| Assalamualaikum 
              warahmatullah dan salam sejahtera. Bulan Mei sudah menjelma. Namun tidak banyak bahan yang dapat dikemaskini kerana kehidupan yang mencukai waktu dan tenaga. Diharap anda masih dapat lagi bersabar kerana laman ini dibina bukan untuk dalam jangkaan waktu yang pendek, moga-moga sehingga umat Melayu masih ada. Sempena bulan Mei ini, kami telah memindah naik banyak sajak khas untuk Hari Guru yang jatuh tanggal 16 hari bulan pada saban tahun. Semoga para pelajar dapat mendedikasikan sajak-sajak tersebut buat guru-guru yang tersayang. Laman tersebut boleh dicapai di sini. Kepada mereka yang sering tertanya-tanya bagaimana 
              untuk mengirim karya mereka ke sini, semoga dapat menggunakan ruang 
              sumbangan, atau hantarkan terus 
              ke alamat sajak29@yahoo.com. 
              (Kemaskini terakhir 10 Mei 2002) Mengenai laman ini... Laman ini terbahagi 
              kepada beberapa bahagian utama iaitu:-    
              Bahagian Puisi Klasik akan memaparkan puisi-puisi 
                dahulu yang terdiri daripada pantun, syair, seloka dan, gurindam. 
                Bentuk-bentuk puisi inilah yang menjadi sumber kekayaan khazanah 
                budaya kita. Manakala Puisi Moden menyentuh tentang kehadiran 
                puisi-puisi yang semakin menyimpang dari bentuk tradisional. Sajak-sajak 
                ini kebanyakannya ditulis oleh para penulis semasa. Seterusnya, 
                Swakarya memaparkan karya-karya peribadi yang dinukil oleh pelaras 
                laman ini. Dan bahagian terakhir, Sumbangsih membolehkan anda 
                untuk menghantar karya-karya milik anda pula untuk dimuatkan di 
                laman ini.  |