PERUTUSAN  PENTADBIR

Salam Sejahtera,

Saya berasa bangga kerana sekolah ini telah berjaya menghasilkan laman sekolah . Ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga SJK (C) Pu Nan berjaya mengikut era teknologi maklumat, satu era yang menentukan jatuhbangunnya sesebuah tamadun manusia.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Muar atas segala bantuan, dorongan dan bimbingan yang diberikan hingga kami dapat merealisasikan impian sekolah untuk bergerak maju ke dunia teknologi maklumat yang terkini.

Kami memaparkan pelbagai maklumat berkenanan sekolah kami dari sejarah sekolah hingga ke hal ehwal semasa sekolah. Adalah diharapkan agar laman sekolah yang kami bina dapat memberi dorongan kepada pengunjung laman, khasnya bekas murid sekolah ini untuk memperolehi maklumat yang tidak terbilang.

Selamat mengunjungi laman SJK (C) Pu Nan dan terima kasih.

Yap Mia Lee

Guru Besar

SJK(C) PU NAN

HOME