dan pada Tahun 80an, aku mengharungi alam remaja pula dan ketika inilah kehidupan aku benar-benar teruji untuk melangkah ke alam yang seterusnya. Oleh itu, sebagai mengimbau segala kenangan dan memori lama dizaman itu, marilah kita dengar dan menikmati lagu-lagu yang masih segar dalam ingatan. Sebenarnya aku cuba memaparkan lagu-lagu yang belum pernah di siarkan dimana-mana website. Sekiranya ada pengunjung yang ingin mencari atau meminta lagu yang lain, silalah layari website rakan-rakan yang lain seperti Saudara Hamlau, Hassny dan Jakionline untuk mencarinya.
Lagu-lagu dalam laman ini adalah hak kepada syarikat rakaman dan hanyalah sebagai hiburan sahaja. Dapatkanlah yang original di pasaran. Semua lagu ini adalah dalam format Real Audio dan anda diminta 'download' sekurang-kurangnya real player atau realone. Dan untuk makluman juga, semua lagu-lagu hanya dimainkan secara 'streaming' saja tanpa boleh men'download' ke dalam 'hard disk'.
SELAMAT MENDENGAR
Kemaskini Kali Terakhir Pada : 17 April 2006
Sebarang komen dan pandangan sila email kepada saya rohizad@yahoo.com