pertandingan bahas antara sekolah menengah


PIALA BERITA HARIAN
2004

laporan dari ruangan akhbar / Cyberita

BH JUMAAT 26 MAC 2004

Ada gaya, baik tutur bahasa


Siapakah yang lebih rancak dan 'berapi-api' mengupas mauduk di gelanggang perbahasan: pembahas lelaki 
atau perempuan? Siapa pula yang layak digelar pembahas lebih baik dengan keupayaan mencerna idea 
secara lebih jelas lagi berkesan: si teruna ataupun si dara? Apakah kesudahan 'pertarungan' antara dua 
jantina ini bagi merebut Piala Berita Harian 2004? Ikuti laporan Haryani Ismail dan penulis-penulis sambilan, 
Nurliza Mohd Shah dan Chai Hung Yin

-: Pembahas lelaki :-

BAHASANYA tersusun rapi. Tutur bicaranya jelas dan mudah difahami ketika membangkang mauduk Belia Singapura tidak memuliakan lagi bahasa ibundanya sendiri.

Tonasinya pula cukup terkawal dan tiada kesan-kesan dibelenggu emosi meskipun beliau sendiri akui agak tersinggung dengan komen pedas pasukan pencadang, Raffles Institution (RI), yang mempersoalkan 
kedudukannya sebagai remaja Indonesia yang ingin membela belia Singapura.

Begitulah gaya gentleman pelajar St Joseph's Institution (SJI), Dismas Widita, 16 tahun, yang muncul sebagai salah seorang pembahas terbaik dalam peringkat suku akhir bahas Piala Berita Harian 2004, anjuran Kelab Coretan 
Remaja (KCR) di auditorium Masjid Sultan, Ahad lalu.



- Dismas Widata mendapat gelaran pembahas terbaik - 


Pasukan SJI

- Pasukan SJI ditemuramah - 


Penggulung pasukan SJI itu tidak perlu 'menggegarkan' ruang auditorium dengan gaya agresif ketika membidas. Beliau, sebaliknya, hanya berkata:

'Kita yang tidak berdosa dijadikan serangan. Sebagai pelajar asing, kita ke sini untuk menuntut ilmu, bukan memuliakan bahasa ibunda.'

Gaya cool ketika berbahas tampak lebih ketara di kalangan pembahas lelaki.

Selain Dismas, rakan sepasukannya, Eric Heah (yang pernah meraih gelaran pembahas terbaik di peringkat saringan), Andrew Halim dan Dave Alexander juga boleh digelar Mr Cool di gelanggang perbahasan.

Lawan mereka, RI, yang tidak kurang hujah 'menyengatnya' pula 'kaya' dengan gaya.

Jika pembahas pertama, Muhd Imran Abdul Rahim, 15 tahun, yang kali pertama menyertai gelanggang perbahasan Berita Harian tahun lalu, tampak begitu yakin lagi tidak bersandarkan nota ketika berbahas, 
penggulung pasukan RI, Azizul Kamal Syah Sohaimi, 15 tahun, pula boleh ditabalkan sebagai Mr Ada Gaya.

Sebelum memulakan hujah, mukanya dilap dengan sapu tangan sambil beliau berkata:

'Maaf, basah muka saya.'

Sepanjang perbahasan pula, nota-nota yang dicoret teks perbahasan dihempaskan ke lantai satu-persatu (marah ke, brader?). Aksinya itu membuat tuan pengerusi sempat berseloroh:

'Nasib baik, markah tidak ditolak kerana mengotorkan lantai!'

I'm a survivor... yeah!

- Azizul ada gaya macam konduktor orkestra -


Hmmm... apa yang difikirkan tu?

- Aww! 
Sampai pejamkan mata you! -


Sungguhpun begitu, ketika diminta mengulas, kedua-dua brader RI dan SJI tidak menyifatkan pelajar lelaki sebagai pembahas lebih baik.

Dengan merendah diri, Eric, berkata:

'Rasanya perempuan boleh menyuarakan hujah mereka dengan lebih emosi berbanding lelaki. Passion mereka begitu terserlah.'

Azizul pula menambah:

'Perempuan lebih berpengalaman dalam penyampaian syarahan atau berpidato, terutamanya pembahas dari madrasah.

'Gaya dan intonasi mereka juga berlainan. Mereka juga lebih yakin semasa berbahas.'
-: Pembahas perempuan :-

Kecoh, tapi cekap berhujah

APABILA 'cik kak-cik kak' dah 'masuk' gelanggang perbahasan, kecohnya bukan main.

Yang petah berpantun, yang ligat berhujah bak bertih digoreng dan yang cepat melontarkan sindiran tajam.

Hmmm, pendek kata, ada yang menyifatkan gaya mereka cukup 'bitchy' dan bersahaja.

Begitulah pemerhatian ramai apabila menyentuh gaya lincah kebanyakan pembahas perempuan.

Pembahas pertama Madrasah Wak Tanjong, Effa Latifah Md Yashin, 16 tahun, yang menyokong mauduk
Rasa terpinggir adalah faktor utama remaja terlibat dalam kenakalan juvenil, memulakan hujahnya dengan 
serangkap pantun.

Kebetulan pula 'srikandi' Wak Tanjong 'bertarung' dengan wirawati daripada Sekolah Perempuan Cedar.

'Bahang'-nya, justeru itu terasa apabila masing-masing dengan spontan bertikam lidah.

Penuh emosi...
- Effa Latifah begitu yakin di atas pentas -

Cedar tenang mendengar hujah pihak lawan
- Pasukan Cedar tenang mendengar hujah pihak lawan -


Hmmm... apa yang difikirkan tu?
- Md Fahmi merupakan the thorn among the roses dalam pasukannya -


Apabila ditanya faktor yang membuat pembahas perempuan lebih hebat daripada pembahas lelaki, pembahas ketiga Madrasah Wak Tanjong, Nur Syifaa' Hussin, 16 tahun, bersahaja berkata:

'Orang perempuan ni 'kan dikatakan banyak mulut macam mak cik-mak cik kepo! Jadi senang nak berikan hujah secara spontan. Suara mereka pun lantang dalam memberi pandangan. Juga, orang perempuan penuh emosi. Jadi, senanglah hendak meluahkan sesuatu daripada kaum lelaki.

'Kadangkala, kebanyakan kaum lelaki ni sukar hendak bertolak ansur. Kalau dah kata mereka 'hitam', 'hitamlah' jadinya. Itulah yang jadikan mereka tidak fleksibel dan 'kaku' ketika berbahas.'

Rakannya, Mohamed Fahmi Mohd Noor, 16 tahun, juga pelajar Madrasah Wak Tanjong, pula menambah meskipun beliau seorang lelaki, beliau tetap berpihak pada kaum wanita dalam bab berbahas.


'Orang lelaki ni, ada kalanya pemalas dan enggan membuat kajian terperinci. Mereka tidak seteliti dan serajin kaum perempuan. Kebanyakan daripada kami juga tidak begitu gemari majlis-majlis formal seperti bahas.

'Agaknya, itu sebablah apabila melihat mereka berbahas, macam kurang kick gitu. Sebabnya yang terbaik daripada mereka tidak dapat dilihat,' katanya.

Walaupun 'cik abang' kita ni puji kaum wanita, pembahas Sekolah Perempuan Cedar, Nur Ashikin Kamarudin, lebih condong menyatakan kedua-dua pembahas lelaki dan perempuan ada kekuatan dan kelemahannya.

'Ia bergantung pada individu. Ciri utama yang perlu ada pada pembahas yang baik ialah keberkesanan dalam menyampaikan hujah spontan, kerajinan membuat kajian dan rasa yakin dalam diri.

'Pembahas perempuan boleh jadi yang terbaik sebab suaranya lantang dan beremosi. Si lelaki pun boleh jadi pembahas terbaik sebab dia bersikap terbuka dan pastinya lebih peka dan terdedah kepada pelbagai perkara sekeliling mereka,' ujarnya.

Kehadiran penonton amat dialu-alukan
- Kehadiran penonton amat dialu-alukan -

Ahli JK PBH2004 KCR
Ahli JK PBH2004
Kelab Coretan Remaja


laporan BH 02 Apr 2004 >>>

laporan BH 19 Mac 2004 >>>

laporan BH 13 Mac 2004 >>>

kembali ke lelaman utama >>>