Panduan Mengdiagnosis Kelemahan Dalam Pembelajaran

 

Punca Kelemahan Dalam Pembelajaran

Cadangan Tindakan/Pemulihan

1.        Kesihatan

a)        Selalu sakit

b)       Susah dengar

c)        Susah bercakap, menyebut.

d)       Rabun jauh, rabun dekat

 

 

Beri tahu ibu bapa supaya dapat rawatan

2.        Emosi

a)        Kurang motivasi

 

Ransangkan pelajar

3.        Sosial dan ekonomi

a)        Tidak boleh belajar dengan rakannya, nakal, kacau dalam kelas, mempertikaikan.

b)       Tidak mampu membeli buku, alay tulis.

 

Beri kaunseling dan bimbingan

 

Beri tahu ibu bapa. Mungkin boleh dapatkan bantuan daripada PIBG atau sumber lain.

4.        Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif

a)        Pemahaman: tidak faham sesuatu konsep, kemahiran, atau maklumat.

b)       Komunikasi: tidak  faham tetapi tidak boleh terangkan semula secara lisan atau bertulis.`

 

c)        Ingatan: faham tetapi tidak boleh ingat sesuatu fakta, konsep, atau maklumat.

d)       Aplikasi: faham dan boleh ingat fakta atau konsep tetapi tidak boleh aplikasikannya ke dalam situasi yang baru.

 

Terangkan semula. Beri lebih banyak latihan untuk memperkukuhkan kefahaman.

Bantu pelajar menerangkan semula secara lisan atau bertulis. Beri lebih banyak latihan secara lisan atau bertulis untuk pelajar menerangkannya semula.

Ajar cara-cara mengingat. Beri latihan. Ransangkan pelajar.

Tunjuk cara mengaplikasi. Beri lebih banyak latihan tentang aplikasi.

5.        Pembelajaran bidang afektif

a)        Tingkah laku: tidak amalkan tingkah laku yang diingini.

b)       Amalan nilai-nilai murni: tidak amalkan nilai-nilai murni

 

Beri kaunseling, bimbingan, aktiviti dan ransangan

6.        Pembelajaran dalam bidang Psikomotor

a)        Tidak boleh melakukan sesuatu kemahiran manipulatif (gerakan) dengan betulerti mengukur, melukis, mewarna, melompat tinggi, memukul bola hoki, bermain alat muzik, menukul, atau menjahit.

 

Tunjuk cara secara berperingkat dan pelajar melakukannya sehingga mahir. Beri lebih latihan.

 

 

 

 

Kaedah Motivasi

1)       Motivasi atau rangsangan adalah sangat penting untuk merangsang pelajar mempelajari atau membuat sesuatu sehingga mereka menguasai atau menyelasaikannya.

2)       Merangsang pelajar hendaklah dilakukan kerap kali supaya motivasi mereka untuk belajar selalu berada pada tahap yang tinggi.

3)       Ada dua cara motivasi:

a)       Motivasi Ekstrinsik: Pelajar dirangsang oleh guru, ibu bapa, media massa

b)       Motivasi Intrinsik: pelajar merangsang diri mereka sendiri.

 

 

a)       Motivasi Ekstrinsik

I.                     Boleh menggunakan dua kaedah berikut:

·          Kaedah Ganjaran

·          Kaedah Hukuman

II                    Guru digalakkan supaya menggunakan kaedah ganjaran kerana kaedah ini didapati membawa kesan yang lebih baik dan positif.

III                  Dalam kaedah ganjaran, guru boleh menggunakan berbagai teknik seperti:

·          memberi kasih sayang

·          memuji

·          memberi galakkan

·          menghormati

·          menanam minat

·          sedia membantu dan berkerjasama

·          sedia mendengar dan bersimpati

·          berhemah tinggi

·          menanam rasa yakin

·          menenam budaya rajin belajar, ingin mencari ilmu, minda inkuiri, membaca

·          memberi cabaran

·          memberi tugasan yang boleh diselesaikan

·          memberi ganjaran atau hadiah

·          menggunakan unsur-unsur agama

·          menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat

·          menggunakan cerita atau kisah yang bertema moral

·          berfikir secara positif

·          memberi tanggungjawab tugas

·          memberi bimbingan kaunseling.

 

 

 

 

IV                  Adakalanya kaedah hukuman terpaksa digunakan. Teknik yang harus digunakan dalam kaedah ini:

·          Tegas

·          Tegur

·          Disiplin

·          Marah

·          Denda

V                    Sekiranya terpaksa menggukan kaedah hukuman, guru dinasihatkan supaya menggunakan juga teknik ganjaran.

VI                  Guru harus mengelak daripada menggunakan teknik yang boleh mengakibatkan kesan buruk atau negatif seperti berikut:

·          memaki

·          memalukan

·          menakutkan

·          mencederakan

·          dera

·          tidak mempeduli

·          mengkritik sifat peribadi

·          menghampakan

 

VII                Ingatan: walaupun motif guru adalah untuk merangsang, atau mendisiplinkan pelajar, mereka mungkin didakwa dimahkamah sekiranya tindakan sampai mencederakan atau mengaibkan  pelajar dan keluarganya.

 

b)       Motivasi Intrinsik

1.        Pelajar juga boleh menggunakan dua kaedah merangsang diri:

·          Kaedah Ganjaran

·          Kaedah Hukuman

2.        Dalam Kaedah Ganjaran, pelajar boleh memilih beberapa teknik seperti berikut:

·          ingin mendapat kasih sayang, kepujian, penghormatan dan sebagainya daripada orang lain

·          ingin menggembirakan hati guru, ibu bapa dan rakan

·          ingin mencapai cita-cita

·          berasa yakin

·          meminat diri

·          menggunakan unsur agama

·          menggunakan cogan kata atau kata hikmat

·          mengamalkan nilai murni

·          tidak putus asa

·          mencuba hingga berjaya

·          sedia menghadapai cabaran

·          memberi ganjaran atau hadiah

·          menaakul atau meramal

·          berfikir secara kritis dan kreatif

·          bertanding dengan diri sendiri

3.        Dalam kaedah hukuman, pelajar boleh menggunakan sebarang teknik berikut:

·          Ingin mengelakkan daripada penderitaan, dera atau hukuman seperti marah, tegur, malu, takut, atau denda,

·          Mendenda atau menghukum diri: misalnya tidak menonton TV  atau mengurangkabn masa untuk menonton TV.

 

 

 

CIRI-CIRI  GURU  DALAM  P&P  MASTERI

 

1.      Menyayangi semua pelajar.

2.      Yakin bahawa mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.

3.      Mencintai subjek yang diajar.

4.      Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran.

5.      Merangsang dan mendorong pelajar untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran.

6.      Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah.

 

 

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR

 

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, oleh sebab itu tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Guru harus mempelbagaikan kaedah dan aktiviti pembelajaran supaya pelajar dapat belajar dengan berkesan.

 

Ada tiga gaya pembelajaran pelajar:

1.      Gaya pembelajaran visual:  pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat

a)      huruf atau perkataan

b)      benda, gambar atau gambarajah

c)      demonstrasi, tindakan dan lakonan.

2.      Gaya pembelajaran audio: pelajar dalam kumpulan ini suka dengan mendengar atau bercakap seperti:

a)      Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain

b)      Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan

3.      Gaya Pembelajaran Kinestatik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu, seperti:

a)      Menulis atau melukis sesuatu

b)      Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi atau projek.

Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan ketiga-tiga gaya tersebut. Berdasarkan penyelidikan ada beberapa model yang boleh digunakan sebagai panduan.

 

 

 

 

 

Model Sistem 4MAT (oleh Dr. Bernice McCarthy)

 

Model ini merujuk kepada empat jenis pelajar:

a)      Pelajar Imiginatif

b)      Pelajar Analitik

c)      Pelajar Praktik

d)      Pelajar Dinamik

 

Gaya Pembelajaran Mengikut Sistem 4MAT

Jenis

Ciri

1.Pelajar Imiginatif

2.Pelajar Analitik

3.Pelajar Praktik

4.Pelajar Dinamik

1. Matlamat

Mencari makna dan sebab mempelajari maklumat

Mencari fakta yang menjelaskan konsep

Mencari kegunaan maklumat

Mencari sesuatu yang baru

2. Cara Belajar

Menggunakan semua deria dan berkongsi ide

Berfikir tentang idea

Menguji teori dan menaakul

Cuba jaya dan penemuan secara sendiri

3. Suka

Berinteraksi dengan orang lain dan berkongsi idea

Pendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumat

Tahu bagaimana sesuatu berfungsi

Mencipta atau mengaplikasi maklumat itu dab berinteraksi dengan orang lain

4. Kekuatan

Inovasu dan idea

Membina konsep

Mengaplikasi idea yang praktikal

Tindakan dan menyudahkan sesuatu

5.Suka menyoal

Mengapa?

Apa dia?

Bagaimana teori atau maklumat itu dipraktikkan?

Apakah boleh dicipta oleh saya?

6.Cara Mengajar

Gunakan benda atau pengalaman maujud. Beri peluang untuk perbincangan dan pengeluaran idea

Terangkan (guru atau pelajar) dan galakkan pelajar membuat analisis maklumat

Beri latihan, kuiz, kerja amali, eksperimen untuk pelajar mencuba dengan sendiri.

Beri projek, tugasan, atau masalah dan galakakan pelajar berkongsi hasilnya.

 

 

 

 

 

 

 

GAYA PEMBELAJARAN MODEL DUNN & DUNN

 

Model Dunn & Dunn dicipta oleh Dr Rita Dunn dan Dr Kenneth Dunn. Model ini mencadangkan bahawa gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus, seperti ditunjukkan dalam jadual berikut:

 

Stimulus

Unsur

Ciri

 

 

 

1.        Alam Sekitar

Bunyi

Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latarbelakang seperti muzik.

Cahaya

Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya

Suhu

Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang panas

Pola

Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai.

 

 

 

2.        Emosi

Motivasi

Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.

Ketabahan

Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek.

Tanggungjawab

Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru.

Struktur

Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara.

 

 

 

3.        Sisiologi

 

Sendiri

Suka belajar dengan sendiri

Pasangan

Suka belajar secara pasangan.

Rakan sebaya

Suka belajar dengan rakan sebaya.

Pasukan

Suka belajar dalam pasukan.

Guru

Suka belajar dengan guru di sebelahnya.

 

Pelbagai cara

Boleh belajar dengan mana-mana cara tersebut di atas.

 

 

 

4.        Fizikal

Persepsi

Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak.

Makan

Suka atau tidak suka makan minum semasa belajar.

Waktu

Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa.

Gerakan

Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar.

 

 

 

 

5.        Psikologi

Global atau Analitik

Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis.

Otak kiri atau Otak kanan

Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis;pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis,melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu,

Impulsif atau Reflektif

Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.

 

 

 

 

 

 

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) YANG BERKESAN (MASTERI)

 

1.      Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untu pembelajaran berkesan kerana pelajar berpeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.

 

2.      Kaedah atau aktivit p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran berkesan  ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.

 

3.      Merancang kaedah atau aktiviti p&p hendaklah mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar.

 

4.      Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan guru:

 

·        syarahan

·        penerangan

·        huraian

·        demonstrasi/tunjuk cara

·        bercerita

·        pembacaan

·        memberi nota

 

5.      Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan pelajar:

 

·        soal jawab                   

·        latih tubi

·        bercerita

·        membuat latihan

·        penerangan, penjelasan, huraian

·        perbincangan

·        inkuiri

·        penemuan

·        bacaan

·        sumbang saran

·        demonstrasi oleh pelajar

·        kerja amali

·        eksperimen

·        projek

·        kuiz

·        penyelesaian masalah

·        reka cipt

·        pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan

·        main peranan

·        lakonan

·        simulasi

·        membuat nota sendiri

·        lawatan

·        pengajaran berprogram

·        pembelajaran berbantu komputer

·        Pembelajaran Akses Kendiri (Self Access Learning)

PEMBELAJARAN KOPERATIF

 

1.      Penyelidikan menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu cara pembelajaran yang berkesan.

 

2.      Dalam pembelajaran koperatif, satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.

 

3.      Beberapa teknik dalam Pembelajaran Koperatif (Spencer Kagan 1990):

 

a)      Giliran Ahli kumpulan:

Setiap pelajar dalam satu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran.

 

b)      Pameran kumpulan:

I.                    setiap kumpulan mempamerkan hasilnya

II.                 setiap pelajar melihat hasil setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan itu.

 

c)      Memadan benda:

Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda.

 

d)      Kuiz:

I.                    Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan.

II.                 Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan.

III.               Seorang pelajar dalm kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru.

 

e)      Kad Hafalan:

I.                    Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal.

II.                 Guru menyoal.

III.               Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah akan diberi.

 

f)        Semakan Pasangan:

I.                    Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan.

II.                 Dalam satu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain.

III.               Kemudian penyelesaian masalah itu dibandingkan dengan penyelesaian masalah pasangan yang lain.

 

g)      Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat:

I.                    Pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru.

II.                 Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas.

 

h)      Peta Konsep Berpasukan

Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar.

 

i)        Jawapan Giliran:

I.                    Satu kumpulan diberi sebilangan soalan

II.                 Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan

 

j)        Penguasaan Secara Berpasangan:

Pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan.

 

k)      “Jigsaw” (Pakar dalam kumpulan)

I.                    Beberapa topik diberi kepada sesuatu kumpulan.

II.                 Seorang  pelajar dalam satu kumpulan menjadi “pakar” dalam sesuatu topik dan dia perlu belajar dan menguasai topik itu.

III.               Maklumat tentang topik-topik dikongsi supaya kumpulan itu dapat memahami semua topik.

 

l)        Kerjasama semua kumpulan:

I.                    Setiap kumpulan diberi satu topik yang berlainan tentang sesuatu tajuk atau perkara.

II.                 Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam topik itu.

III.               Semua maklumat dikongsi dalam kelas.

 

 

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN AKTIVITI P&P

 

Kekesanan pembelajaran juga bergantung kepada keupayaan dan kemahiran guru untuk mengurus kelas dan aktiviti p&p:

 

1.      Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar.

 

2.      Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran berkesan

 

3.      Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

 

4.      Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat dirangsang sepanjang waktu pelajaran.

 

5.      Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran.

 

6.      Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki.

 

7.      Menggunakan kadar mengajar  (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas.

 

8.      Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif.

 

9.      Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai.

 

10.  Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.

 

11.  Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan.

 

12.  Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti p&p dalam sesuatu pelajaran.

 

13.  Menyimpan rekod secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

 

 

 

 

 

 

 

TUJUH KECERDASAN (7 multiple intelligences)

 

Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan (Howard Gardner 1983):

1.      Bahasa

2.      Logik-matematik

3.      Ruang (spatial)

4.      Muzik

5.      Kinestetil

6.      Interpersonal

7.      Intrapersonal

 

Ciri-ciri Tujuh Kecerdasan

Kecerdasan

Cerdas dalam

Pekerjaan

1.      Bahasa

Menulis karangan, sajak, puisi, pantun, dan memberi ucapan.

Penulis, penyajak,, penceramah.

2.      Logik matematik

Menaakul, kiraan, membuat analisis

Saintis, jurutera, akauntan.

3.      Ruang (spatial)

Mencorak, melukis, mengukir

Pelukis, pengukir.

4.      Muzik

Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik

Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.

5.      Kinestetik

Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan.

Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon.

6.      Interpersonal

Perhubungan manusia

Diplomat, ahli politik, peniaga.

7.      Intrapersonal

Nilai murni, pendirian, falsafah.

Pengarang, penyajak, ahli falsafah.

 

Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.