SR.DATU AHMAD,BRUNEI I:HEADMASTER CIKGU ABD.AZIZ BIN HJ. TAHA.TEL:2201765/768

 
 
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SR.DATU AHMAD, BR.1

 

              Horizontal Scroll: Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Selamat berkunjung ke laman web Sekolah Rendah Datu Ahmad, Kg.Burong Pingai Ayer, Brunei I.  Semoga abiskita gembira dan mendapat maklumat yang berguna seperti mana yang dikehendaki. Pihak sekolah merasa berbangga mempunyai laman web tersendiri demi menyahut seruan era penggunaaan ICT. Saya mengucapkan terima kasih atas usaha gigih guru-guru yang diamanahkan secara langsung khususnya dalam hal ini sehingga menjadikan laman web sekolah ini penuh dengan maklumat terkini dan menarik.  Tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru-guru sekolah saya yang tidak terlibat secara langsung tetapi memberi sokongan dan "input" dalam hal ini. Kami berharap maklumat, fakta dan gambar-gambar yang ada akan dapat memenuhi keperluan bukan sahaja oleh pihak Jabatan Sekolah-Sekolah malah seluruh sekolah-sekolah di Brunei dan mereka-mereka yang berminat sehingga di peringkat antarabangsa.Pihak sekolah akan terus memberikan yang terbaik dan tepat dalam memajukan sumber maklumat melalui ICT dari masa ke semasa. Akhir kata terima kasih dan teruskan melayari laman web kami.
Sekian, wassalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1