Diselidiki & ditulis oleh Noorhasliza Mohamed Rahis Aslina Abu Bakar
![]()
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail telah ditubuhkan pada tahun 1960, namun hanya pada awal tahun 1964 sekolah ini baru mempunyai bangunan sendiri. Pelajar-pelajar terpaksa menumpang di beberapa sekolah lain di sekitar Johor Bahru.
Pada tahun 1960 sebuah kelas tingkatan 1 aliran Melayu telah dimulakan di Sultan Abu Bakar, kemudian murid-murid ini (lelaki) berpindah ke Sekolah Dato Jaafar dan murid-muris perempuan ke Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim.Pada tahun 1961, di SDJ terdapat 3 buah kelas Tingkatan 3, 7 buah kelas Tingkatan 2 dan 6 buah kelas Tingkatan 1. Dari jumlah itu terdapat sebuah kelas Tingkatan 2, aliran melayu dan 2 buah kelas Tingkatan 1 aliran Melayu telah berpindah daripada MSAB. Sehingga akhir tahun 1963 terdapat seramai 330 orang murid lelaki dan perempuan aliran Melayu di sekolah ini. Murid perempuan ini telah dipindahkan daripada SIGS pada tahun 1963.
Pada awal tahun 1964, kelas-kelas aliran Melayu ini telah berpindah ke SSIJB yang telah mempunyai bangunan sendiri. Sebelum itu murid-murid ini telah dikumpulkan sekejap di Sekolah Aminuddin Baki JB. Sejak itu bermulalah pelajaran aliran Melayu dari kelas-kelas tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 di sekolah ini. SSIJB telah memulakan kelas-kelas Tingkatan 6 pada tahun 1969 dan pada tahun 1972 pula ia telah bertukar menjadi Sekolah Menengah Atas sepenuhnya iaitu hanya mempunyal kelas-kelas dan Tingkatan 4 hinggaTingkatan 6 sahaja,tetapi pada tahun 1975 ia telah mengembalikan semula menjadi sekolah menengah sepenuhnya iaitu mempunyai kelas-kelas dan tingkatan 1 hingga 6.
Kini Sekolah Menengah KebangsaanSultan Ismail, JB telah menjadi salah sebuah sekolah menengah yang terkenal di seluruh negeri Johor dan juga negara.
Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail mempunyai 6 blok A hingga E dan blok POR dan mempunyai 28 buah kelas termasuk pagi dan petang, sebuah perpustakaan, pusat sumber, Bilik Alat Pandang Dengar, Bilik Media, MakmalFizik, Kimia dan Biologi, bilik guru, pejabat sekolah dan bilik Pengetua.
Sekolah Sultan Ismail menyediakan kemudahan bilik komputer dan 4 buah makmal Sains, sebuah bilik ERT dan bilik jahitan.
Sekolah Sultan Ismail turut mempunyai sebuah Gymnasium, dewan terbuka, dan dewan tertutup, astaka, sebuah padang, bilik koperasi,kantin dan bilik rehat guru, 2 buah bengkel perusahaan, surau, bilik Kelab Lukisan dan Kreativiti, bilik rawatan dan bilik kaunseling serta sebuah asrama perempuan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru yang ditubuhkan pada tahun 1960 telah dirasmikan pembukannya oleh Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim (Duli Yang Maha Sultan Johor pada masa itu) pada hari Khamis, 30hb Mac 1967, bersamaan l0hb Zulhijjah 1366. Nama sekolah ini mengambil sempena nama Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail ialah putera sulung Almarhum Sultan Ibrahim lbni Almarhum Sultan Abu Bakar. Baginda telah diputerakan oleh Seri Paduka Bondanya Almarhum Tengku Maimunah Binti Tengku Abdul Majid pada 28hb Oktober 1894 di Istana Semayam Bukit Senyum.Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan apabila Sri Paduka ayahanda Almarhum Sultan Ibrahim yang menjadi Tunku Mahkota yang mangkat pada 8hb Mei 1959.
Setelah berusia 6 tahun baginda telah diserahkan belajar di sebuah Sekolah Melayu di Johor Bahru dan menuntut ilmu dari seorang guru berbangsa Eropah. Pada 28hb April 1904 baginda diiringi oleh kedua Paduka Adindanya iaitu AlmarhumTunku Idris Bendahara Abu Bakar dan Yang Amat Mulia Tenku Temenggong Ahmad berangkat ke United Kingdom.
Pada 30hb Ogos 1920 bainda telah berkhawin dengan Ungku Aminah Binti Ungku Ahmad, saudara dua orang putera dan dianugerakan dua orang putera iaitu Yang Amat Mulia Tenku Mahmud Iskandar dan Yang AmatMulia Tunku Abdul Rahman serta seorang puteri iaitu Yang Amat Mulia Tunku Maimunah. Dalam bulan April 1981, baginda telah gering pada l0hb Mei 1981 bersamaan 6hb Rejab 1401.
Akhirnya Baginda telah mangkat pada jam 6:12 petang di Hospital Besar Johor Bahru dan dimakamkan di Bukit Mahmoodiah Johor Bahru pada 11hb Mei 1981.
Hakcipta Terpelihara SSI/2002