Terkenang semasa dulu..u...u..
Aku sedang bermalasan dengan Sooty yang asyik memerhati burung-burung merpati di pinggir jendela. Tempat aku letakkan biji-bijirin tanda terima kasih atas kunjungan burung-burung tersebut. Alhamdulillah, hari ini salji sudah mulai cair dan matahari bersinar girang.
Tidak semena-mena aku teringat akan teman sekolahku dulu; Zamnah, Syikin, Mariah, Mek Som dan lain-lain lagi...Mana nak cari mereka ni??? Aku termenung panjang. Tapi aku tahu di mana Zamnah bertugas dan kami pernah berbual panjang melalui telefon beberapa kali dulu, namun aku terlupa akan alamatnya (maklum dah berumuuur). Lalu aku taipkan nama beliau dalam enjin carian Google. Tanpa diduga, tertera laman KAMILIAN 78. Aku terus klik pada laman tersebut. Di situ satu persatu wajah kekawan lamaku tatap. Terkedu seketika lebih-lebih lagi apabila membaca berita tentang pemergian beberapa orang guru dan kawan sekelas. Al-Faatihah.
Kepada Saudara Fadzullah Suhaimi, tahniah atas usaha murni saudara menyatukan Kamilian 68-78. Moga silaturahiim yang terputus akan bercantum semula. Buat guru-guruku 1968 -1978, terima kasih yang tidak terhingga. Sesungguhnya budimu guru kubawa mati. Buat semua kawan sekelas, ku doakan agar berbahagia selalu, terus sukses dan sihat sokmo. Ambo mitok maah deeh, saloh dan silap maso budok-budok dulu ye…maklum akal tok berapo panje maso tu…:)) Insyaallah suatu hari nanti, dipanjangkan-NYA umur, murah rezeki, kita akan bersua kembali.
Salam teramat manis daripada kawan lama… Iris Ixora
Kenangan manis semasa di Sekolah Menengah Kamil 1978
Posted at 04:55 pm by irisixora
|