BERITA SEKOLAH
[ 4 Oktober 2005 ]
WARGASKTC BERDOA SEMBUHKAN CIKGU
SAID.
SK
Taman Cuepacs. Okt 4 ( TopICT ) -- Seluruh Warga SKTC
mendoakan agar Cikgu Said Bin Musa yang juga merupakan bekas
guru di sekolah ini. Beliau diberitakan menerima kesakitan
Angin Ahmar pada bulan Ogos yang lalu. Semoga ALLAH
merahmati dan menyembuhkan penyakitnya agar kembali
sihat sedia kala hendakNya.
[ 4 Oktober 2005 ]
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
SK Taman Cuepacs, Okt 4 ( TopICT ) -- Murid - murid
di sekolah ini menghadapi peperiksaan akhir tahun. Selama 4
hari mereka akan menjawab pelbagai mata pelajaran bermula
pada 4hb ini hingga 7 Oktber 2005 . Semoga berjaya.
[ 1 Oktober 2005 ]
HARI KARNIVAL KO-KURIKULUM TAHUN
2005
SK Taman Cuepacs, Okt 1 ( TopICT ) -- Sambutan orang
ramai diluar jangkaan. Kehadiran ibu bapa bersama anak -
anak serta bekas pelajar sekolah ini memeriahkan suasana
hari karnival koko yang berlangsung pada jam 8.00 pagi
hingga 3.45 petang. Pelbagai aktiviti diadakan seperti
pameran kurikulum dan ko-kurikulum, pertandingan dan
permainan, jualan makanan dan minuman, tayangan gambar,
pertandingan karoeke dan yang paling menarik sekali ialah
rumah hantu. Tumpuan anak - anak kecil serta pelbagai
golongan peringkat umur memasuki rumah hantu.
[ 16 Mei 2005 ]
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SEKOLAH
SK Taman Cuepacs, Dataran dan Dewan SKTC, Mei 16 ( TopICT
) -- Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd
Razuddin Bin Zulkifli, Pengerusi Majlis pula dikendalikan
oleh Pn. Suzzana Hamid. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri
Selangor dan lagu Sekolah dikumandangkan. Perutusan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia disampaikan oleh Puan Wan Aminah
( GPK HEM ).Manakala Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
dibacakan oleh Tn. Hj. Mohd Yusof Md Nor ( GPK Pentadbiran
). Guru Besar Puan Samsiah menyampaikan ucapan alu - aluan
sambutan Hari Guru kepada semua warga SKTC. Majlis
diteruskan dengan Nyanyian Lagu Guru Malaysia oleh guru -
guru SKTC. Bacaan ikrar Guru pula disampaikan oleh En.
Zulhelmi. Menyemarakkan lagi suasana, pertukaran hadiah
talian kasih antara guru dilakukan dan diikuti pula murid -
murid menyampaikan hadiah kepada guru - guru mereka.Majlis
yang berlangsung di Dataran SKTC taman pada jam 9.30 pagi.
Kemudian semua murid dan guru bergerak ke dewan sekolah bagi
meneruskan program persembahan oleh guru - guru. Antara
persembahan yang dihadiahkan kepada murid - murid SKTC ialah
dikir barat, lakonan, bacaan sajak, dan nyanyian bakat.
Kemuncak sambutan hari guru yang jamuan Hari Guru yang
dijangka bermula pada jam 12.30 tengahari ini. Sambutan Hari
Guru kali ini diadakan dua sesi, iaitu sesi pagi dan petang.
BERITA SEKOLAH
[ 14 Mei 2005 ]
PERTANDINGAN BOLA BALING ANTARA
GURU - GURU RUMAH SUKAN SEMPENA HARI GURU
SK Taman Cuepacs, Padang Sekolah, Mei 14 ( TopICT )
-- Pertandingan Bola baling Antara guru - guru rumah sukan
menyemarakkan lagi suasana sambutan hari guru yang diadakan
pada 16 Mei Peringkat Sekolah. Guru - guru yang bertanding
mewakili rumah sukan masing - masing menunjukkan kerjasama
yang padu untuk meraih kemenangan. Keputusan pemenang akan
diumumkan pada Hari Isnin 16 Mei semasa jamuan guru. Murid
- murid juga turut menyorak menyokong rumah masing - masing
dengan begitu semangat sekali.
BERITA SEKOLAH
[ 12 Mei 2005 ]
ACARA PADANG RUMAH - RUMAH SUKAN
SK Taman Cuepacs, Padang Sekolah, Mei 12 ( TopICT )
-- Acara Padang Rumah - rumah Sukan diadakan pada hari ini.
Peserta yang terlibat mewakili rumah - rumah sukan telah
bersipa sedia dengan penuh semangat kesukanan bagi merebut
gelaran juara. Beberapa orang guru sesi pagi dan petang
terlibat sebagai pegawai kejohanan. Acara Padang melibatkan
pertandingan Lontar peluru, Lompat Jauh dan Lompat Tinggi.
Acara bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka tamat jam
11.00 pagi.
BERITA SEKOLAH
[ 9 Mei 2005 ]
OLAHRAGA ZON CHERAS ( SK ) MENANG
TEMPAT KETIGA
SK Taman Cuepacs, Olahraga, Mei 9 ( TopICT ) --
Keputusan pertandingan olahraga zon Cheras yang disertai
oleh pasukan sekolah telah meraih tempat ketiga keseluruhan.
Tahniah dan syabas.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan
oleh Puan Hamidah Bee Bt. Abu Bakar , GPK KoKu.
BERITA SEKOLAH
[ 9 Mei 2005 ]
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH MERIAH
SK Taman Cuepacs, Panitia Agama Islam, Mei 9 ( TopICT )
-- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang diadakan
pada 6 Mei 2005 baru - baru ini begitu meriah sekali .
Pelbagai aturcara disusun antaranya ialah perarakan maulidur
Rasul, pertandingan azan, pertandingan nasyid dan selawat
beramai - ramai. Pertandingan peringkat akhir diadakan pada
hari berkenaan iaitu pertandingan nasyid dan azan. Johan
azan bagi tahun 4 disandang oleh Nor Alif Zulkifli dari
kelas 4 Kasturi. Bagi Tahun 5 pula Johan Azan disandang oleh
Mohd Akmal Hakim dari Kelas 5 Lembayung. Manakala Johan Azan
bagi Tahun 6 ialah Mohd Yassin Abdul Rahim dari Kelas 6
Tasbih. Bagi Pertandingan Nasyid peringkat akhir pula, Johan
keseluruhan disandang oleh Kumpulan An - Nur. Naib Johan
pula dimenangi oleh Kumpulan Al - Amin. Manakala tempat
ketiga dimenangi oleh Kumpulan Hijjaz.
BERITA SEKOLAH
[5 Mei 2005 ]
NAIB JOHAN BOLA BALING ( PEREMPUAN
) PERINGKAT NEGERI SELANGOR
SK Taman Cuepacs, Bola Baling, Mei 5 ( TopICT ) --
Berita sahih kemenangan pasukan Bola baling meraih
kemenangan sebagai Naib Johan Peringkat Negeri ( Perempuan
), melayakkan pasukan sekolah mewakili negeri ke peringkat
Kebangsaan sebagai wakil Negeri Selangor. Namun pemilihan
peserta dibuat disebabkan gabungan Pasukan Johan Negeri
untuk bertanding peringkat Kebangsaan. Tahniah.
BERITA SEKOLAH
[28 April 2005 ]
PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6
SK Taman Cuepacs, Penyelaras Tahun 6, April 28 ( TopICT )
-- Pada Hari Sabtu ini 30 April 2005 bertempat di dewan
sekolah, program motivasi tahun 6 diadakan bagi tujuan
persediaan UPSR yang bakal menjelang. Persiapan kemaskini
dewan sedang dilaksanakan pada ketika ini. Pakar motivasi
dijemput khas untuk tujuan program ini. Semua murid tahun 6
diwajibkan menghadiri program motivasi ini.Guru - guru juga
dijemput bersama menjayakan program yang murni ini.
BERITA SEKOLAH
[ 28 April 2005 ]
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT
SEKOLAH
SK Taman Cuepacs, Panitia Agama Islam, April 28 ( TopICT
) -- Sambutan Maulidur Rasul SKTC diadakan pada 29 April
2005 untuk sesi petang, manakala 6 Mei 2005 untuk sesi pagi.
Sumbangan diperlukan daripada Ibu Bapa Penjaga murid - murid
Islam bagi menampung kos penyediaan makanan dan aktiviti
sepanjang sambutan berkenaan. Antara program yang sedang
rancak berjalan ialah pertandingan nasyid, azan dan
penulisan khat tercantik. Semua keputusan pemenang diumumkan
pada hari kemuncak sambutan seperti tarikh disebutkan.
BERITA SEKOLAH
[ 28 April 2005 ]
BERANGKAT KE PERINGKAT NEGERI BOLA
BALING
SK Taman Cuepacs, Bola Baling, April 28 ( TopICT ) --
Bola Baling sekolah mewakili Daerah Hulu Langat ke Peringkat
Negeri telah berangkat mulai hari ini selama seminggu.
Pertandingan Peringkat Negeri diadakan di Shah Alam,
Selangor.Doa dan harapan semoga sekolah ini dapat
memperolehi kejayaan seterusnya mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.Usaha berterusan oleh Jurulatih En. Abdul Rahim
dan Puan Suzzana Hamid memastikan pasukan berada dalam
keadaan siap siaga bertmu musuhnya. Latihan demi latihan
giat dijalankan. Warga SKTC mengharapkan semangat mereka
senantiasa berkobar - kobar meraih kejayaan.
BERITA SEKOLAH
[ 23 April 2005 ]
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS TAHUN
2005
SK Taman Cuepacs, Unit Lembaga Pengawas Sekolah, April 23
( TopICT ) -- Badan Disiplin Sekolah telah mengadakan
kursus berkenaan bagi membina daya kepimpinan pengawas
dengan lebih baik sebagai role model kepada murid - murid di
sekolah ini. Acara berlangsung dengan baik dan terancang.
Fokus utama diberi penekanan dari sudut kurikulum dan
ko-kurikulum serta daya kepimpinan yang terserlah.Secara
tidak langsung, pengawas yang masih berada dalam keadaan
malu, tidak berkerja secara kumpulan, pendiam dan sebagainya
dapat dihilangkan.
BERITA SEKOLAH
[ 14 April 2005 ]
KURSUS MOTIVASI GURU-GURU SKTC
SK Taman Cuepacs, Pentadbir Sekolah, April 14 ( TopICT )
-- Pada 16 April 2005 hari sabtu minggu ini, bermula jam
8.00 hingga 4.00 petang diadakan kursus motivasi guru - guru
yang terpilih setelah dipersetujui dalam mesyuarat guru baru
- baru ini. Tujuannya adalah untuk meningkatkan daya saing
dan kemajuan jati diri guru - guru yang terpilih sebagai
pemimpin di sekolah ini.Antaranya ialah Ketua Panitia,
Setiausaha Sukan, Guru Data, Guru penyelaras Ko-Kurikulum,
Setiausaha HEM, dan jawatan yang sesuai diberi peningkatan
motivasi.
BERITA SEKOLAH
[ 9 April 2005 ]
KURSUS KOMPUTER ANJURAN KELAB
KOMPUTER SKTC TAHUN 2005
SK Taman Cuepacs, Kelab Komputer, April 9 ( TopICT ) --
Bermula pada tarikh ini hingga bulan Oktober 2005 akan
diadakan kursus komputer untuk murid - murid Tahun 5.
Terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pertama bermula
jam 2.00 petang hingga 3.30 petang, Manakala kumpulan dua
bermula jam 3.30 petang hingga 5.00 petang. Para peserta
akan mengikuti kursus Asas Komputer, Kursus Asas Microsoft
Word, Excell. Power Point dan membina laman web secara asas.
Peperiksaan akan diadakan bagi menentukan kelulusan para
peserta menerima sijil komputer diiktiraf. Kursus diadakan
setiap Hari Sabtu bekerja.Tenaga pengajar ialah En. Mohd
Razuddin Bin Zulkifli.
BERITA SEKOLAH
[ 6 April 2005 ]
KEJAYAAN MERAIH KEMENANGAN MEMASUKI
PERINGKAT NEGERI BOLA BALING
Sk Taman Cuepacs, Bola Baling Sekolah. April 6 ( TopICT )
-- Kejayaan pasukan bola baling sekolah ini menjadi
juara peringkat Daerah yang diadakan di SK Bandar Tasik
Kesuma baru - baru ini amat menggembirakan. En. Rahim
Abdullah selaku Jurulatih pasukan telah tampil memberikan
yang terbaik kepada para peserta bola baling untuk terus
meraih kemenangan ini. Gambaran ini menunjukkan bahawa masih
ada guru yang bersemangat jati diri berkorban masa membawa
kejayaaan sekolah di mata masyarakat khususnya sekolah -
sekolah di daerah Hulu Langat pada tahun ini. Syabas dan
didoakan agar berjaya diperingkat negeri pula.
BERITA SEKOLAH
[ 28 Mac 2005 ]
PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT
DAERAH HULU LANGAT SELANGOR ( SEK.RENDAH )
Sk Taman Cuepacs, Panitia Bahasa Melayu, Mac 28 ( TopICT
) -- Kejayaan penyertaan Naib Johan Pidato Zon Cheras
menyebabkan SK Taman Cuepacs layak ke peringkat Daerah
mewakili Zon Cheras dalam pertandingan pidato yang diadakan
pada 29 Mac 2005 di SK Saujana Impian 2, Kajang,
Selangor.Peserta dari SK Taman Cuepacs iaitu Adik Muzliya
Saadah Bt. Ambia merupakan wakil peserta Naib Johan Pidato
Zon Cheras mewakili Zon Cheras ke peringkat Daerah Hulu
Langat.
BERITA SEKOLAH
[1 Mac, 2005 ]
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA
SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH
SK Taman Cuepacs, Pusat Sumber Sekolah, Mac 1 ( TopICT )
-- Mesyuarat telah diadakan pada jam 12.30 tengahari dan
berakhir 1.45 petang. Persediaan dan agihan tugasan telah
diberikan kepada Ketua - Ketua Jawatankuasa Kerja Sambutan.
Diadakan pada hari Jumaat, 4 Mac 2005, jam 9.00 pagi.
Pelbagai aturcara telah disusun antaranya ceramah agama dan
persembahan nasyid. Bagi murid - murid moral pula diadakan
pertandingan melukis, mewarna , kuiz dan sebagainya.
BERITA SEKOLAH
[ 1 Mac, 2005 ]
YM RADIN SALLEHUDDIN BIN RADIN
ABDUL RAHMAN, YDP PIBG 2005/2006 DAN 2006/2007
( DUA PENGGAL )
( Gambar : YM Radin
Sallehuddin Bin Radin Abdul Rahman YDP PIBG)
SK Taman Cuepacs, Dewan Sekolah, 1 Mac ( TopICT ) --
Keputusan Pemilihan YDP PIBG dan seluruh Jawatankuasa PIBG
SKTC selama 2 penggal telah pun terjawab. YM Radin
Sallehuddin terpilih sekali lagi sebagai YDP PIBG selama 2
penggal bermula sesi 2005/ 06 dan 2006/07. Sementara Sarjan
Zulkifli Sharom terpilih sebagai Naib YDP PIBG bagi tempoh
yang sama menggantikan En. IR Khairuddin yang sebelum ini
Naib YDP. Senarai jawatankuasa penuh PIBG akan dipaparkan
kemudian. Semua para perwakilan bersetuju usul setiap 2
tahun sekali pemilihan Jawatankuasa PIBG diadakan pada tiap
mesyuarat agung.
BERITA SEKOLAH
[ 26 Februari, 2005 ]
PERSIAPAN AKHIR MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE 13
SK Taman Cuepacs, Dewan Sekolah, Feb 26 ( TopICT ) --
Persiapan akhir telah dilaksanakan pada hari ini. Beberapa
perkara yang diperbaiki seperti nama perasmi, back drop,
buku program dan kekemasan dewan diteliti. Sebagaimana sedia
maklum, Tuan Komander Pasukan Gerakan Am serta wakilnya
tidak dapat hadir merasmikan di saat - saat akhir ini. Namun
jalan penyelesaian telah dibuat iaitu menjemput Tuan Haji
Ali Aspar Bin Amat Diron, Ketua Pegawai Operasi, Affin
Merchant Bank untuk merasmikan mesyuarat agung esok. Keadaan
yang menyebabkan Tuan Komander KEM PGA serta wakilnya tidak
dapat hadir adalah kerana semua anggota dan pegawai KEM PGA
Cheras, Selangor dikehendaki membuat raptai perbarisan
perpisahan Tuan Komander iaitu SAC II Ibrahim Bin Manas yang
dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri
Selangor berkuatkuasa Bulan Mac tahun ini.
BERITA SEKOLAH
[ 21 Februari, 2005 ]
UPACARA ANGKAT SUMPAH IKRAR
PENGAWAS DAN PELANTIKAN KETUA PENGAWAS SEKOLAH DAN KETUA
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2005.
SK Taman Cuepacs, Dataran SKTC, Feb 21 ( TopICT ) --
Badan Disiplin Pengawas dan Badan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah telah mengadakan upacara mengangkat sumpah ikrar
pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah ini telah
pun selamat dilangsungkan. Tepat jam 7.45 pagi, majlis
berkenaan berlangsung disaksikan oleh guru - guru dan murid.
Selepas majlis mengangkat sumpah ikrar pengawas sekolah dan
pengawas pusat sumber, Guru Besar Puan Samsiah Binti Yunos
dijemput untuk memeriksa barisan kedua - dua badan pengawas
berkenaan. Selesai dari itu, beliau memberi ucapan kepada
semua pengawas yang telah diisytiharkan sebagai pegawai
sekolah. Beliau mengingatkan bahawa tanggungjawab yang
dipikul bukan sahaja melaksanakan peraturan sekolah, namun
ia sebagai role model kepada semua murid dari pelbagai aspek
iaitu kurikulum dan ko-kurikulum. Secara tidak langsung,
pengawas sekolah akan dihormati oleh rakan - rakan dan juga
guru - guru di sekolah.
BERITA SEKOLAH
[ 19 Februari, 2005 ]
SK Taman Cuepacs, Dewan SKTC, Feb 19 ( TopICT ) --
Ucapan Guru Besar pada ketika ini memaklumkan kepada semua
ibu bapa yang hadir pada pagi ini agar memberikan komitmen
dan sokongan kepada sekolah. Pelbagai program sekolah di
atur untuk murid - murid Tahun 4, 5 dan 6. Perjumpaan pada
pagi ini ialah menjelaskan program pengajaran pembelajaran
murid serta berhubung kait dengan kutipan wang sebagai
sumber pendokong penggerak aktiviti sekolah seperti
pembelian kertas peperiksaan, motivasi, kelas tambahan dan
sebagainya. Kadar kutipan juga tidak setinggi yang di war
warkan. Maka dengan perjumpaan ini, dapat dijelaskan oleh
pihak sekolah peerkara - perkara yang menjadi tanda tanya
ibu bapa-penjaga selama ini. Segala persoalan hendaklah
dikemukan dan jalan penyelesaian dapat diputuskan bersama.
SK Taman Cuepacs, Dewan SKTC, Feb 19 ( TopICT ) --
Ketika ini, Tuan haji Yusof Bin Mohd Nor, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran sedang menyampaikan ucapan serta
menyatakan beberapa program sekolah yang dilaksanakan pada
tahun ini. Siri petikan beliau ialah mengenai peratusan
prestasi murid merosot disebabkan beberapa faktor. Antaranya
latar belakang keluarga, pemakanan, ruang kehidupan, anak
yang ramai, perpindahan dari masa ke masa dan sebagainya.
Tindakan guru terhadap murid juga disentuh. Faktor tindakan
guru - guru diambil kira atas kelakuan dan sikap murid. Ibu
bapa harus jelas dengan tindakan yang diberikan. Namun
sebagai langkah bersama, tindakan yang diambil hendaklah
secara tidak keterlaluan. Ibu bapa seharusnya datang ke
sekolah berjumpa dengan pentadbir sekolah bagi mendapatkan
penjelasan dengan cara baik dan tenang. Tindakan terburu -
buru oleh ibu bapa menyalahkan guru berkenaan tidak dilihat
secara profesional. Pelaksanaan program Bahasa Inggeris
dilaksanakan setiap hari persekolahan selama 15 minit. Oleh
kerana itu, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa dapat
menghantar anak - anak sekolah sebelum jam 7.15 pagi.
Berikutan itu, murid - murid akan mengikuti program bahasa
Inggeris pada jam 7.15 pagi hingga 7.30 pagi. Dasar utama
program ini untuk menekankan aspek kemahiran berbahasa
Inggeris untuk murid sesi pagi sebagai langkah peningkatan
mutu pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah ini.
BERITA SEKOLAH...
[ 16 Februari, 2005 ]
MESYUARAT AGUNG PIBG SKTC KALI KE
13 PADA 27.2.05
SK TAMAN CUEPACS, Feb 16 ( TopICT ) -- Mesyuarat
Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG SKTC Kali Ke -
13 telah bersedia melaksanakan kerja - kerja persiapan
menjelang mesyuarat agung berkenaan. Puan Samsiah Binti
Yunos selaku Penasihat PIBG yang juga Guru Besar sekolah ini
mengharapkan segala susun atur pelaksanaan mesyuarat agung
ini dapat dijalankan dengan baik dan sempurna hingga selesai
pada hari kemuncaknya. Beliau turut mengingatkan kepada
Ketua - ketua Jawatankuasa Pengelola agar memupuk semangat
kerjasama antara ahli jawatankuasa serta memberikan
kerjasama penuh kepada Setiausaha Pengelola iaitu Encik Mohd
Razuddin Bin Zulkifli bagi penentu kecapaian.Mesyuarat ini
juga menyentuh pelbagai aspek persediaan dan peruntukkan
kewangan.Mesyuarat Agung PIBG ini akan dirasmikan oleh Yang
Setia Tuan Ibrahim Bin Manas, Komander Briged Tengah,
Pasukan Gerakan Am, Cheras, Selangor.