ETIKA PAKAIAN PELAJAR ASRAMA

ETIKA PAKAIAN PELAJAR ASRAMA

 

Pelajar asrama hendaklah sentiasa memakai pakaian yang sesuai, kemas ,bersih dan sopan sepanjang masa.

 

1.             DEWAN MAKAN

Pelajar mesti memakai pakaian kemas dan bersopan. Pelajar perempuan mesti memakai baju kurung dan pelajar lelaki tidak dibenar memakai sarung.

 

2.             PAKAIAN SEMBAHYANG

Pelajar lelaki hendaklah memakai Baju Melayu, Kain Pelikat,Songkok/Kopiah.

Pakaian untuk sembahyang Jumaat mestilah sepasang Baju Melayu Putih,Samping Biru Laut dan Songkok

 

3.             KELAS PERSEDIAAN

Semua pelajar mesti memakai pakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajr perempuan mesti memakai baju kurung. Selipar tidak dibenarkan.

 

4.             KELUAR BANDAR / BALIK KAMPUNG

 

Pelajar-pelajar yang keluar bandar / balik kampung diwajibkan memakai pakaian rasmi asrama (batik) atau pakaian seragam sekolah.

 

5.             PAKAIAN YANG DILARANG BAWA / PAKAI DI ASRAMA

 

a.    Jeans

b.    Baju tanpa lengan

c.     Pakaian menjolok mata

d.    Barang kemas

 

6.           Lain-lain jenis pakaian yang dilarang akan diistiharkan dari masa ke semasa atas arahan Pengetua SMK Clifford.

 

 

 

 

1      KELENGKAPAN PERSENDIRIAN/PERIBADI

 

1.1         Cadar putih                              2 helai

1.2         Bantal (24”X17)                          1 biji     

1.3         Sarung bantal putih                            2 helai

1.4         Selipar getah                                    1 pasang

1.5         Pakaian seragam sekolah                     2 pasang

1.6         Kasut putih                               2 pasang

1.7         Stokin

1.8         Berus gigi,sabun mandi dan berus membasuh pakaian

1.9         Pakaian bersukan- Seluar trek berwarna gelap,baju T putih

1.10      Peralatan sukan – kasut bola/raket badminton/lain-lain

1.11      Pakaian untuk sembahyang jumaat (lelaki)

Baju Melayu Putih                        1 pasang

Songkok Hitam

Kain samping biru laut

1.12      Pakaian tidur                                    1 pasang

1.13      Bekas/gelas minuman

1.14      Gambar terbaru ukuran pasport – 6 keping

 

2               AKHLAK

 

2.1         Menggunakan tutur kata yang baik

2.2         Mengucapkan salam dan memberi hormat

2.3         Meminta maaf apabila tersilap

2.4         Bersikap jujur dan ikhlas

2.5         Bersikap lemah lembut dan bersopan santun

2.6         Mengucapkan terima kasih apabila perlu

2.7         Saling bantu membantu antara satu sama lain

2.8         Bertolak ansur dan bekerjasama antara penghuni

2.9         Sentiasa mewujudkan suasana kekeluargaan sesama penghuni

2.10      Akhlak yang baik mengikut amalan Islam

2.11      Taat atau patuh kepada arahan Pengetua ,Penolong Kanan ,Waden, Penyelia Asrama,Guru-guru, Ketua Pelajar , Pengawas dan Ketua Bilik

 

3               BILIK TIDUR

 

3.1         Pelajar hendaklah berada di tempat tidur pada pukul 11.30 malam dan semua lampu  hendaklah dipadamkan

3.2         Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau dan berbual-bual selepas lampu dipadam

3.3         Katil dan almari tidak boleh dipindahkan. Bantal dan tilam tidak boleh ditukar milik / dialihkan

3.4         Setiap pelajar bertanggungjawab atas keselamatan barang milik asrama yang diberikan dan hendaklah memulangkan kembali apabila pelajar meninggalkan asrama

3.5         Tempat  tidur hendaklah sentiasa kemas,bantal mesti bersarung putih dan tilam bercadar putih

3.6         Semua pakaian hendaklah dilipat dan disimpan dengan teratut dalam almari .Pakaian   yang basah dan lembab hendaklah dijemur di ampaian yang disediakan

PELAJAR DILARANG SAMA SEKALI MENJEMUR SEBARANG PAKAIAN DIDALAM BILIK ATAU DI KORIDOR.

3.7         Kasut dan selipar hendaklah disusun dengan kemas

3.8         Pelajar dilarang sama sekali menconteng , melukis , menggaris atau menampal gambar pada mana-mana bahagian di dalam bilik tanpa kebenaran

3.9         Pelajar mesti memakai kelambu semasa tidur

UBAT NYAMUK DILARANG SAMA SEKALI DIPASANG DALAM BILIK TIDUR.

3.10      Kelambu hendaklah sentiasa digulung dengan kemas di kepala katil

3.11      Sampah tidak dibenar berada di dalam bilik

3.12      Pelajar dilarang sama sekali meletakkan barang di atas almari

3.13      Pastiakn lampu , kipas dan pintu bilik sentiasa ditutup apabila meninggalkan bilik

3.14      Sebarang kerosakan  peralatan bilik hendaklah laporkan kepada waden bertugas

 

4               BILIK AIR

 

4.1         Pelajar tidak dibenarkan meninggalakn peralatan mandi dan peralatan menbasuh di dalam bilik air

4.2         Pelajar tidak dibenarkan menggunakan sinki sebagai tempat merendam kain kecuali sewaktu membasuh kain

4.3         Pelajar dilarang menanggal  atau memindahkan alat-alat yang disediakan di dalam bilik air

4.4         Pelajar dilarang membuang sebarang sampah di dalam bilik air

4.5         Pelajar tidak dibenarkan menggunting di dalam bilik air  

4.6         Kebersihan bilik air adalah menjadi tanggungjawab bersama

4.7         Penggunaan air mestilah jimat.Pastikan pili air ditutup apabila digunakan

 

5               DEWAN MAKAN

 

5.1         Jadual waktu makan  akan diedarkan kepada pelajar dan jadual tersebut hendaklah dipatuhi sepenuhnya.Pelajar dihendaki hadir ke dewan makan mengikut masa yang ditetapkan

5.2         Pelajar dihendaki memakai pakaian kemas dan bersopan di dewan makan.Pelajar perempuan mesti memakai baju kurung .Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai sarung sewaktu di dewan makan

5.3         Pelajar hendaklah masuk ke dewan makan dengan tertib tanpa membuat bising

5.4         Pelajar hendaklah beratur  apabila mengambil makanan

5.5         Pelajar dilarang mengambil makanan yang di peruntukkan kepada pelajar yang lain

5.6         Doa hendaklah dibaca sebelum dan selepas makan

5.7         Pelajar hendaklah makan dengan adab sopan

5.8         Pelajar hendaklah menghubungi penyelia asrama  atau waden atau Ketua Pelajar atau AJK makanan sekiranya terdapat kesulitan semasa makan atau aduan mengenai makanan

5.9         Pelajar hendaklah mendengar  pengumuman (jika ada ) yang di buat oleh Warden atau Ketua Pelajar

5.10      Pelajar diharam membawa makanan dan minuman dari dewan makan

5.11      Sisa-sisa makanan dilarang sama sekali di buang dalam sinki

5.12      Pelajar hendaklah keluar dari dewan makan dengan teratur dan kerusi hendaklah di sorot ke meja

5.13      Pelajar  yang sakit hendaklahmemberitahu penyelia Asrama atau AJK makanan atau Ketua Pelajar supaya makanannya dihantar ke bilik sakit

 

6               SURAU

 

6.1         Setiap  pelajar mesti menunaikan solat lima waktu di surau secara berjemaah

6.2         Pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian yang sesuai semasa menunaikan solat

a.             baju melayu putih

b.             Kain pelikat

c.              songkok / kopiah

6.3         bilik sembahyang hendaklah sentiasa bersih .Ajk surau hendaklah memastikan segala peralatan surau sentiasa  kemas dan bersih

6.4         Pelajar dilarang membawa peralatan surau keluar seperti Al-Quran , buku, sejadah dan seumpamanya tanpa arahan Waden

6.5         Pelajar dilarang membuat bising semasa di surau

 

6.6         SEMBAHYANG JUMAAT

a.             Pakaian :

Sepasang Baju Melayu Putih

Samping biru laut

Songkok

b.             Pelajar yang tidak dapat ke masjid hendaklah memberitahu Waden atau  Ketua Asrama

c.             Pelajar hendaklah berbaris apabila pergi ke masjid

d.             Segera pulang ke asrama sebaik sahaja selesai sembahyang jumaat

 

7               BULAN RAMADHAN

 

7.1         Sewaktu berbuka puasa , pelajar lelaki hendaklah memakai  sarung , Baju melayu dan songkok /kopiah.Pelajar perempuan hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sesuai

7.2         Pelajar hendaklah bersedia 10 minit sebelum waktu berbuka

7.3         Semua pelajar diwajibkan menunaikan solat sunat tarawikh berjemaah

7.4         Pelajar diwajibkan bertadarus Al – Quran

7.5         Masa bersahur adalah di antara pukul 4.00 hingga 5.00 pagi

7.6         Pelajar yang sakit hendaklah memberitahu Penyelia Asrama atau  Waden

7.7         Pelajar yang sakit hendaklah memberitahu Penyelia Asrama atau  Waden

 

8               KELAS PERSEDIAAN

 

8.1         Semua pelajar dikehendaki menghadiri kelas – kelas persediaan yang ditetapkan kecuali sebab – sebab tertentu

8.2         Waktu kelas persedian

 

Hari

Pagi

Petang

Malam

Ahad

9.00-10.30

REHAT

9.00-11.00

Isnin-Rabu

Sekolah

3.30-4.30

9.00-11.00

Khamis

Sekolah

3.30-4.30

9.00-11.00

Jumaat

Sekolah

3.30-4.30

9.00-11.00

Sabtu

8.00-10.00

3.30-4.30

REHAT

 

·                Kelas persedian malam tambahan bagi kelas-kelas peperiksaan dibenarkan hingga jam 12.00 malam

8.3         Tempat :

Lelaki:

       Kelas Peperiksaan        Blok B

       Bukan Peperiksaan       Dewan Makan

Perempuan :

       Kelas Peperiksaan        Bilik prep

       Bukan Peperiksaan       Bilik prep

8.4         Pelajar dikehendaki berada di bilik belajar tepat pada waktunya

8.5         Membuat bising semasa kelas persediaan adalah satu kesalahan

8.6         Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran daripada pengawas bertugas atau ketua Pengawas

8.7         Pakaiaan untuk kelas persediaan hendaklah kemas , bersih dan sopan . Pakaian perempuan mesti memakai baju kurung . Sebarang selipar adalah tidak dibenarkan.

8.8         Pelajar hendaklah meninggalkan kelas pada waktu yang di tetapkan

8.9         Semua lampu dan kipas hendaklah di tutup sebelum meninggalkan kelas.

 

9               PENGGUNAAN KUASA LEKRIK DAN ALAT-ALT BUNYI-BUNYIAN

 

9.1         Pelajar tidak dibenar sama sekali menggunakan elektrik untuk alat-alat elektrik kepunyaan sendiri 

9.2         Semua jenis alat muzik seperti harmonika , gitar ,seruling dan seumpamanya tidak dibenarkan  dibawa masuk ke kawasan asrama

9.3         Penggunaan alat-alat elaktrik untuk kegunaan sendiri seperti pemanas  elektrik , pengering rambut , seterika , radio ,televisyen dan lain-lain adalah dilarang dibawa ke asrama .Jika terdapat pelajar yang membawanya ,alatan tersebut akan dirampas dan pelajar berkenaan akan dikenakan disiplin

 

10           MENONTON TELEVISYEN

 

10.1      Pelajar mesti memakai pakaian yang sesuai semasa menonton televisyen

10.2      Menonton televisyen hanya dibenarkan pada hari dan masa  yang telah ditetapkan seperti lampiran

10.3      Pelajar yang diamanahkan sahaja yang boleh mengawal penggunaan televisyen

10.4      Pelajar hanya dibenarkan menonton rancangan yang boleh memberi manfaat sahaja

 

11           KEROSAKKAN PERALATAN ASRAMA

 

11.1      Segala kerosakan peralatan asrama hendaklah dilaporkan kepada pihak asrama .Pelajar dilarang sama sekali membaiki sendiri peralatan yang rosak

11.2      Segala kerosakan yang disebabkan oleh pelajar hendaklah diganti oleh  pelajar berkenaan

11.3      Sekiranya kerosakan tersebut tidak dapat dikesan perosaknya maka semua ahli penghuni bilik atau blok akan dipertanggungjawabkan dan dikehendaki membayar ganti rugi secara berkongsi

 

 

 

 

 

 

12           WAKTU PERSEKOLAHAN

 

12.1      Sebelum pelajar pergi  ke sekolah ,mesti menghadiri perhimpunan pagi pada jam 7.10 pagi untuk mendengar maklumat atau taklimat daripada pengawas / Waden /GPK/ Pengetua setiap hari

12.2      Pelajar-pelajar hendaklah sampai ke sekolah tidak lewat daripada pukul 7.30 pagi

12.3      Pelajar tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu persekolahan

12.4      Pelajar-pelajar dianggap ponteng jika berada di asrama pada waktu persekolahan

12.5      Pelajar-pelajar tidak dibenar menyalin pakaian untuk pendidikan jasmani di tandas asrama

 

13           PEMERIKSAAN ASRAMA

 

13.1      Pemeriksaan asrama akan dibuat untuk memastikan bilik atau kawasan asrama dalam keadaan  bersih ,teratur dan kemas .Pemeriksaan  akan dibuat pada bila-bila masa

13.2      Ketua Bilik bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan bilik sentiasa bersih

13.3      Semua ahli bilik pada tingkat yang sama bertanggungjawab kepada kebersiahan , bilik membasuh dan koridor

13.4      Pemeriksaan panggilan mengejut untuk memastikan pelajar berada dalam kawasan asrama akan dilakukan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dan pelajar dikehendaki berada ditempat yang diarahkan

 

14           PERHUBUNGAN

 

14.1      Pelajar dilarang sama sekali membawa orang luar masuk ke asrama

14.2      Pelawat / Ibu bapa / penjaga tidak dibenar masuk ke kawasan asrama atau bilik pelajar

14.3      Pelawat / Ibu bapa / penjaga boleh bertemu pelajar pada hari Sabtu dan Ahad ,pada masa yang ditetapkan

14.4      Asrama Puteri adalah menjadi kawasan larangan bagi pelajar lelaki,  Asrama Putera menjadi kawasan larangan bagi pelajar perempuan

 

15           BALIK KAMPUNG

 

15.1      Pelajar dibenarkan balik kampung  sekali sahaja dalam sebulan iaitu berdasarkan tarikh yang ditetapkan oleh pihak asrama ( Lihat Lampiran )

15.2      Kad balik kampung mesti ditandatanggani oleh Waden bertugas dan penjaga pelajar di rumah

15.3      Kad balik kampung mesti diserahkan kepada Waden bertugas apabila balik semula ke asrama

15.4      Pelajar yang pulang ke kampung dikehendaki berada semula di asrama  sebelum pukul 6.00 petang pada   hari terakhir cuti

15.5      Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan asrama selepas pukul 6.00 petang

 

 

 

 

 

 

16           KELUAR BANDAR / PEKAN

 

16.1      Pelajar dibenarkan keluar ke bandar / pekan pada hari dan masa yang ditetapkan dengan kebenaran Waden

 

Pelajar lelaki

Sabtu 10.00 pagi-12.00 tengahari

Pelajar perempuan

Sabtu 8.00 pagi – 2.00 petang

 

16.2      Sebelum keluar ke bandar ,pelajar hendaklah menulis nama ,tempat dan sebab dengan menandatangani buku keluar bandar dan menurunkan tandatangan semula apabila pulang

16.3      Pelajar yang hendak keluar ke bandar   pada hari – hari lain atas sebab-sebab mustahak sahaja dibenarkan .Pelajar dikehendaki mengambil borang keluar bandar dan perlu mendapat kebenaran Waden terlebih dahulu . Borang tersebut perlu dibawa bersama semasa keluar bandar dan hendaklah serahkan kembali apabila pulang ke asrama

16.4      Pelajar yang keluar bandar tanpa kebenaran  akan dikenakan tindakan disiplin

16.5      Pelajar diwajibkan memakai pakaian rasmi asrama atau sekolah apabila keluar ke bandar

16.6      Keluar ke bandar / Corner shop pada waktu selepas pukul 6.30 petang diharam sama sekali

 

17           BAYARAN YURAN

 

17.1      Yuran asrama hendaklah dibayar antara 1 hingga 10 haribulan pada tiap-tiap bulan di pejabat asrama

17.2      Pihak asrama akan menghubungi penjaga pelajar sekiranya gagal menjelaskan yuran .

17.3      Jadual jumlah bayaran yuran mengikut bulan akan di edarkan kepada pelajar

 

18           PERKARA-PERKARA YANG DILARANG

 

18.1      Semua jenis senjata yang merbahaya diharam bawa ke asrama

18.2      Merokok , menyimpan rokok ,menghisap dadah,menggunakan pil-pil khayal , meminum arak diharamkan  

18.3      Tidak dibenar membawa alat-alat yang boleh mendorong kepada aktiviti perjudian seperti daun terup ,dadu dan seumpamanya

18.4      Tidak dibenar membawa , memiliki , menyimpan bahan-bahan lucah

18.5      Pelajar dilarang sama sekali membuat perjumpaan ,perhimpunan atau berbual-bual di antara lelaki dan perempuan pada bila-bila masa kecuali atas kebenaran

18.6      Pelajar dilarang keras mengugut   atau mengancam pelajar lain

18.7      Pelajar dilarang menconteng , mengoyak ,atau mengubah segala iklan dan tulisan yang dilekatkan di papan kenyataan atau di mana –mana yang dibuat oleh pihak sekolah atau asrama

18.8      Pelajar ditegah menyebar sebarang risalah , dakyah atau maklumat yangtidak berkaitan tanpa kebnaran Pengetua

18.9      Barang kemas atau barang berharga tidak dibenarkan dibawa ke asrama

18.10  Lilin ,pelita dan ubat nyamuk tidak dibenarkan diguna sama sekali

18.11  Pergaduhan diharamkan

 

19           AKADEMIK / KO-KURIKULUM / KELAS AGAMA

 

19.1      Semua pelajar yang tinggal di asrama mestilah berusaha mendapatkan pencapaian tertinggi dalam akademik dan ko-kurikulum

19.2      Pelajar yang tidak menunjukkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang baik , boleh disingkirkan dari asrama

19.3      Pelajar wajib hadir ke kelas agama dan Al –Quran yang disediakan

 

20           LAIN-LAIN

 

20.1      Pelajar yang sakit/ kecemasan hendaklah meminta bantuan rakan untuk melaporkan kepada Pengawas / Waden /Guru

20.2      Pelajar yang ingin membuat jamuan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pengetua dan jika jamuan itu dihadiri oleh pelajar lelaki dan perempuan hendaklah terdapat sekurang-kurangnya seorang guru

20.3      Pengetua adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sekolah dan asrama.Beliau boleh dan berkuasa mengenakan hukuman ke atas pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah dan asrama. Jika perkara tersebut memerlukan penyiasatan yang lebih lanjut , Pengetua boleh menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk berbuat demikian

20.4      Mana-mana perkara lain yang tidak tercatat dalam buku peraturan ini  ,pengetua boleh mengenakan budi bicara sendiri

20.5     Peraturan ini tertakluk kepada perubahan dan pindaan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dan sesuai oleh Pengetua.  

 

 

 

 

 

 

 

1