***************************
SEJARAH SEKOLAH
***************************
[ Zon Maharani | PPD | JPNJ | KPM | HOME ]
SJK (C) Pu Nan telah ditubuhkan pada Mei 1933. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Pu Nan Public School dengan bilangan murid 50 orang yang dibahagikan kepada dua kelas. Bangunan asal sekolah ialah sebuah rumah kayu yang terledtak di lereng bukit di Jalan Bakri, Muar iaitu tapak Balai Polis Bakri sekarang.
Pada Disember 1942, sekolah tersebut terpaksa ditutup kerana Perang Dunia Kedua dan dibuka semula oleh En. Ng Hoe Liak pada September 1945 apabila Pemerintahan Jepun berakhir. Bilangan murid juga bertambah. Pada tahun 1947, bilangan murid telah bertambah kepada 140 orang dengan 5 orang tenaga pengajar.
 
Pada tahun 1951, bilangan murid meningkat kepada 400 orang apabila Kampung Baru ditubuhkan dalam Rancangan Briggs. Dalam tahun yang sama SJK (C) Pu Nan terpaksa berpindah ke tapak yang baru iaitu tapak sekolah sekarang. Ini adalah disebabkan tapak yang lama telah diambilalih oleh kerajaan untuk membina Balai Polis Bakri. Bangunan baru yang mengandungi 8 buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat dan sederet asrama guru telah dibina pada 13 Julai 1952. Tarikh inilah yang telah ditetapkan sebagai Hari Ulangtahun Sekolah.