Laman Utama Panorama Forum Akaun Email Anda Karya Link

Menu Utama

   Menu Utama :
 Laman Utama
 Lokasi
 Sejarah
 Lencana
 Matlamat
 Motto
 Prasarana
 Panorama

 Info :
 Pentadbiran
 Kurikulum
 Ko Kurikulum
 Peperiksaan

 Kemudahan
 Kedai Sekolah
 Kebajikan

 Badan :
 Badati
 BBK
 Kaunseling
 Maktabah
 Buku Teks
 Aspuri
 Disiplin

 Buku Pelawat
 


 Salam Ukhuwah
 


 Putusan :
 Mudirah

 Warna MMP :
 Kenali Guru
 Keratan Akhbar

 Perkhidmatan :
 Karya
 Chat
 Alumni
 Mailing List
 Akaun Email
 Forum

 

Berita Terkini

 

Muka Depan

 

Pentadbir

  ·Cikgu Nik
·Nor Aeda Fitrieah
·Malihah
·Die
 
 

Top Link

 

·MOE
·Portal Tutor
·SMU(A) MML

 

 
 
 KERATAN AKHBAR
 

Berita Harian : EdisiWilayah


Timur: PMR sekolah YIK naik 11.05 peratus


KOTA BHARU, Selasa – Pencapaian keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi sekolah menengah agama yang dikendalikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) meningkat 11.05 peratus tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Teknologi, Hassan Mohamad, berkata seramai 6,017 calon yang menduduki peperiksaan itu, 3,113 daripadanya ialah calon Sekolah Menengah Ugama (SMU) kerajaan negeri dan 2,904 calon lagi dari SMU bantuan (Kerajaan Pusat).

Katanya, peratus pencapaian tahap penguasaan minimum untuk PMR tahun ini ialah 79.76 peratus bagi SMU, manakala 42.77 peratus bagi SMU Kerajaan Pusat.

“Peratus pencapaian tahap penguasaan minimum bagi semua mata pelajaran PMR tahun ialah 61.91 peratus dan meningkat kepada 11.6 peratus berbanding tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di pejabat YIK Nilam Puri, dekat sini, semalam.

Hassan berkata, seramai 214 calon daripada SMU bantuan kerajaan negeri mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat 9A, diikuti 192 calon (8A), 183 calon (7A) dan 199 (6A).

“Bagi SMU bantuan Kerajaan Pusat pula, seramai tiga calon mendapat 9A, diikuti 11 calon (8A), 12 calon (7A), manakala 19 lagi mendapat 6A,” katanya.

Beliau berkata, lapan sekolah kendalian YIK memperolehi keputusan cemerlang dalam PMR iaitu empat sekolah bantuan kerajaan negeri dan tiga lagi sekolah bantuan Kerajaan Pusat.

Sekolah itu ialah SMU Maahad Muhammadi (Perempuan) 99.60 peratus, diikuti SMU Maahad Muhammadi (Lelaki) 97.52 peratus, SMU Pasir Pekan (96.90 peratus), SMU (A) Syamsul Maarif (Perempuan) 91.20 peratus, SMU(A) Bustanul Saadiah Morak (74,40 peratus), SMU(A) Hamidiah Padang Lepal (73.20 peratus dan SMU(A) Darul Ulum Jedok (69.23 peratus).

“Semua pelajar YIK itu layak memasuki kelas aliran sains di mana-mana sekolah arus perdana seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kementerian Pendidikan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, YIK akan menambah sepuluh lagi kelas aliran sains di beberapa sekolah tajaan kerajaan negeri itu selaras kurikulum Kementerian Pendidikan untuk membentuk pelajar keluaran sekolah aliran agama mahir bidang sains dan teknologi maklumat (IT).

 

 

Saiz minima paparan skrin yang sesuai untuk homepage ini ialah 800x600.
Penggunaan pelayar web Microsoft Internet Explorer v4 dan ke atas adalah di galakkan.


Hakcipta Terpelihara Oleh Unit IT SMU(A) Maahad Muhammadi Lilbanat
Sebarang penerbitan semula atau sebagainya tanpa kebenaran adalah dilarang.
Design by Die (webmaster@smummp.zzn.com)