PIAGAM PELANGGAN SKTC
Kami Warga SKTC Bersedia dan Berjanji akan,
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan penuh dedikasi dan iltizam.
mengamalkan dasar pintu terbuka bagi memastikan hubungan yang erat serta persefahaman dan permuafakatan yang tinggi di kalangan semua ahli komuniti SKTC.
memberi peluang kepada semua anak didik kami memperkembangkan potensi diri masing-masing supaya dapat menjadi insan yang berilmu pengetahuan, kemahiran serta berakhlak mulia.