4.1 Elektrolit dan bukan elektrolit
 
1. Elektrolit merupakan bahan kimia yang boleh mengkondusikan elektrik dalam keadaan
    lebur atau dalam larutan akueus.
 
Elektrolit lebur
Elektrolit larutan akueus
Plumbum (II) bromida lebur
Larutan asid sulfurik cair
Kalium iodida lebur
Larutan akueus kalium iodida
Aluminium oksida lebur
Larutan akueus natrium klorida
Jadual 4.1 Contoh elektrolit lebur dan elektrolit larutan akueus
 
2. Bukan elektrolit ialah bahan kimia yang tidak boleh mengkondusikan elektrik walaupun
   dalam keadaan leburan atau larutan akueus.
3. Contoh-contoh bukan elektrolit ialah naftalena lebur, sulfur lebur, larutan akueus glukosa,
    dan metilbezena.
 
4.2 Perbezaan antara elektrolit dengan bukan elektrolit
 
Eksperimen: Menunjukkan perbezaan antara elektrolit dengan bukan elektrolit.
 
(a) Sebuah mangkuk pijar diisi separuh penuh dengan naftalena dan dua batang rod karbon
     dicelup ke dalamnya.
(b) Rod-rod karbon disambung kepada bateri dan mentol atau ammeter.
(c) Dengan membiarkan suis terbuka, naftalena dipanaskan sehingga lebur.
(d) Suis ditutup sebaik sahaja naftalena melebur.
 
(e) Keputusan:
      Didapati mentol tidak menyala atau tiada pesongan pada jarum ammeter. Ini menunjukkan
      tiada arus mengalir melalui naftalena lebur.
(f)  Eksperimen diulang dengan menggunakan larutan natrium klorida untuk menggantikan
     naftalena lebur.
(g) Keputusan:
      Apabila bateri disambung dan suis ditutup, mentol didapati menyala atau terdapat
      pesongan pada ammeter. Ini menunjukkan arus mengalir melalui larutan natrium klorida.
(h) Penerangan;
(i)      Elektrolit mengalirkan arus elektrik kerana terdapat ion-ion bebas bergerak dalam 
        keadaan lebur atau larutan akueusnya.
  Misalan:
a)      Apabila natrium dilarutkan ke dalam air, terbentuk ion-ion natrium, Na+ dan ion-ion Cl- yang bebas bergerak .
NaCl " Na+ + Cl-
b)     Apabila kalium iodida dileburkan, terbentuk pula ion-ion K+ dan ion-ion I-.
KI " K+ + I-
      (ii)    Bukan elektrolit tidak mengalirkan elektrik kerana tiada ion-ion yang bebas bergerak
              sama ada dalam keadaan lebur mahupun dalam keadaan larutan akueusnya. Bukan
              elektrolit wujud sebagai molekul.
 
 
 
 
 
 
Muka Surat Seterusnya - Sila klik di sini
 
 
 
                                                                                                                                                      
 
Perkataan atau frasa yang diwarnakan merah jambu - frasa penting yang perlu diingat kerana soalan SPM sering berpandukan isi tersebut.
 
 
 
                                                                                                                                                       
Persamaan yang diwarnakan kuning - persamaan kimia yang perlu dihafal kerana persamaan tersebut sering ditanya dalam peperiksaan SPM.
 
SMKM
BOLEH
1